Kha05232013

Kemaskini terakhir11:15:49 PM GMT

Back Ruangan Ruangan CATATAN ODAH Masterchef Celebrity...mulut tempayan mana boleh ditutup

Masterchef Celebrity...mulut tempayan mana boleh ditutup

  • PDF

ikon-catatan-odah-150xxxTAHNIAH kepada Datuk Fazley yang diangkat sebagai Juara Masterchef Celebrity Malaysia yang disiarkan Isnin lalu . Ramai yang suka rancangan ini kerana ia adalah yang pertama seumpamanya. Sesuatu yang baru, sudah tentu dapat perhatian, tambahan pula ia memberikan pelbagai warna sifat dan perangai manusia dalam sebuah pertandingan, sekalipun pertandingan memasak.

Sebab itu dalam twitter atau fb, ia jadi bahan bualan. Setiap kali ada penyingkiran, akan ada ulasan. Itu bermakna, ramai yang menonton. Para suami pun tidak terkecuali.

Cuma yang tak syoknya,  sebelum pusingan akhir itu adalah kutu sudah pecah lobang dalam fb kawan saya, Jee Samad. Katanya, “Juliza akan keluar, masuk final nanti Dato Fazley dan Angah. Kawan kepada anak saudara suami saya kerja di Astro!

Apa macam ni Astro? Memanglah benda macam ini mereka akan kata, setiap petugas produksi akan diikat dengan kontrak untuk zip mulut sampai ke sudah. Tapi, alahai, alangkan rahsia kerajaan pun boleh bocor, inikan pulak satu produksi kecik. Bukanlah saya sokong orang yang bocor rahsia ini sebab Perdana Menteri pun pandang serius kerja tak amanah orang yang bocorkan rahsia kerajaan ini, cuma saya hairan kenapa Astro macam tak berapa kisah untuk mengambil langkah mengelak perkara pecah lubang atau bocor itu berlaku.

Salah satu, adalah dengan mengadakan rancangan itu secara langsung, dan bukan rakaman. Saya memang mati-mati ingat yang pusingan akhir akan dibuat secara langsung. Barulah nampak gah. Masak depan juri dan depan orang ramai termasuk para media. Panggillah segala penaja. Kalau sebelum ini boleh buat untuk rancangan lain seperti AF, mengapa tidak MC?Mungkin expectations saya saja yang besar. Sedangkan Astro sekadar mahu jadikan ia  ‘family affair”. Macam pelik. Tapi itulah yang kita lihat bukan?

episod-26

Memang banyak benda boleh berlaku di luar kawalan kita. Diikat dengan kontrak atau tidakpun, kalau dasar mulut tempayan, mulut tempayan jugaklah, mana boleh ditutup. Sebab ini perangai manusia. Tapi jika ada alternatif lain yang boleh dilakukan untuk elak yang tidak baik itu (iaitu pecah lubang atau bocor berlaku). Tidak ada alasan soal siaran langsung yang kos tinggi, jika itu alasan untuk tidak adakan siaran langsung pada pusingan akhir yang mempertemukan Angah dan Fazley. Tak kiralah tempatnya di hotel lima atau 10 bintang sekalipun, sudah tentu logistic bukan masalah.

Dan, sebut pasal hotel, jika saya bekerja di hotel Cyberview itu saya akan rasa amat terhina dan kekurangan kerana hotel bertaraf lima bintang itu digambarkan memiliki dapur yang malfunction. Mujur Datuk Fazley tidak ada sejarah serangan jantung atau sesak nafas kerana akibat masalah dapur, dia terpaksa berlari ke hulu ke hilir untuk siapkan tiga jenis hidangan barat. Memanglah Fazley digambarkan seorang yang hebat dengan masakan barat, dan kita tahulah tentang cabaran yang mesti ditempuh untuk menang, tapi niayalah buat kerja macam itu. Bayangkan, kalau masalah dapur itu berlaku pada Angah. Bolehkah anda bayangan Angah berlari ke sana sini untuk siapkan juadah? Apa akan jadi jika kemalangan berlaku? Tidak mustahil bukan?

Begitu tidak sempurnakah dapur sebuah hotel bertaraf antarabangsa? Bukankah semua ini kerja yang boleh dibuat sebelum produksi bermula, memastikan dapur dan semua yang diperlukan dalam keadaan tip top. Kecualilah, jika malfunction itu memang disengajakan oleh pihak penerbit untuk memberikan unsure suspens drama! Jika itu, saya, rest my case lah, kata orang putih.

Kalaulah semua kecacatan itu memang disengajakan untuk memberikan lebih aji-no-moto pada rancangan Masterchef Celebrity, saya tabik hormat pada Datuk Fazley kerana dia telah berusaha gigih untuk siapkan masakannya. Mujurlah dia masih muda, tidak kena heart attack.

Datuk Fazley memang ada ciri seorang juara. Dia bukan saja cool, bahkan ada sifat kepimpinan, dedikasi, matang dan sabar. Memang dalam dunia hiburan, kita harus berbangga mempunyai artis yang toleran dan dedikasi dan sentiasa mempunyai passion yang tinggi untuk kerjanya.

Pada saya, inilah orangnya yang wajar dijadikan idola atau ikon remaja. Setidak-tidaknya, kita masih ada artis lelaki yang boleh dibangga kerana kerja, dedikasi dan semangat. Sekurang-kurangnya dia tak berkelahi dengan orang lain, iri hati atau mengampu. Syabas Datuk Fazley.- OLEH SAODAH ISMAIL-17/7/2012


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.