Isn05202013

Kemaskini terakhir08:17:55 AM GMT

Back Ruangan Ruangan CATATAN ODAH Ustaz Don milik eksklusif TV Hijrah

Ustaz Don milik eksklusif TV Hijrah

  • PDF

ustazdon300Sekalipun stesen TV Alhijrah belum bersiaran di negara jiran kita, Singapura, sudah ada yang bertanya-tanya, "boleh ke kitaorang bawak ustaz muda", Ustaz Don Danioyal Don Biyajid ke kota singa?

Itulah soalan yang banyak saya terima lepas cerita ustaz yang jadi ikon TV Alhijrah itu siar di akhbar Berita Minggu. Ada yang tanya, cara mana nak bawa ustaz sempoi ni, apakah dia ada PA atau syarikat sendiri?

Nak jawab macam mana. Rasanya kena tanya dengan stesen yang lahirkan Ustaz Don, TV Alhijrah. Sebab sekarang ini TV Alhijrah sudah sain ustaz secara eksklusif. Ini dikhabarkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Bukhari Che Muda sewaktu rakaman ke 100, "30 Minit Bersam Ustaz Don", bulan lepas.

Kata Bukhari, Ustaz Don sekarang jadi ikon stesen dan mereka akan bawa ustaz dan rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don itu keluar studio - keliling negeri secara live. Pihaknya banyak menerima tawaran dari institusi pengajian tinggi dan syarikat korporat yang mahu Ustaz Don datang ke tempat mereka.

Bukhari kata, ustaz Don jadi fenomena sekarang ini kerana pendekatannya yang baru. dan pendekatan secara interatif sangat berkesan. "Dia mesra penonton dan telah memempermudahkan ilmu agama. Setiap minggu bila bersiaran, kami terima panggilan dari luar negara juga," kata Bukhari yang memang puas hati dengan sambutan orang ramai terhadap rancangan itu.

Syabas diucapkan stesen AlHijrah ini yang telah berhasil menaikkan rancangan agama menjadi rancangan nombor satu. Ini juga telah mengubah persepsi bahawa hanya rancangan hiburan dan artis serta gosip saja yang boleh naikkan stesen sedangkan hakikatnya tidak begitu. Dan hari ini terbukti rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don sangat dinanti-nantikan oleh penonton pelbagai lapisan masyarakat.

Dan syabas juga buat ustaz kelahiran Bukti Mertajam ini yang berjaya menarik hati ramai pada usia semuda 26 tahun. Kerana itulah ustaz ini dapat diterima juga oleh remaja dan para pelajar universiti kerana dia juga merupakan pensyarah muda di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Walaupun TVHijrah tidak ada angka untuk ditayangkan pada umum tentang rating, sebab kata Bukhari, mereka tidak langgan rating televisyen seperti yang dilakukan oleh stesen tv lain.

Baguslah. Kadang-kadang rating pun bukan kayu ukur tepat kerana apa yang lebih penting ialah pengisian sesebuah rancangan itu sendiri. Misalnya kalau sebuah rancangan hiburan itu dapat rating tinggi, ia belum tentu memberi manfaat kepada masyarakat.

Ketika ini Ustaz Don ketika ini berada di tanah suci mengerjakan umrah bersama keluarga dan akan kembali pada 22 Mei.

Dan perlu juga dikhabarkanm Ustaz Don tidak mempunyai sebarang akaun twitter. Dia hanya ada dua akaun facebook, iaitu "30 Minit Bersama Ustad Don" dan Ustad Don Daniyal Don Biyajid. Bermakna, ustaz ini tidak tweet.

"Saya cuma ada itu saja, dua akaun fb. Yang lain bukan saya," itu jelas Ustaz ini.

Dan, dengan penuh rendah hati, saya perlu khabarkan satu lagi kaklumat di sini. Terutama bagi mereka yang pasang angan-angan untuk bermenantukan ustaz, kerana dia sudahpun berpunya. Kalau tak percaya, sila lihat cincin di jarinya.

Dan, bila ditanya siapa dan bilakah hari bahagia itu, ustaz berkongsi kata-kata yang pernahy dilafazkan Datuk Siti Nurhaliza, "Biarlah rahsia!"

Apapun semoga TV Alhijrah dan Ustaz Don akan terus berkembang maju.-19/5/2012


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.