Isn05202013

Kemaskini terakhir08:17:55 AM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Rencana Email Pembaca SPAD rancang sistem tiket elektronik tangani 'ulat'

SPAD rancang sistem tiket elektronik tangani 'ulat'

  • PDF

email100Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi jaminan sistem penjualan tiket elektronik bersepadu yang dibangunkan kelak di terminal bas khususnya Puduraya Sentral, akan mengambil kira keperluan pengusaha syarikat bas.

Ketua Pegawai Operasinya, Azhar Ahmad berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak terlebih dulu termasuk bersama pengurusan terminal untuk menambah baik perkhidmatan berkenaan, begitu juga sistem sudah diguna pakai ketika ini.

“Kami sedar banyak perkara dibangkitkan, malah di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang menggunakan sistem elektronik juga masih ada beberapa aspek yang boleh ditambah baik bagi memenuhi keperluan semua pihak sama ada pengusaha mahupun pengguna.

“Ini satu cara untuk kami menghapuskan ulat tiket, dan yang keduanya kalau dengan mengadakan sistem tempahan elektronik akan lebih memudahkan pelanggan, maka kami perlu memikirkan cara lebih sistematik,” katanya dipetik Metro oada Jumaat.

Azhar berkata, pada fasa berikutnya, SPAD akan cuba berbincang untuk mengetengahkan sistem penjualan yang tidak memerlukan jurujual tiket di kaunter, sebaliknya pengguna hanya perlu berinteraksi dengan komputer untuk memilih bas dan destinasi pilihan.

“Langkah ini secara tak langsung boleh menangani isu pilih kasih jika itu didakwa berlaku di TBS apabila kerani kaunter tiket hanya mempromosi syarikat bas tertentu. Apapun, kami perlu berbincang perkara ini dengan lebih mendalam dulu.

“Kami akan bincang dengan pihak TBS juga, tidak hanya Puduraya Sentral untuk pastikan sistem mengurangkan campur tangan manusia ini dapat dilaksana di sana,” katanya.

Mengenai kewajaran pihak syarikat bas menguruskan kaunter jualan elektronik mereka sendiri, Azhar membayangkan perkara itu sukar berlaku di Puduraya Sentral berikutan tempat yang cukup terhad, selain akan membabitkan kos tertentu yang perlu ditanggung pengusaha.

Akhbar semalam melaporkan, pengusaha syarikat bas di Puduraya Sentral di sini mahu SPAD memikirkan keperluan mereka sebelum memperkenal sistem penjualan tiket elektronik bersepadu, selain mahu sistem berkenaan benar-benar memanfaatkan.

Secara dasar mereka tidak menolak pelaksanaan sistem yang boleh membasmi ulat tiket, namun mahukan kebajikan mereka terbela.-13/7/2012


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.