Kak Azah telah meninggal dunia hari ini (9 Julai 2012) dalam usia 84 tahun. Nama penuhnya, Sharifah Azah Syed Mohamed Alsagoff , isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz mantan Naib Canselor Universiti Malaya dan ibu kepada Gebenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Negara kehilangan seorang wanita contoh, tokoh budayawan agung yang memenuhi kriterianya dengan komitmen dan dedikasi sebagai seorang ahli budaya dari segi kegiatan dan penglibatan menerusi penulisan, penciptaan, koleksi bahan terutama pakaian tradisi Melayu, kecintaan yang tinggi pada hasil karya sastera; sajak dan pantun.
Keindahan pantunnya yang sering menghiasai kulit majalah Mastika di muka belakang amat halus, perbandingan dan maknanya yang sukar untuk ditandingi keindahannya.
Disebalik pakaian baju kurung yang menjadi identiti seumur hidupnya yang melambangkan seorang wanita Melayu moden yang progresif, tetapi halus budi bahasanya. Baju kurung seolah-olah menjadi uniformnya yang diwarisi oleh anak tunggalnya bersama Pak Ungku Aziz, Tan Sri Zeti.
Saya mengenali Kak Aziz bukan setelah dia berkerja dengan Utusan Melayu, tetapi ketika dia masih muda jelita yang turut kelihatan mengikuti student corner di kawasan Universiti Malaya pada setiap hari Sabtu ketika Pak Ungku masih menjadi Naib Canselornya.
Apabila beliau menyertai Utusan Melayu dalam tahuh 70-an setelah meninggalkan Berita Harian dan ketika itu Tan Sri Mazlan Nordin menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Kak Azah banyak membantu pengisian bahan-bahan untuk majalah-majalah terbitan Utusan dan secara khusus menjadi penasihat kepada majalah Wanita, sebuah majalah berprestij terbitan Utusan Melayu. Beliau juga mempunyai ruangan khusus di Mingguan Malaysia.
Beliau juga menjadi tempat Tan Sri Mazlan meminta pandangan dan kelihatan rapat dan sering bersembang dengan Pak Sako (Dr. Ishak Haji Muhammad) yang ketika itu juga berkerja sambilan di Utusan, tetapi setiap hari berada di Utusan Melayu dan mempunyai mejanya sendiri.
Saya mengingati Kak Azah sebagai orang yang menamakan sisipan kepada Mingguan Malaysia iaitu Pancaindera. Sisipan ini diterbikan kerana cabaran Berita Minggu untuk menyaingi Minguan Malaysia dengan menerbitkan sebuah majalah dalam Berita Minggu.
Utusan Melayu tidak mampu untuk menyaingi tetapi sebaliknya, menjadikan size besar Mingguan Malaysia sebanyak lapan muka daripada 16 muka itu kepada size tabloid (size kecil) yang diisi dengan bahan hiburan dan seni budaya.
Terbitan ini segera mendapat sambutan hangat daripada pembaca. Hanya dalam masa dua minggu telah melonjakkan edaran Minguan Malaysia kepada lebih 70,000 naskhah setiap minggu. Berita Minggu pula menghentikan penerbitan majalahnya yang memakan belanja yang tinggi dan mengikut jejak langkah Utusan menerbitkan sisipan berbentuk tabloid. Utusan telah menjadi printis kepada penerbitan sisipan semua akhbar di Malaysia.
Jasanya besar kepada diri saya ialah mendorongkan saya untuk menulis Biografi Bergambar Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein iaitu; Tun Razak: Jejak Bertapak seorang Patriot yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan tajuk Tun Razak Profile of a Patriot.
Saya telah menolak tawaran untuk penulisan buku ini yang dibuat oleh Yayasan Tun Abdul Razak menerusi Kak Azah yang juga menjadi salah seorang anggota lembaga pengarahnya. Ini adalah disebabkan isteri saya telah diserang angin ahmar, walaupun pada mulanya saya bersetuju.
Saya telah mengesyorkan wartawan Berita Harian, Rijal Arbe atau seorang ahli akademik, Profesor Datuk Dr. Firdaus Abdullah untuk menggantikan saya, tetapi mereka juga menolaknya. Akhirnya Kak Azah menyatakan kepada saya dalam satu pertemuan makan tengah hari di Hilton Hotel Kuala Lumpur "Zam jugalah yang Kak Azah harapkan".
Saya menerima tanggungjwab ini kerana atas kepercayaan Kak Azah kepada saya dan saya bimbang takut projek ini gagal dan juga kerana saya tahu, bahawa saya banyak mempunyai bahan untuk menulis mengenai Tun Razak kerana telah sekian lama mengikuti jejaknya ke merata pelusuk tanah air.
Saya amat menghayati kesungguhan dan dedikasi kepada tugasnya untuk mengubah kehidupan rakyat kampung dan juga peranannya dalam menghargai hubungan dengan Indonesia.
Kadang kala saya memikirkan, mungkin tanpa dorongan yang kuat dari Kak Azah, saya tidak melahirkan buku ini yang memberikan kepuasan kepada saya sebagai sumbangan yang terbesar kepada bangsa dibandingkan dengan hasil karya saya yang lain.
Al fatihah untuk Kak Azah dan semoga ada di antara wanita Malaysia yang akan menghayati inspirasinya untuk pembangunan suatu bangsa yang berkeperibadian tinggi dan murni. Sekurang-kurangnya mencontohi kesopanan pakaiannya.-10/7/2012
Tulis ini dipetik dari blog bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin diurl berikut zamkata.blogspot.com
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







