Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS amat bergantung kepada sejauhmana mana kepentingan Islam menjadi agenda utama yang dipertahankan dalam Pakatan.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pihaknya sentiasa mempertahankan kepentingan Islam melebihi kepentingan-kepentingan yang lain.
Pada masa sama Dewan Ulamak PAS menyokong penuh kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat jika ia merugikan Islam.
“Kami percaya ucapan beliau tersebut adalah tersangat jelas dan ianya merupakan satu jaminan PAS kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia bahawa kepentingan Islam akan terus dipertahankan oleh PAS dan ianya adalah penentu keberadaan PAS dalam Pakatan.
“PAS tetap setia dengan Pakatan selagimana kepentingan Islam menjadi keutamaan dan agenda utama,” katanya dalam satu kenyataan media.
Abdul Hadi memberi jaminan tersebut ketika berucap di himpunan kebangkitan rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 7.0 di Kampung Banggol Peradong, Terengganu Sabtu lalu.
Presiden PAS dipetik sebagai berkata “PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan PKR selagi
dapat mempertahankan Melayu Islam.
“Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat”
Nik Muhammad Zawawi berkata, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat hendaklah memahami serta menghayati akan perjuangan dan prinsip perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Sejarah telah membuktikan betapa konsistennya PAS dalam agenda dan usaha ini, kata beliau lagi.
“PAS akan mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat sekiranya ianya membawa kerugian kepada kepentingan Islam dan umat Islam di Malaysia.
Dalam masa yang sama agenda keadilan Islam kepada seluruh bangsa di Malaysia akan terus menjadi dasar perjuangan PAS dalam usaha meruntuhkan kezaliman terutamanya apa yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno BN sekarang,” tambah beliau.-18/2/2013
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







