Aha05192013

Kemaskini terakhir04:26:14 PM GMT

Back Ruangan Ruangan CATATAN ODAH Pesan Haron sebelum undur diri... zip mulut

Pesan Haron sebelum undur diri... zip mulut

  • PDF

ikon-catatan-odah-150xxxSana sini orang cakap pasal Super Spontan, rancangan lawak yang memang boleh hibur hati siapa saja yang sedang ducacita atau menghadapi tekanan. Syabas kepada Afdlin Shauki dan Haron Salim Bachik yang jadi orang kuat rancangan itu. Ramai kata, kalau Haron tak bercakappun, orang boleh ketawa.

Tapi sebenarnya Haron ada juga sisi seriusnya yang kita jarang nampak. Khabarnya, Jumaat baru ini, Haron telah panggil mesyuarat AJK Persatuan Seniman dan dalam mesyuarat itu dia ada ‘sound” Timbalan Presiden, Zed Zaidi kerana membuat komen-komen yang tak di ‘endorce” oleh persatuan.

Kata Haron, apapun yang nak dicakap secara terbuka atau dengan media, mestilah dengan persetujuan AJK Seniman dulu, bukan pakai belasah saja. Maknanya cakap jangan sebarang cakap, kena fikir masak-masak. Tak boleh cakap ikut sedap mulut dan bukan itu saja, diharap  para exco Seniman juga jangan twit ikut sedap jari. Sebab, bila salah twit, dah tak boleh tarik balik dan tak boleh salahkan orang lain, misalnya salahkan media yang silap lapor dan sebagainya.

Dan pada mesyuarat AJK itu juga Haron telah memberitahu dia tak akan bertanding untuk jawatan Presiden dalam Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) yang akan berlangsung pada 26 Mei akan datang. Haron khabarnya dia serius mahu melepaskan jawatan Presiden dan mahu bagi laluan pada orang lain.

Kenapa Haron tak mahu bertanding? Pada hal orang lain bukan main syok nak pegang jawatan Presiden. Maklumlah, bila ada jawatan, baru macam ada kelas sikit. Kalau berdiri sebelah Menteri pun mesti rasa bangga sebab diri Presiden.

Orang akan fikir kenapalah Haron tak mahu lagi pegang jawatan  nombor satu dalam persatuan. Tidak kurang juga yang akan fikir, apakah dia tak boleh ngam dengan exco yang ada sekarang, maklumlah apa-apa silap, orang akan cari Haron. Haron juga yang kena tempiasnya.

Tapi itu hanya sangkaan. Itulah kita ini selalu membuat andaian dari mata kasar. Tak balik buruk sangka. Haron, malah kata dia tak kisah siapa pun jadi Presiden Persatuan Seniman selepas 26 Mei ini.

“Kalau siapa rasa dia layak pegang jawatan, bertandinglah.” Itu kata Haron yang letih saja bunyinya bila saya telefon kelmarin.

“Saya tidak mahu bertanding bukan sebab lain, pertama kerana sudah cukup tempoh, kedua kerana saya sekarang ini banyak tugasan termasuk kerja pengarahan dan ketiga, ini yang paling utama, saya tidak berapa sihat,” kata Haron yang menghidap darah tinggi dan semput.

“Jadi, sebab itulah saya kena berundur. Saya rasa sudah cukup masanya saya berikan untuk persatuan, biarlah orang lain pula ambil alih,’ kata Haron.

Kerja untuk persatuan bukan calang-calang. Ada kalanya menguji kesabaran, ketabahan dan ada kalanya boleh menyebabkan stress. Maklumlah banyak benda nak kena jaga dan tuntuan ahli juga tidak kurang kerenahnya. Kita tidak mahu kesihatan Haron terjejas kerana dia seorang artis yang serba boleh dan ramai yang mahu melihat Haron bergiat aktif dalam dunia lakonan, pengarahan dan lawak jenaka. Kita mahu biarlah keturunan Salim Bachik (pelakon terkenal Singapura) ini dapat terus menabur bakti dalam dunia hiburan seperti hari ini.

Jadi, kepada Haron, semoga dapat terus berkarya dengan tenang. Siapa pengganti Haron, kita tunggu dan lihat…-2/5/2012


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.