Rab05222013

Kemaskini terakhir08:34:45 PM GMT

Back Berita Utama

Berita Utama

Polis tubuh jabatan baru tumpu cegah jenayah

  • PDF
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan Jabatan Pencegahan Jenayah yang baru diketuai seorang pengarah di Bukit Aman serta di peringkat kontinjen dan setiap daerah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, jabatan baru itu memberi tumpuan khusus terhadap langkah dan usaha pencegahan jenayah.

Beliau berkata, ia selaras dengan matlamat sifar toleransi terhadap jenayah.

"Kami berharap untuk menubuhkan jabatan baru itu dalam bulan ini," katanya.

Menurut beliau langkah itu juga sejajar dengan kehendak masyarakat yang mahukan polis berperanan lebih efektif, selain membantu menurunkan indeks jenayah.

Dalam wawancara pertamanya bersama media di Bukit Aman selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri...

Baca Lagi...

Abu Zahar angkat sumpah Yang Dipertua Dewan Negara penggal kedua

  • PDF
Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara bagi penggal kedua.

Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Doris Sophia Brodi di bangunan Parlimen.

Abu Zahar, 69, bekas presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) dilantik semula sebagai anggota Dewan Negara berkuat kuasa 26 April lepas setelah tempoh penggal pertamanya berakhir sehari sebelum itu.

Abu Zahar pada 26 April 2010 dilantik sebagai Yang...

Baca Lagi...

Kelangsungan dasar pendidikan melalui gabungan kementerian...

  • PDF
Dua minggu sebelum pengumuman senarai Jemaah Menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada rakan-rakan bertanya kepada saya mungkinkah kali ini Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi akan disatukan semula seperti dulu.

Jawapan saya ia tidak mustahil kerana ada negara lain yang menggabungkan semula kedua-dua kementerian selepas berpisah beberapa tahun contohnya Thailand.

Selepas Pilihan Raya Umum 2004 Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi...

Baca Lagi...

Anggota Kabinet Sarawak angkat sumpah…

  • PDF
Lapan bekas menteri negeri yang menang dalam pilihan raya Sarawak pada Sabtu lepas, mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai anggota kabinet negeri yang baru pada Isnin setelah Barisan Nasional sekali lagi diberi mandat membentuk kerajaan negeri.

Lima daripada mereka adalah daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan setiap seorang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).Mereka mengangkat...

Baca Lagi...

Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah

  • PDF
Mengembangkan infrastuktur komunikasi dan caj internet lebih murah antara fokus utama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, bagi memastikan pendemokrasian komunikasi di kalangan rakyat di negara ini.

Beliau berkata perbincangan awal mendapati pengurangan caj boleh dilakukan yang dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak termasuk peniaga kecil dan untuk itu kajian mengenai perbandingan caj dengan negara-negara lain akan dilakukan.

"Kemudahan komunikasi sudah...

Baca Lagi...