Kha05232013

Kemaskini terakhir11:38:55 PM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Rencana Email Pembaca 16 Julai tarikh mohon lesen sementara bas ketika musim perayaan

16 Julai tarikh mohon lesen sementara bas ketika musim perayaan

  • PDF

email100Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memaklumkan bahawa permohonan untuk mendapatkan Lesen Perubahan Sementara (“LPS”) akan dibuka pada 16 Julai 2012 sehingga 10 Ogos 2012. 

Permohonan hendaklah dibuat oleh syarikat-syarikat bas ekspres untuk menggunakan bas sekolah, bas pekerja, bas catar, bas berhenti-henti dan bas persiaran sebagai perkhidmatan bas ekspress bagi menampung permintaan orang ramai pada musim perayaan Aidilfitri 2012.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Kamal, “prihatin dengan permintaan yang tinggi oleh orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan bas ekspres pada musim perayaan, S.P.A.D. mengambil inisiatif untuk membuka lebih awal tarikh permohonan LPS pada tahun ini." 

"Ini akan membantu para pengusaha merancang dengan efektif perkhidmatan bas ekspres mereka, sekaligus memastikan perkhidmatan tidak terjejas semasa musim perayaan”

“Kami menjangkakan akan menerima sebanyak 2,000 permohonan LPS pada tahun ini.  Walaubagaimanapun, pemohon yang memenuhi kriteria dan berkebolehan sahaja akan diberikan LPS ini”, tambah Mohd Nur lagi.

Syarat yang perlu dipatuhi antaranya adalah usia bas yang bakal digunakan tidak melebihi 15 tahun dan mempunyai cukai jalan dan perlindungan insuran yang sah.  

SPAD juga membenarkan bas ekspres tambahan ini untuk beroperasi berdasarkan laluan terbuka seperti yang dibenarkan kepada syarikat bas ekspres berkenaan.

“Bas-bas ekspres sementara ini juga mestilah beroperasi di terminal dan kawasan yang dibenarkan sahaja.  Mereka juga mestilah menjual tiket-tiket tambahan ini di kaunter masing-masing.  Ini bagi memastikan pengguna tidak tertipu dengan ‘ulat tiket’ atau sindiket yang tidak bertanggungjawap yang beroperasi pada musim perayaan”.

Pengusaha juga dibenarkan untuk mengenakan kadar caj tambahan sebanyak 10% bagi setiap tiket, hanya untuk bas-bas tambahan yang digunakan.

Dalam pada itu, Bahagian Penguatkuasaan SPAD akan menggandakan operasi pada musim perayaan nanti bagi memastikan sebarang aktiviti yang tidak sihat  dapat dikawal sepenuhnya.

“Kami menyeru kepada semua pengusaha untuk berhubung atau berjumpa dengan pihak SPAD untuk sebarang kemusykilan mahupun pertanyaan berhubung penggunaan bas tambahan ini. Apa yang penting adalah keselamatan penumpang mestilah diutamakan,” kata Mohd Nur.-3/7/2012


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.