Rab05222013

Kemaskini terakhir08:34:45 PM GMT

Back Berita Utama Analisa Genggam bukan sebarang genggam...

Genggam bukan sebarang genggam...

  • PDF

pmsalam400Genggaman tangan yang kuat dan cukup erat ketika bersalaman dengan rakyat Selangor, semalam langsung tidak mendatangkan ‘kesakitan’ kepada Datuk Seri Najib Razak sebaliknya, menyifatkan ia sebagai ‘genggaman tuah’.

Perdana Menteri memberitahu cukup teruja dengan sambutan rakyat di program Jelajah Janji Ditepati itu yang diadakan di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, malah dalam nada ceria beliau membayangkan suatu yang positif bakal berlaku.

“Dengan kehadiran yang begitu ramai sekali di sini mungkin membayangkan suatu yang baik, malah saya dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) teruja dengan sambutan begitu meriah dan spontan diberikan.

“Ada yang salam dengan saya...sudahlah dia genggam kuat, kemudian kucup pula tangan saya. Saya kata, takpalah kalau tangan sakit pun, asalkan undi kita bertambah (disambut tawa riuh pengunjung),” katanya.

Sambil mempersoalkan janji Pakatan Rakyat kepada rakyat ketika pilihan raya umum (PRU) lalu yang belum ditunaikan, beliau menekankan kerajaan begitu tidak layak meneraju kepemimpinan melainkan Barisan Nasional (BN).

“Saya nak tanya rakyat Selangor, apa jadi dengan janji-janji itu, apakah sekadar janji atau janji di bibir saja seperti nyanyian Hetty Koes Endang ‘janji tinggal janji dibibirmu’.

“Sekarang ini kita berada di ambang PRU, masih lagi tak ada bayang-bayang janji dulu ditunaikan dan hari ini mereka tabur lagi janji dalam Buku Jingga yang kalau dilaksana akan bawa kehancuran kepada negara.

“Sebab itu hari ini (semalam) kita pakai warna jingga nak beritahu warna jingga ini untuk janji yang ditepati,” katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu turut membawa rakyat mengenang jasa kerajaan BN yang memberi banyak kemajuan kepada negara, khasnya bandar maju di Selangor.

Sementara itu, rata-rata orang ramai yang ditemui gembira dengan janji Perdana Menteri untuk menambak lagi produk 1Malaysia.

pm-isteri300Najib ketika berucap memberitahu dua produk terbaru itu akan berada di pasaran setahun atau dua tahun akan datang, malah kerajaan kini dalam proses mengenal pasti rakan kongsi berkualiti bagi KB1M, manakala KK1M masih di peringkat perancangan.

Penjawat awam, Nor Azipah Sulaiman, 31, melahirkan rasa gembira apabila kerajaan terus menawarkan produk dan perkhidmatan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat, malah ia sangat membantunya meneruskan kelangsungan hidup berkeluarga terutama di bandar.

“Kita memang berharap bantuan begini tidak dihentikan, sebaliknya terus dilaksana secara berterusan untuk kesenangan kami sebagai rakyat. “Kita perlu bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup apatah lagi berada di bandar. Sekurang-kurangnya dengan ada kedai yang tawar perkhidmatan begini akan lebih memberi keselesaan kepada kami dan meringankan beban,” katanya yang berasal dari Kajang.

Sependapat dengannya, C Shanthi, 52, dari Desa Mentari, Subang Jaya, yang berkata, apa dilakukan Barisan Nasional (BN) selama ini sudah cukup membuktikan kerajaan itu mampu untuk terus memimpin negara dan rakyat mendapat manfaat sewajarnya.

Sebagai rakyat, katanya, dia akan terus menyokong BN, malah menghargai setiap usaha dilakukan kerajaan menerusi label 1Malaysia kerana baginya bukan sembarangan bantuan, sebaliknya ia lahir daripada janji pemerintah yang ditepati dan tidak dipinggirkan.-8/7/2012 -HM


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.