Aha05192013

Kemaskini terakhir04:17:23 AM GMT

Back Ruangan DARI ARUS PERDANA

Politik Malaysia 'mengelirukan' - Dr. Khoo

Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim ditanya oleh penulis semalam berapa usianya kini.

Lantas beliau memberitahu: "Saya sudah 76 tahun, tapi yang pasti saya keliru dengan apa yang berlaku, apa yang dulunya tak macam ini."

Beliau mengulas secara jujur tentang hasil keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang dikatakan banyak pihak berupa'tsunami Cina' akibat tohmahan dan pembohongan DAP membangkitkan sentimen perkauman.

"Saya jadi keliru sebab apa yang berlaku di satu-satu kawasan itu hanya (pengundi di) kawasan itu sahaja yang boleh tahu.

"Kita berada di Kuala Lumpur, apa yang berlaku di Gelang Patah dan Temerloh susah untuk kita buat kesimpulan," kata beliau ketika dihubungi.

Kay Kim berkata, beliau sungguh terkejut dengan kekalahan...

Baca Lagi...

Sokongan PAS untungkan DAP, PKR

Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 telah diumumkan dan Pas adalah antara parti yang mencatatkan pelbagai kenangan suka dan duka termasuk penurunan jumlah ahli Parlimen daripada 23 orang pada PRU 2008 kepada 21 orang kali ini.

Parti itu gagal mempertahankan Kedah yang ditadbir selama satu penggal setelah BN berjaya membentuk kerajaan di Negeri Jelapang Padi itu dengan majoriti mudah sebanyak 21 kerusi.

Jumlah kerusi yang dimenangi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di negeri itu juga...

Baca Lagi...

Menilai Manifesto Barisan Nasional

Baru-baru ini, saya mengemukakan idea mengenai penggunaan satu senarai semak untuk menilai dasar ekonomi yang akan dibentangkan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang (PR) menjelang berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Nampaknya, idea itu agak mendapat sambutan jika diambil kira maklum balas yang diterima, termasuk undangan untuk saya muncul dalam satu program terbitan sebuah stesen radio popular.

Kini, BN sudah mengumumkan manifestonya dan tentu ramai yang bertanya sejauh...

Baca Lagi...

Kisah wira Kampung Senallang Lama

“Apa nak jadi, jadilah.... Kalau mati... matilah aku hari ini,” kata Almasi Ansyah, 27, wira Kampung Senallang Lama yang mula-mula menerkam pengganas Kiram bersama abangnya, Boi Ansyah, 29, dalam kejadian penduduk kampung itu ditawan seorang lelaki, 3 Mac lalu.

Menceritakan peristiwa pagi Ahad itu, Almasi bersama 200 penduduk Kampung Senallang Lama dikejutkan dengan teriakan seorang lelaki yang berusia 50-an, ‘akulah yang menembak mati polis malam tadi’ yang turun dari arah sebuah...

Baca Lagi...

Tidak perlu bawa ke ICJ untuk tentukan kedaulatan Sabah

Malaysia tidak perlu membawa isu hak Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana fakta sejarah dan bukan sejarah jelas menunjukkan ia sebuah negeri berdaulat dalam Malaysia, kata sejarawan Prof Emeritus Dr Ranjit Singh dari Universiti Utara Malaysia.

Beliau berhujah selain fakta sejarah, Kesultanan Sulu dan Filipina sebenarnya sudah hilang hak kedaulatan ke atas Sabah kepada Malaysia berdasarkan prinsip keberkesanan.

Walaupun pernah diperintah Kesultanan Sulu, Sabah atau sebelum...

Baca Lagi...

Ke arah perkukuh proses pilihan raya, politik baru

Baru-baru ini penulis ada meminta agar calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya anjuran Trasparency International Malaysia (TI-M). Pada minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah menandatangani ikrar itu sebagai pengisytiharan umum dan menunjukkan komitmen untuk membanteras rasuah pada PRU-13.

Di bawah ruangan ‘Maklumat Lanjut’ dalam ikrar itu selepas ayat: “Saya menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya ini kerana......

Baca Lagi...

Sinar Harian sokong siapa?

Hari ini, saya ingin memperkatakan mengenai liputan politik dalam akhbar Sinar Harian. Walaupun akhbar ini menerbitkan banyak berita human interest dan sering kali menjadikan berita bola sepak sebagai berita muka depan, banyak pihak beranggapan akhbar Sinar Harian adalah akhbar politik. Demikian persepsi ramai.

Ya, semakin hampir PRU13, kian rancaklah para pemimpin politik berkempen. Siri jelajah, lawatan, penyampaian, perasmian, ceramah, debat, wacana dan ucapan dilakukan oleh mereka yang...

Baca Lagi...

Hampir pasti Dr.Zambry kekal MB Perak

Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir kini boleh melihat PRU ke13 sebagai satu lagi pilihanraya umum yang memihak kepada Barisan Nasional khususnya UMNO. Kalau dibanding ketika menghadapi PRU ke12 pada 2008, pilihanraya kali ini ibarat kata orang seperti makan kacang goreng sambil melihat bulan mengambang.

Barangkali menyedari mereka kini tidak lagi memiliki kelebihan seperti yang dinikmati lima tahun lalu, pembangkang menjadikan Dr.Zambry sebagai sasaran medan panah. PAS...

Baca Lagi...

Najib sudah, berani ke Anwar ke Gaza?

Bukannya mudah untuk ke Gaza. Bukan macam pergi memancing ikan di Ceruk Tok Koon sambil makan sandwic. Bukan juga macam balik ke Kota Bharu untuk pekena nasi kerabu berlaukkan budu di Pasar Khadijah.

Justeru, biarpun buat seorang itu bertaraf perdana menteri hatta presiden sekalipun, bumi Gaza tidak menyediakan selimut keselamatan atau pakaian kalis peluru untuk pengunjungnya.

Bagi Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia, isu Palestin dan Gaza merupakan isu agama yang tidak pernah padam...

Baca Lagi...