Menjelang PRU 13, antara istilah popular masa kini kalangan pucuk pimpinan Umno dan BN adalah winnable candidate. Ini menunjukkan mereka berkelayakan dan berpengalaman dijadikan calon kerusi Parlimen dan Dun memang ramai, tetapi kebarangkalian besar untuk menang tidaklah seramai itu.
Maka tokoh veteran lazimnya dicalonkan semula untuk bertanding, bukanlah direcycle tetapi kelebihannya meraih sokongan pengundi dan memenangi kerusi.
Bagi mereka yang melihat politik Perak ibarat menjenguk ke belakang rumah, tokoh veteran yang menepati idea winnable candidate ini tentulah pemimpin seperti Tan Sri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali. Namun beliau awal-awal lagi memilih tidak menjadi calon dalam PRU13.
Sebagai tokoh yang pernah berkhidmat selaku Ahli Parlimen serta menteri, Tajol dipilih Tun Dr Mahathir Mohamed menerajui Perak sebagai MB ke-9 pada 1999.
Kejatuhan BN di Perak dalam PRU12 memberi pelbagai reaksi dan tafsiran, malah kritikan kalangan rakan dalam parti yang menuding jari konon kejatuhan itu disebabkan kepimpinan Tajol.
Tetapi masa berlalu dan analisis mendapati prestasi dan kekalahan BN di Perak dan juga beberapa negeri akibat kelemahan kepimpinan peringkat nasional.
Bagi Tajol agak bernasib baik kerana setahun selepas BN Perak tumbang kepada Pakatan Rakyat, tiga Adun mereka kembali menyokong BN secara sukarela lalu memaksa peralihan kuasa kepada BN semula.
Tajol dikatakan adalah calon pertama diputuskan dilantik semula ke jawatan MB, namun dia menolaknya bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Hari ini menoleh semula apa yang berlaku maka tidak hairan jika Tajol Rosli dilihat sebagai Mr Nice Guy. Namun dalam politik dan dunia manusia, orang sebegini sering terlepas pandang untuk naik lebih tinggi.
Tajol tidak gila publisiti kerana saya pernah membuat tawaran menulis sebuah biografi mengenai dirinya dan juga bapanya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi, seorang lagi tokoh hebat di zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman.
Namun dia menolak. “Kalau mengikut KPI, Tajol tentu memperoleh markah tinggi. Setiap kali pulang ke Gerik ataupun berada di Pengkalan Hulu, beliau berdepan dengan pelbagai kerenah masyarakat, tetamu mampu menyelesaikannya," kata seorang penganalisis politik.
Bagi mereka yang mengenali Tajol dari dekat, mereka tahu Tajol bukannya jenis pemimpin yang mudah melupakan kawan seperti sesetengah tokoh yang berjaya sampai ke kemuncak kerjayanya.
Saya sendiri mempunyai pengalaman yang paling istimewa. Setelah menduda begitu lama, Tajol yang menganggap saya sebagai adik yang perlukan bimbingan, berusaha carikan saya pasangan.
Selama 30 tahun lebih, Tajol berulang-alik antara Gerik dan Kuala Lumpur bagi menunaikan tanggungjawab sebagai orang politik.
Perjalanan itu sahaja bukan perkara mudah. Berapa ramai pemimpin muda atau malah separa-veteran yang sanggup berbuat demikian. Ini bukannya perjalanan dari Seremban ke Kuala Lumpur.
Tajol sepatutnya tidak bertanding dalam PRU12 bagi melalui zaman persaraan yang dirancang.
Namun entah mengapa rancangan itu tidak menjadi kenyataan apabila pucuk pimpinan terus mahukan beliau yang bukanlah jenis kaki lawan. Menjelang PRU13, Tajol membayangkan tidak akan mempertahankan kerusi Dun Pengkalan Hulu.
Sekiranya rancangannya itu menjadi kenyataan, maka beliau tidak lagi akan menjadi seorang Wakil Rakyat. Namun itu tidak bermakna beliau terus bersara daripada politik.
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, tugasnya besar dan menyeluruh kerana dia adalah jawatankuasa di sebalik tabir yang bakal memastikan pemilihan licin dan teratur.
Nampaknya agak sukar bagi Perak ketika ini tanpa kehadiran Tajol. Ia bukan sekadar kerana Tajol sudah menjadi sinonim kepada Umno Perak, tetapi kerana kemampuan istimewa yang ada di tangannya dalam menyusun dan mencorakkan semula politik Perak.
Tapi sepertiyang Tajol membayangkan dalam satu pertemuan, "Dr Zambry adalah calon terbaik.” Justeru bagi mereka yang mengenali Tajol secara dekat, beliau bukan sekadar seorang winnable candidate tetapi satu aset buat Umno khususnya di Gerik serta Perak amnya.-9/7/2012 -Sinar Harian
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah




