Sab05252013

Kemaskini terakhir05:20:42 PM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Rencana Email Pembaca Pemuda UMNO Ampang buat laporan polis terhadap Ngeh

Pemuda UMNO Ampang buat laporan polis terhadap Ngeh

  • PDF

laporanpolispemudaampang400Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ampang hari ini telah membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada petang ini bagi menyatakan bantahan keras terhadap kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham.

Laporan polis ini diketuai ketuanya, Safarizul Mustafa bersama beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Jakamas, Perkasa dan MAYS.

“Kami merasa kesal seorang rakyat Malaysia seperti Khoo Ham boleh mengeluarkan kenyataan menghina Islam. Sepatutnya, sebagai rakyat yang faham akan kedudukan agama Islam dinegaranya sendiri, beliau seharusnya sedar akan kenyataan yang dikeluarkanya boleh menimbulkan kemarahan dan mencabar kesabaran umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia, lebih menyedihkan lagi di kala manusia hari ini berada di zaman yang bertamadun masih terdapat pemimpin parti yang berfikiran kuno yang langsung tidak mencerminkan kepimpinan yang bertamadun.

Apakah kenyataan yang dibuat oleh Koo Ham sekadar untuk meraih popularati yang kian menghilang dikalangan pemimpin DAP yang kerap menjadi kencaman masyarakat umum ataupun ingin menjadi "pahlawan didalam reban" menunjuk hebat bukan ditempatnya,” ujarnya selepas membuat laporan polis di Ampang hari ini.

Turut sama dalam bantahan tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Beliau menegaskan "kenyataan Koo Ham kurang ajar, umat Islam sanggup mati mempertahankan kesucian Islam dan Koo Ham diminta memohon maaf kepada semua rakyat beragama Islam Malaysia dan seluruh dunia serta menarik balik kenyataan yang dikeluarkanya."

PAS dan PKR juga dicabar mengeluarkan kenyataan mengutuk Koo Ham. Jika mereka tidak berbuat demikian, apakah mereka bersetuju maruah Rasullullah dan Islam dihina begitu rupa.

“Di mana pendirian dua parti ini keatas kedudukan Islam dalam Negara ? Semua pihak berkuasa juga diminta mengambil tindakan tegas terhadap Koo Ham,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri Selangor.-20/9/2012


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.