Kebelakangan ini media dan blog pro-pembangkang bukan main ligat dabik dada Pakatan boleh menang banyak kerusi di Johor pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang. Minggu lalu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob dilaporkan berkata mereka boleh tawan 12 kerusi. Sebelum ini blogawan Sakmongkol AK47 (Datuk Ariff Sabri - bekas ADUN Pulau Manis) ramalkan boleh dapat sembilan kerusi parlimen.
Macam-macam alasan diberikan mereka, dan isu yang paling kerap dimainkan, antaranya, kononnya rakyat negeri Johor sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tak puashati dengan projek Bandar Iskandar dan Projek RAPID. Agendadaily berkesempatan mendapatkan komen beberapa pemimpin Johor mengenai angan-angan pembangkang itu.
Pada majlis Tadarus dan Khatam Quran serta berbuka puasa di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai di Johor, Isnin, Agendadaily sempat ajukan soalan kepada tiga pemimpin yang berasal dari Johor, iaitu Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Dato Seri Azalina Othman.
"Mereka boleh cakap apa yang mereka suka, tetapi yang penting rakyat yang menentukan, Kalau dia boleh ramalkan berapa kerusi boleh menang, bermakna tak payahlah berkempen sangat. Tetapi sebaliknya pada bulan puasa ini mereka beriya-iya berceramah dan berkempen. Kalau sudah kuat sangat di Johor kenapa nak kempen sangat? Ini semua politik. InsyaAllah Johor akan kekal sebagai kubu kuat BN," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn, yang juga Ahli Parlimen Sembrong.
Menurut Hishamuddin dia tidak bimbang sekiranya pembangkang mahu bermain politik, tetapi jika ia dicampur gaul dengan sentimen agama dan kaum yang boleh menimbulkan masalah, kerajaan katanya akan memantau secara dekat supaya tidak menyusahkan, menjejaskan atau memecahkan keselamatan negara.
Hishamuddin berkata dia juga Tidak hairan jika pembangkang mahu menjadikan projek RAPID di Pengerang. "Isu jenayah, Lynas, Rapid dan Bersih tidak boleh disandarkan sebagai satu agenda, berbanding dengan kerajaan yang mengetengahkan agenda pembangunan negara supaya masa depan generasi akan datang terpelihara.
Sementara itu, presiden MCA, Datuk Seri D Chua Soi Lek berkata dia tak ambil berat mengenai ramalan Pakatan dan menganggapnya sebagai "gimik politik" untuk memberi semangat kepada penyokong dan ahli-ahli Pakatan.
"Kalau kita imbas kembali tahun lalu, Ketua Umum pembangkang telah isytihar menjelang 11 September mereka akan mewujudkan kerajaan baharu dan 30 wakil rakyat BN akan lompat parti, tetapi lihat apa yang berlaku. Hakikatnya, lebih dari 10 pemimpin Keadilan yang tinggalkan parti kerana mereka tidak yakin dengan kepimpinan pucuk pimpinan.
"Apa yang mereka utarakan bagi saya ialah gimik politik kerana Pakatan sedar bahawa di Johor mereka tak ada harapan. Jadi, untuk menyuntik semangat, dia cakap dia akan menang dan bentuk kerajaan Pakatan di Johor," katanya.
Soi Lek berkata rancangan Pakatan, terutama PAS mahu meletakkan calon dari negeri lain di Johor tidak akan berjaya kerana rakyat Johor faham jika orang asing bertanding dan menang di Johor, mereka tidak dapat memberi perkhidmatan dan layanan yang baik. Soi Lek juga yakin cubaan pembangkang untuk menjadikan projek RAPID di Pengerang sebagai isu tidak akan berjaya.
"Apa yang dilakukan di Pengerang ialah pembangunan demi kepentingan rakyat dan Perdana Menteri sering tekankan bahawa Kerajaan BN akan pastikan pembangunan yang seimbang dan berkekalan di mana kita mengutamakan pembangunan ekonomi di samping memelihara alam sekitar," katanya yang tergelak apabila diberitahu khabar angin mengenai kemungkinan Chua Jui Meng bertanding di situ.
"Saya ingat Jui Meng boleh bertanding di Pengerang kalau dia yakin dia boleh menang," katanya sambil tergelak.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman berkata Johor dari dulu hingga sekarang adalah kubu kuat UMNO. Oleh itu, katanya pembangkang berpendapat jika mereka dapat menawan Johor, mereka mampu merampas Putrajaya.
"Tetapi saya tahu pengundi Johor bukan bodoh. Orang Johor walau macam mana krtikal memberi pandangan, tidak semestinya tak sokong dan tak mengundi. Yang menjadi keutamaan kepada mereka ialah bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat bukan omong-omong kosong.
Mengenai ura-ura Salahuddin akan bertanding di Johor (Pontian), Azalina berkata tindakan PAS menghantar naib presidennya ke negeri itu kerana mereka mahu mengorbankannya. Kalau dia nak bertanding dan dia rasa yakin dan boleh, silakan.
Kita tengok rakyat Johor sokong atau tidak. Yang penting, kita kena tengok track record UMNO dan BN di Johor dari dulu memang konsisten. Walaupun Menteri Besar atau Ahli Parlimen saling bertukar, dasar BN sentiasa dikekalkan.
"Pembangkang jangan cakap banyak. Tengoklah pembangunan di Kelantan. Selangor pula, pembangkang ibarat ambil "janda berhias". Selangor hebat sebab orang sebelum itu sudah betul-betul bela. Sama juga di Pulau Pinang, Apa yang Lim Guan Eng dapat ialah apa yang diwarisi oleh BN daripada parti Gerakan. Suka atau tak suka, banyak dasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan BN sebelum ia diambilalih.
"Di negeri pembangkang, BN masih membantu rakyat. Mereka masih ketuk pintu UMNO minta bantuan. Mereka bukan terus mengetepikan UMNO. Program UMNO membantu rakyat, tetapi program pembangkang menguruk Kerajaan untuk wujudkan kebencian di kalangan rakyat. Saya minta rakyat jangalah kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

"Pemimpin datang dan pergi. Samada calon sama dikekalkan atau ditukar, parti adalah segalanya. Ramai pemimpin pembangkang datang dari UMNO. Mereka tak dapat jawatan, keluar parti. Inilah kehebatan parti pembangkang. Nurl Izzah pun anak UMNO bukan anak PR. Kita mesti letakkan keutamaan kepada parti. Kelansungan UMNO adalah kepada kekuatan parti dan bukan individu. - 6/8/12.- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







