Rab05222013

Kemaskini terakhir10:21:25 PM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Rencana Email Pembaca Isu Kompleks Pertama : Ini kenyataan UDA

Isu Kompleks Pertama : Ini kenyataan UDA

  • PDF

email-100xMerujuk pada petikan akhbar bertarikh 31 Julai 2012 mengenai isu ‘20 peniaga Bumiputera rasa teraniaya’ (Berita Harian), ‘Peniaga rayu selesai isu diusir UDA’ (Harian Metro) selain petikan akhbar pada 1 Ogos 2012 ‘Peniaga gagal bayar sewa premis’ (Kosmo!), berikut merupakan kenyataan media daripada pihak kami:

1. Akses ke jalan masuk dan keluar ke kawasan Tempat Letak Kereta (TLK) Kompleks Pertama hanya di Jalan Semarang sahaja. Cadangan untuk mewujudkan jalan masuk ke TLK di Jalan Tunku Abdul Rahman tidak dapat dilaksanakan kerana akan melibatkan lot-lot individu di bahagian hadapan Kompleks Pertama. Isu penutupan Jalan Semarang oleh pihak polis adalah ketika berlakunya kesesakan lalulintas di Jalan Tunku Abdul Rahman.

2.UDA mengakui bahawa tidak membuat sebarang aktivitimemandangkan sejak penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Kompleks Pertama pada Mei 2009, segala pengurusan kawasan awam dan promosi adalah di bawah tanggungjawab JMB Kompleks Pertama. Malah, Ahli Jawatankuasa JMB Kompleks Pertama sendiri terdiri daripada pemilik-pemilik lot di Kompleks Pertama dan pihak UDA tidak mempunyai wakil dalam Jawatankuasa tersebut. Oleh yang demikian, sebarang permasalahan dan pertanyaan perlulah disalurkan terus kepada JMB Kompleks Pertama.

3. Isu pagar yang dibangkitkan oleh penyewa Kompleks Pertama tidak memberi kesan kepada kurangnya pengunjung ke kompleks ini. Ini kerana kebanyakan pengunjung mengakses kompleks ini dari pintu masuk Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi. Tujuan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendirikan pagar tersebut adalah untuk menghalang kenderaan
daripada diletakkan di atas kaki lima yang secara langsung dapat memberi laluan serta keselesaan kepada pejalan kaki sama ada dari Medan Selera mahupun Bangunan MARA. Gangguan kenderaan yang diletakkan di kaki lima seperti yang berlaku sebelum ini tidak berulang lagi.

4. Tindakan undang-undang yang difailkan oleh UDA Pertama Sdn Bhd (UPSB) adalah untuk menuntut sewa yang tertunggak sahaja, walau bagaimanapun UPSB masih membuka pintu rundingan serta tindakan undang-undang boleh ditarik balik sekiranya penyewa terbabit membayar 50% dari tunggakan dan baki tunggakan selebihnya hendaklah dibuat dengan ansuran yang dipersetujui oleh kedua pihak.

5. UDA akan memajukan masalah dan aduan penyewa berkaitan isu pagar ini untuk perhatian dan pertimbangan DBKL supaya merekabentukkan semula pagar yang telah dipasang selain membuat lorong khas menurunkan dan menaikkan barang di Pintu Masuk Imej Ceria untuk kegunaan khas penyewa-penyewa Kompleks Pertama. Dengan adanya kemudahan lorong ini secara tidak langsung tidak akan menganggu aktiviti perniagaan di Kompleks Pertama apabila Jalan Semarang ditutup kerana kesesakan lalulintas di Jalan Raja Laut dan Jalan Tengku Abdul Rahman.-6/8/2012

Penulis merupakan Penolong Pengurus, Pejabat Pengurus Besar UDA MALL SDN BHD


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.