Sel05212013

Kemaskini terakhir08:50:25 PM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Rencana Dalam Negeri Biarkan luncai terjun dengan labunya, kata Musa

Biarkan luncai terjun dengan labunya, kata Musa

  • PDF

musa-1Tindakan pemimpin yang keluar dari parti dalam komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah adalah kerana mempunyai agenda sendiri, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

"Mungkin mereka ada agenda sendiri dan ia adalah hak masing-masing. Kalau ada yang tidak sudi bersama kita dalam BN, kita biarkan saja si luncai terjun dengan labunya," katanya di Kinabatangan Sahab pada Ahad.

Musa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, berkata beliau akur dengan permintaan pemimpin terbabit untuk tidak lagi bersama dalam BN.

Katanya tindakan pemimpin terbabit tidak menjejaskan BN Sabah terutama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana, beliau yakin BN Sabah berada pada landasan yang betul dalam perjuangannya terutama untuk membela rakyat dan membawa pembangunan di negeri ini.

Katanya ini dilakukan oleh kerajaan melalui pelaksanaan beberapa program untuk meringankan beban rakyat, antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia yang memberi banyak manfaat kepada penerima.

Musa berkata kerajaan ikhlas dalam perjuangan membela rakyat terutama dalam mengotakan janji yang diberi kepada rakyat.

Baru-baru ini, Anggota Parlimen Beaufort Datuk Lajim Ukin melepaskan semua jawatannya dalam UMNO serta BN dan Anggota Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing juga berbuat demikian dengan melepaskan jawatannya dalam parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu.-5/8/2012 *gambarfail


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.