Kenyataan beberapa jurublog bahawa wujud konspirasi di peringkat paderi dan mubaligh Kristian untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian merupakan satu yang berat dan serius.
Welcome to the Frontpage
Konflik Agama: DAP menangguk di air keruh
Selamat datang ke ‘Negara Kebajikan’ PAS...syoknya
Ini cuma satu cadangan. Elok sangat jentera PAS turun padang pi buat survey apa orang dok kata pasal kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di penutup Muktamar PAS petang Ahad lalu.
Dari feedback yang Kawan dapat ramai juga ‘macam nak pengsan’ dengar Presiden PAS tu kata video tak boleh jadi bukti dalam kes melibatkan zina sebab ia BESI tak ada mata dan telinga.
Kawan ni dah naik sakit telinga kena melayan kawan-kawan jauh dekat yang nak komen cara Tok Guru nak defend lebih-lebih Pak Sheikh Anwar dalam bab aksi video seks dengan China Doll.
“Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi kerana video ini BESI, dia tiada mata dan telinga," kata Presiden PAS .
Kita semua faham Haji Hadi nak cakap dalam kontek syariat Islam yang hakiki.
"Lompat raya sakan penjenayah, penzina bahkan pelacur, sebab PAS sebagai parti yang mengaku perjuangkan Islam sudah buat keluar kenyataan begitu,"kata seorang kawan yang awal pagi dah kacau Kawan nak bercakap bab tu.
"Ini baru betul-betul 'Negara Kebajikan'. Kebajikan untuk penjenayah, penzina, perogol dan peliwat," katanya dengan nada sinis.
Steady Bro...jangan marah sangat. Apapun kawan petiklah dia anggap kenyataan Haji Hadi itu menunjukkan pemimpin PAS otak besi, sebab tak dapat fikir guna otak.
"Itulah kualiti pemimpin PAS yang ada sekarang, menyedihkan, keluar kenyataan macam tidak fikir dulu" katanya yang rasa mungkin kot Presiden PAS tu nak kowteam habis dengan puak Erdogan yang kini dah kuasai PAS.
Rasanya Pengarah FBI dan Scotland Yard pun boleh pening kepala kalau video sudah diistilahkan sebagai BESI yang tidak boleh jadi bahan bukti.
Itu kata seorang kawan lain yang peminat setia cerita-cerita CSI.
Katanya ini bukan zaman batu purbakala dulu tetapi zaman sains dan teknologi.
“Tengok saja CSI...bukti dan fakta kes boleh dapat dalam segala macam bentuk...inikan pula video yang nampak sah-sah orang tu bergerak hidup.
“Fikirlah macam mana nak sepanjang masa suruh empat orang mengendap atau ada serentak nak jadi saksi sesuatu aksi khalwat atau zina.
“Apakah jam Omega tu ( yang Datuk Eskay dakwa Anwar tertinggal di lokasi ) nanti pun dikira BESI juga...apakah manusia hidup Datuk Eskay yang kata dia sendiri ada dalam video tu juga BESI,” kawan tu kata lagi.
Seorang lagi kawan ni kata dia setuju dengan apa yang dikata TPM Tan Sri Muhyiddin sebagai parti yang perjuang Islam PAS patut cari kebenaran dalam isu video seks ni.
Depalah yang patut ke depan paling awal tuntut nak korek habis-habisan untuk kepastian.
“Ada ke patut PAS nak main cuci pukul borong begitu saja kata video tu BESI. Ini bukan bab mamat gian tepi jalan. Ini orang yang depa dok junjung nak jadi Perdana Menteri.
“Aku sendiri naik termuntah tengok orang yang nak jadi PM dok main dengan pelacur China tu...hilang akal beb,” katanya.
Dalam ramai-ramai tu ada juga rakan media pun telefon membebel. Katanya dia pelik tengok kenyataan Haji Hadi pasal video besi tu semacam disembunyikan oleh media PAS sendiri. Mungkin depa sendiri malu kot.
"Tidak ada ulasan dari pemimpin PAS mengenai kaedah pembuktian menggunakan video, DNA, cap jari, yang semuanya tidak bernyawa dan tidak boleh bercakap," katanya hairan.
Katanya, media pro pembangkang pun tidak besar-besarkan kenyataan Haji Hadi tersebut, sedangkan implikasinya amat besar.
"Seluruh proses perundangan negara akan berubah selepas ini jika PAS memerintah," ujarnya.
Pening juga Jabatan Peguam Negara nak kena susun atur terma perundangan baru.
Macam mana pula dengan CCTV yang di pasang di sana sini. Apa kata seorang penjenayah tegar kebetulan ‘ tertangkap’ dok beraksi dalam CCTV. Mau empat saksi juga ke? Tentu penjenyah tu kata hip hip horray...kita undi PAS.
Sebab itu dia cadangkan, supaya wartawan tanya apakan pendirian PAS mengenai empat saksi ini diguna pakai untuk semua kes zina, liwat dan rogol di negara ini, atau hanya terpakai untuk kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim saja.
"PAS kata hendak ganti UMNO, jadi kalau dia bentuk kerajaan, apakah selepas ini, semua kes zina, liwat dan rogol mesti ada empat saksi, dan semua pembuktian melalui kaedah saintifik dan teknologi tidak boleh pakai?" tanya beliau.
Katanya, bukan apa, kalau betul itu pendirian PAS, lenganglah penjara selepas ini, mana hendak cari empat saksi yang adil dalam kes-kes maksiat begini?
"Zina, liwat dan rogol bukannya orang buat ‘ show’ di tepi pantai, atau tengah padang, untuk orang ramaii tengok.
Tanyalah siapapun, kes-kes begini, selalunya tiada saksi manusia, jadi kita guna saksi saintifik seperti DNA, atau teknologi seperti kehadiran cap jari di tempat kejadian."
Bahkan, orang yang dibela Haji Hadi...Anwar sendiri nampak macam berani tidak ulas apa, baik dalam tweet atau dalam blog.
Senyap sunyi. Mungkin kot dia sendiri tau orang akan gelak kalau dia enter frame.
Cuma ada yang SMS pada Kawan, suruh baca buku bertajuk "Hukum barat pun Islam" terbitan MEGC-IKD tahun 2006.
"Muka surat 30, buku yang diterbitkan oleh kumpulan pemikir Anwar ini kata bukti saintifik-teknologi boleh digunakan sebagai bahan bukti kes zina...saya rasa Anwar pun setuju, tapi yang pelik kenapa orang lain pulak lebih sudu dari kuah," katanya
Ada seorang kawan lain yang mengandaikan begini....Kalau kita duduk di tempat Anwar sendiri memang syok habis dengar ini semua.
Kita tak boleh salahkan Pak Sheikh. Katanya dalam keadaan nak tenggelam di mana ramai yang sudah tengok video itu di internet ...jeng...jeng...jeng dah yakin atau dah rasa-rasa tu dia...tentulah BONUS besar kenyataan seperti yang dibuat oleh Haji Hadi tu.
"Daripada masuk campur, baik diam saja, sekurang-kurangnya ahli PAS yang lurus bendul percaya, maka bertambahlah penyokong dan tukang defend,"kata kawan itu.
Kawan: nak tempah cawat besi...
-7/6/2011
Hari kebebasan media: Nota wartawan kepada kawan-kawan...
Selamat hari kebebasan akhbar. Ada yang memilih untuk mengenang hari yang dirayakan wartawan seluruh dunia ini dengan menyalahkan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0. Dalam perhimpunan tersebut, ada petugas media yang mendakwa mereka menjadi mangsa kekasaran polis ketika menjalankan tugas.
Sarawak antara harapan dan cabaran kepada Barisan Nasional...
Terdapat beberapa analisa yang menjangkakan parti pembangkang dapat menambah bilangan kerusi Parlimen di negeri Sarawak dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang berdasarkan kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan perjumlahan pengundi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011.
Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Datuk Haji Fadilah Yusof mengakui pembangkang mungkin dapat menawan beberapa kerusi Parlimen di Sarawak tetapi tidak menolak kemampuan Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk mengurangkan jumlah kerusi Parlimen pembangkang.
“Mereka (pembangkang) boleh war-warkan apa yang mereka hajat dan sasarkan tetapi kita juga mempunyai strategi, mereka kata akan dapat satu pertiga kerusi DUN dalam PRN lalu malah akan dapat perintah Sarawak tapi ianya terbukti tidak berlaku,” tambahnya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menaruh harapan sekurang-kurangnya lima muka baru dari kalangan pemuda akan ditonjolkan sebagai calon Parlimen pada PRU akan datang.
Dalam temubual eksklusif bersama LUKMAN ABDULLAH di bangunan Parlimen baru-baru ini, Fadilah mengulas beberapa perkara berhubung pembangunan negeri Sarawak yang direncanakan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud terutama dalam 'Sarawak Corridor of Renewable Energy' (SCORE) yang akan melibatkan penempatan semula masyarakat luar bandar.
Beliau juga menerangkan cabaran perlaksanaan program 'Rural Growth Centre' di mana usaha memindahkan kelompok kecil orang dari satu kawasan yang jauh ke kawasan pengumpulan baru bagi mewujudkan perseimbangan kemajuan bandar dan luar bandar terutama dari segi penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas lain.
Dalam perkembangan politik Sarawak, Fadilah juga memberi pandangan terhadap sikap pengundi kaum Cina yang boleh buat perubahan di samping kesan pengundi muda yang berada di dalam dan luar negeri itu.
Soalnya apakah Sarawak yang dianggap sebagai salah satu negeri 'deposit tetap' BN dilihat 'tergugat' sekiranya keputusan PRN 2011 diambilkira. Sedikit analisa berdasarkan beberapa kawasan parlimen di Sarawak.
Kini di Parlimen, BN Sarawak memiliki 29 kerusi manakala 2 kerusi milik DAP. Keputusan di kesemua 71 kerusi DUN Sarawak memberikan gambaran undi-undi yang dijumlahkan akan memberi kesan negatif terhadap beberapa kawasan Parlimen BN di negeri itu.
Jumlah kemenangan 13 kerusi DAP dalam PRN Sarawak baru ini, menggambarkan kerusi Parlimen Bandar Kuching akan terus kekal di tangan DAP dalam PRU13 nanti kerana kerusi-kerusi DUN di kawasan parlimen itu seperti Pending dan Padungan dimenangi oleh DAP.
Parlimen Sibu juga dijangka berpotensi kekal pada pembangkang, mempunyai 3 kerusi DUN, DAP menang besar di DUN Pelawan di mana pengundinya ramai walaupun Bawang Assan dan Nangka dimenangi masing-masing oleh SUPP dan BN. Namun DAP kalah tipis di Bawang Assan.
Ketua Menteri, Tan Sri Pehin Taib Mahmud dikatakan akan membuat percaturan tertentu terutama dari segi pemilihan calon bagi mengembalikan Parlimen Sibu ke tangan BN.
Berdasarkan keputusan PRN itu juga, kalau dikira-kira jumlah undi DAP mampu untuk 'merampas' sehingga 5 kerusi Parlimen Sarawak di dalam PRU nanti.
Antara yang dilihat berpotensi adalah kerusi Parlimen Stampin, Sarikei dan Miri serta Parlimen Bintulu.
Kawasan Parlimen Stampin, dua DUN dimenangi dengan besar oleh DAP iaitu DUN Batu Kawah dan Kota Sentosa manakala PKR menang di DUN Batu Lintang.
Di Parlimen Sarikei, kedua-dua kerusi DUNnya iaitu Repok dan Maradong dimiliki melalui DAP manakala di Parlimen Lanang, DAP menguasai kedua-dua DUN Bukit Assek dan menang tipis di DUN Dudong.
Di Parlimen Miri pula, DUN Piasau menyaksikan kekalahan Presiden SUPP/BN, Tan Sri George Chan kepada calon DAP, Ling Sie Kiong. Dua DUN lagi, Pujut juga dimenangi DAP, hanya DUN Senadin dimenangi BN dengan majoriti tipis 58 undi.
Ikuti sedutan temubual tersebut di bawah...
AGENDADAILY : Senario politik di Sarawak sekarang ini selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) dan persiapan Barisan Nasional (BN) Sarawak. Datuk selaku Ketua Pemuda PBB, mungkin dapat huraikan situasi terkini.
Yang Berhormat Datuk Fadilah Haji Yusof (YB. FADILAH) : Budaya dalam parti PBB, kita sememangnya telah dipesan oleh Ketua Menteri Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang juga Presiden parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bahawa parti itu diasaskan atas perjuangan dan perkhidmatan.
Samada pilihan raya atau tidak, setiap ahli fokus kita adalah memberi khidmat yang terbaik berasaskan perjuangan kita, itu yang menjadi pokok pangkalnya.
Pilihan raya atau tidak kita sentiasa berada di akar umbi, samada bapak, Wanita mahupun Pemuda akan terus mengadakan pelbagai program dan kita kena berada di mana-mana mendampingi, mendengar dan seterusnya sebagai pemimpin akar umbi mestinya menjadi mata dan telinga kepada kerajaan.
Dasar dan strategi yang kita lakukan mesti mengambilkira apakah harapan, rungutan dan hasil dari suara rakyat di bawah. Oleh itu kita sentiasa membuat dasar serta strategi yang sentiasa relevan dan memenuhi aspirasi rakyat.

Misalnya, mengapakah kita lakukan perancangan tahun 2030 sebagai sasaran negeri Sarawak sebagai negeri maju. Bila kita sasarkan 2030, apakah perancangan yang kita lakukan dan salah satu dengan sokongan kerajaan persekutuan merupakan NKRA luar bandar iaitu untuk memperlengkapkan terutamanya infrastruktur asas seperti letrik, air, jalan raya dan termasuk sokongan rumah-rumah luar bandar khusus kawasan yang amat memerlukan, ini semua sedang berjalan rancak.
Keduanya, dari segi sudut sosial ekonomi sebab kita menyedari Sarawak negeri luas dan kedudukan muka buminya cukup mencabar, sekiranya hendak melaksanakan sesuatu projek ianya akan melalui kawasan berpaya, pembinaan jalan raya akan melibatkan kos yang mahal berbanding kos pembinaan di mana-mana negeri di Malaysia, itu cabarannya.
Keadaan ini ianya jelas mewujudkan jurang antara bandar dan luar bandar agak ketara. Sebab itu fokusnya, bukan sahaja memberi tumpuan pembangunan bandar tetapi juga bagaimana untuk merapatkan jurang melalui pembangunan infrastruktur luar bandar melalui konsep pembangunan 'Regional Growth Area'.
Kerajaan Sarawak mengambil pendekatan pembangunan di kawasan paling tertinggal iaitu ditengah-tengah kawasan negeri Sarawak, ianya dinamakan 'Sarawak Corridor of Renewable Energy' (SCORE). Ianya berada di tengah negeri Sarawak yang berhampiran dengan kawasan Baram, fokusnya adalah untuk cetusan pembangunan bagi memperseimbangkan pembangunan bandar-bandar utama dan luar bandar.
Ini akan jadi pemandu utama untuk kita mencapai negeri maju 2030. Ianya meliputi ekonomi yang berasaskan 'Renewable Energy' di mana kita membekalkan tenaga yang murah dan berpatutan berdasarkan sumber asas ataupun sumber semulajadi dan disekitarnya akan dibangunkan teknologi, bukan sahaja sains dan teknologi malah teknologi yang 'berkedudukan' tinggi yang akan memberi impak ekonomi disamping membuka ruang pekerjaan dan akan memberi kesan ekonomi hiliran pada rakyat tempatan.
Kita juga memfokuskan dalam kawasan tersebut seperti Halal Hub, Bioteknologi dan industri berat. Cabarannya ialah adakah kita mempunyai tenaga kerja mahir yang mencukupi.
Maka ekoran pada itu, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mengumumkan hasrat serta perancangannya untuk menubuhkan sebuah Universiti Teknikal atau berasaskan teknologi supaya kita dapat membekalkan secara berterusan tenaga mahir malah lengkap dengan 'Research and Development' (R&D) dan barulah akan melengkapkan seluruh infrastruktur kepada sebuah ekonomi yang berpendapatan tinggi.
AGENDADAILY : Apakah Datuk merasakan infrastruktur di negeri Sarawak itu berjalan dalam keadaan 'lembab' sejak merdeka dulu lagi.
YB. FADILAH : Tidak, ianya berjalan dan peruntukannya besar, banyak tapi apa yang saya kata tadi keadaan geografinya yang mencabar, kalau lihat dari sudut hendak buat jalan sahaja, sungai-sungainya sahaja banyak dan luas belaka, maka sekiranya kita hendak sambungkan jalan raya kita memerlukan jambatan, setiap jambatan pula memerlukan kos beratus juta berbanding keadaan di semenanjung, sungai tidak berapa banyak.
Di Sarawak, banyak sungai yang melaut luasnya dan jarak antara daratan ke daratan berkilometer, jalan raya ada tapi terpaksa menghubungkannya dengan menggunakan feri. Jambatan akan dibuat tetapi berdikit-dikit dan mengambil masa.
Kependudukan yang jarang antara satu penempatan ke satu penempatan lain, mungkin satu kawasan ada satu rumah panjang yang hanya mempunyai 20 ke 100 pintu tapi jarak ke sebuah rumah panjang yang lain agak jauh.
Dari segi dasar negara, bila kita hendak laksanakan pembangunan terutamanya infrastruktur mestilah berasaskan populasi dulu. Sudah tentunya keutamaan ikut kawasan jumlah orang yang lebih ramai dulu dan kawasan yang sedikit orangnya akan lambat sedikit mendapat kemudahan.
Sebab itu kerajaan mengambil pendekatan melaksanakan program 'Rural Growth Centre' di mana kita memindahkan kelompok kecil orang dari satu kawasan yang jauh ke kawasan pengumpulan baru. Maka senanglah kita menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas lain tapi cabarannya ada orang tidak mahu.
Itu adalah sebahagian cabaran daripada usaha kita untuk membangunkan negeri dan negara, sebab kadang-kadang ada dari sudut kemanusiaan ada yang kita terpaksa melambatkan bukan kerana kita tidak mampu tapi disebabkan kita kena beri keutamaan pada kelompok yang lebih besar supaya dapat memenuhi kehendak 'economic of scale'.
AGENDADAILY : Bagaimana usaha untuk capai Sarawak Negeri Maju Tahun 2030.
YB. FADILAH : Insyaallah akan tercapai, kita hendak percepatkan perancangan 'Rural Growth Centre' itu dengan usaha mendampingi rakyat menjelaskan mengapa mereka perlu pindah, kita berikan tanah supaya mereka akan dapat semua kemudahan asas. Semua ada, kesihatan, pendidikan, ekonomi dan peluang pekerjaan.
Dari segi realitinya, sekira mereka masih kekal di kawasan yang begitu jauh pendalaman memang payah untuk membawa pembangunan kerana kosnya tinggi, kita kena realistik dan mereka perlu bersabar, apa yang kita lakukan kawasan yang terpencil ini ialah kita berikan mereka bekalan letrik melalui 'hibrid solar' atau bekalan 'micro-hidro' atau 'genset'.
AGENDADAILY : Sejak bila usaha membina pembangunan luar bandar ini dilaksanakan di Sarawak.
YB. FADILAH : Sudah lama dilaksanakan tapi program 'Rural Growth Centre' ini tidak berapa lama tapi seingatan saya, sejak 15 tahun lalu sudah banyak kawasan pengumpulan itu diwujudkan. Cabaran ialah ada mereka yang tidak mahu berpindah kerana mereka rasa lebih selesa di tempat yang sediada.
AGENDADAILY : Pencapaian dan kejayaan yang Datuk lihat setakat ini.
YB. FADILAH : Kita sudah dapat merapatkan jurang, misalnya dari kemudahan 'broadband', kerajaan negeri membelanjakan melalui sokongan kerajaan pusat melalui dana (MCMC) kita dapat bekalkan di luar-luar bandar terutamanya bandar-bandar kecil dengan 'connetivity' seperti 'WI-FI' telah dicapai ke tahap 50 peratus, ini usaha yang akan berterusan.
AGENDADAILY : Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, kita dapat melihat kawasan yang ramai pengundi Cina didapati mereka memihak kepada pembangkang, apakah ianya juga akan berlaku pada PRU13 ini.
YB. FADILAH : Saya mengharapkan terutamanya untuk menjadi sebuah negara yang maju, untuk kita capai Wawasan 2020, kita memerlukan sokongan semua pihak. Saya mengharapkan masyarakat Tionghua khususnya untuk berfikir secara terbuka dan lebih rasional kerana ianya akan mencorak masa depan negara kita samada dari struktur ekonomi mahupun politik apatah lagi sosial.
Mungkin mereka melihat pada sentimen pada masa itu tapi tidak melihat pada 'factual'. Saya hendak membawa masyarakat Tionghua ini supaya berfikir lebih 'realistic', rasional dan profesional dengan melihat pada sudut 'factual' dari segi dasar perjuangan.
Buat perbandingan, apakah dasar perjuangan Barisan Nasional (BN), apakah dasar yang telah kita aturkan, apakah strategi termasuklah transformasi politik, ekonomi, kerajaan...ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk meletakkan negara kita mampu bersaing pada masa akan datang, inilah yang patut mereka lihat.
Janganlah lihat politik berbentuk sentimen...politik sentimen memang boleh jadi populis tapi mereka tidak dapat menjamin struktur masyarakat yang lebih 'sustainable' pada masa akan datang.
Kalau mereka salah pilih, akan berlaku di mana wujudnya kerajaan yang diwakili oleh bumiputera sahaja tapi tiada wakil dari kelompok kaum Cina atau Tionghua dalam kerajaan atau sebaliknya. Ini akan mewujudkan suasana keharmonian, keamanan dan kedamaian negara kita akan terancam.
Ini kita dapat lihat apa yang berlaku di Indonesia dulu, kenapa orang tempatan Indonesia membakar kilang-kilang dan menghalau serta membunuh...mengapa...sebab orang tempatan merasakan bahawa mereka orang asal tapi yang menguasai bukan sahaja politik dan ekonomi Indonesia itu dikuasai oleh suatu kumpulan maka wujudlah jurang yang begitu ketara yang melahirkan suasana sosial yang tidak begitu sihat. Saya suka tekankan pada golongan generasi muda supaya berfikir secara profesional, rasional dan intelektual untuk membuat analisa perkara ini.
Memang benar, kalau kita melihat setakat ini, begitulah sentimennya dalam PRN yang lepas dan saya kira sentimen ini mungkin masih ada di situ walaupun sudah ada nampak sedikit perubahan tapi sentimen itu masih ada disebabkan ada golongan-golongan tertentu yang memainkan sentimen.
AGENDADAILY : Berdasarkan sentimenpada PRN lepas, kini Barisan Nasional Sarawak memiliki 29 kerusi Parlimen manakala dua kerusi Parlimen berada pada DAP, apakah Datuk menjangkakan BN akan kehilangan lebih banyak kerusi Parlimen dalam PRU13 nanti.
YB. FADILAH : Saya melihat ada kemungkinan, ini kerana sentimen yang sama masih wujud sebagaimana dalam PRN lepas tapi saya melihat juga ada peluang untuk kita sekurang-kurangnya mengekalkan atau merampas kembali Parlimen Sibu.
Di Sarawak, kawasan yang diwakili mojoriti kaum Cina mempunyai tujuh kawasan Parlimen di mana sekarang BN kalah dua kerusi.
Ada kemungkinan dan analisa mengatakan BN akan kalah enam kerusi dalam PRU13 tapi saya mengharapkan dan menaruh keyakinan bahawa kita tidak kalah enam kerusi tetapi akan dapat mengurangkan kekalahan.
Mengikut keputusan PRN lepas dan berdasarkan beberapa analisa, kita mungkin akan hilang enam kerusi.
AGENDADAILY : Pakatan Pembangkang dikatakan mensasarkan lebih 10 kerusi Parlimen akan dimenangi dalam PRU13 akan datang, apa pandangan Datuk.
YB. FADILAH : Mereka ada sasaran dan kita juga ada sasaran serta ada strategi. Saya yakin, kita lihat apa yang mereka kata...dalam PRN lepas, mereka kata akan dapat menawan satu pertiga DUN malahan digembar-gemburkan akan dapat memerintah Sarawak dan ianya terbukti mereka salah.
Ianya juga jelas nyata hanya mainan politik semata-mata. Pembangkang sentiasa bermain dengan kata-kata janji manis dan propaganda politik.
Akhirnya dan realitinya, apa yang mereka kata tidak benar.

AGENDADAILY : Apakah Datuk akui, di Sarawak akan berlakunya kekurangan kerusi pada PRU13 dan apakah masyarakat Tionghua ini tidak boleh menilai.
YB. FADILAH : Ada kemungkinan kekurangan kerusi itu berlaku dalam PRU13 nanti jika kita membuat analisa berdasarkan PRN lepas.
Tapi kita juga ada fakta bahawa masyarakat Tionghua boleh membawa perubahan secara 'block' seperti pengundian akan diberikan pada pembangkang di peringkat negeri manakala undian peringkat Parlimen diberikan pada BN.
Telah banyak kali berlaku di Sarawak, mereka merupakan satu golongan yang agak matang dari segi politik dan sebagaimana saya katakan bahawa masyarakat Tionghua melihat perkara ini secara fakta, siapa yang lebih baik memerintah dan membawa Malaysia ini pada tahap yang semua harapkan iaitu menjadi sebuah negara maju dan berpendapat tinggi, akhirnya sudah pasti masyarakat Tionghua akan mendapat manfaat yang lebih besar berbanding dengan masyarakat lain di Malaysia.
AGENDADAILY : Apakah Datuk ada keyakinan BN Sarawak akan dapat mempertahankan sekurang-kurangnya 29 kerusi Parlimen.
YB. FADILAH : Ya, kita berkeyakinan dan itulah sasaran kita malahan mungkin akan dapat 30 kerusi, walaupun susah kita akan tetap berusaha kearah itu.
AGENDADAILY : Usaha Perdana Menteri membawa perubahan melalui 'Government Transformation Plan' (GTP), sejauhmana Datuk melihat rakyat negeri Sarawak menerima anjuran tersebut.
YB. FADILAH : Begitu baik sekali, sebab mereka dapat merasai... kali pertama mereka dapat merasai bahawa bukan sahaja janji manis tetapi benar-benar dapat merasai dengan tindakan.
Contoh yang paling baik ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), belum pernah ada program peruntukan kerajaan diberikan terus pada rakyat, ini sebahagian daripada GTP iaitu kerajaan 'pergi' terus pada rakyat dan proses itu, pada peringkat awal memang ada sedikit permasalahan tapi akhirnya dapat diselesaikan dan rakyat begitu teruja, gembiran dan mereka dapat merasai kesungguhan kerajaan dalam melaksanakan apa yang dijanjikan.
AGENDADAILY : Ada pihak mengibaratkan pemberian BR1M itu mempopularkan PM pada rakyat, apakah faktor ini boleh membawa sokongan pada BN di Sarawak dalam PRU akan datang.
YB. FADILAH: Sepatutnya begitu, sebaba kalau 'General' kita bagus sudah tentu orang akan ada keyakinan. Sebab itu pembangkang, yang pertama mereka nak lakukan ialah membunuh 'General', itulah mereka serang habis-habisan Ketua Menteri kita dalam PRN yang lepas.
Kerana Ketua Menteri Pehin Taib yang dapat membawa kekuatan negeri Sarawak, begitu juga di peringkat persekutuan, kekuatan kita mesti pertama sekali bergantung dengan Perdana Menteri yang mana kita yakin, Insyaallah akan dapat membawa keseluruhan BN pada keyakinan rakyat bahawa sekiranya kita mempunyai 'leader' yang kuat maka yang lain akan turun bersama.
AGENDADAILY : Datuk bercakap soal 'General' diperingkat pusat, bagaimana dengan 'General' diperingkat negeri Sarawak.
YB. FADILAH : Sama, kita berjalan seiring. Orang kata, isu yang digunakan pembangkang adalah Ketua Menteri kita dah lama tapi kalau kita buat perbandingan siapa lebih lama...Nik Aziz dah berapa lama, Lim Kit Siang dah berapa lama, apa yang mereka lakukan...bandingkan pencapaian negeri Sarawak dengan pencapaian negeri Kelantan.
Dari pembangunan, nikmat, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Sarawak perolehi...bukankah ini menunjukkan dan membuktikan bahawa KM merupakan seorang 'General' yang begitu kuat dan boleh membawa kemajuan negeri bersama pemimpin-pemimpin lain.
AGENDADAILY : Bagaimana Datuk melihat perkembangan pembangkang di Sarawak sekarang ini.
YB. FADILAH : Mereka masih bergerak macam PRN yang lepas, cuma kali ini kurang pemimpin dari persekutuan datang ke Sarawak tapi isu yang sama iaitu untuk membangkitkan kemarahan rakyat.
Mereka terus memutarbelitkan rakyat dengan fakta yang separuh masak tapi dimasak-masakkan kemudian terus mengelirukan rakyat.
Saya yakin bahawa rakyat Sarawak menyedari, memahami dan mengetahui perkara ini, mereka telah lakukan perkara ini pada PRN dan rakyat tidak mempercayai mereka. Kita akan terus memaklumkan dan bersama rakyat untuk menjelaskan bahawa dari segi dasar perjuangan BN lebih baik daripada mereka.
AGENDADAILY : Selaku Ketua Pemuda parti PBB, berapa ramaikah tokoh-tokoh muda akan ditonjolkan sebagai calon Parlimen dalam PRU13 ini.
YB. FADILAH : Saya boleh meramalkan sajalah...melihat pada parti-parti komponen serta gambaran yang diberikan oleh pucuk pimpinan mungkin akan ada muka-muka baru daripada PBB manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah umumkan sekurang-kurangnya seorang, daripada SPDP pun mungkin seorang atau dua orang akan diganti dengan orang muda.
Mungkin akan ada sekurang-kurangnya lima orang muka baru dari kalangan orang muda di Sarawak.
AGENDADAILY : Difahamkan ramai pengundi muda yang berada di luar Sarawak merupakan golongan yang bakal mempengaruhi suasana pengundian pada PRU akan datang, apa pandangan Datuk.
YB. FADILAH : Saya tidak nafikan, sebab itu kita sentiasa mendampingi rakyat kita samada di semenanjung mahupun di luar negara.
Saya berkeyakinan kerana saya sudah menjelajah terutamnya di universiti-universiti, majoritinya mereka bersama dengan kita dan memberi sokongan penuh pada kita. Bukan sahaj dari segi interaksi individu tetapi juga melalui media sosial seperti 'Facebook', 'twitter' dan lain-lain menunjukkan mereka memahami dasar perjuangan BN.
Rakyat Sarawak yang berada di semenanjung lebih ratusan ribu orang, terdiri dari pelajar universiti dan mereka yang bekerja serta mempunyai keluarga.
AGENDADAILY : Apa cara pendekatan yang dilakukan bagi mendekati rakyat Sarawak di semenanjung.
YB. FADILAH : Kita mengadakan dua perjumpaan setahun, perjumpaan menyambut Gawai Dayak dan Hari Raya Puasa, contohnya tahun lepas kita adakan perjumpaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana beribu-ribu rakyat Sarawak hadir dan itu jelas menunjukkan sokongan mereka pada kita.
Mereka hadir tanpa jemputan khas, ini menunjukkan mereka mahu bersama dan mahu mendengar apakah perancangan masa depan, kita juga memberi penarafan pada mereka dari dasar dan strategi, kita juga memahami kehendak mereka.
AGENDADAILY : Pihak pembangkang dikatakan telah mewujudkan 'kader-kader' mereka dikalangan orang muda, apa tindakan yang Pemuda PBB buat.
YB. FADILAH : Kita sebuah negara demokratik, semua pihak akan melakukan strategi, pembangkang ada strategi dan kita juga ada strategi, yang penting dan pokok pangkalnya ialah kita sebagai kerajaan, kepimpinan BN kena mendekati mereka secara terbuka.
Zaman sekarang bukan zaman memberi arahan...zaman 'yes sir', ini zaman keterbukaan, maknanya kita kena dampingi mereka secara hati yang terbuka, sentiasa mendengar, bersama mereka dan sebaik, seboleh mungkin untuk bersama memahami aspirasi mereka dan kita rencanakan ikut acuan apa yang mereka kehendaki, kalau itu kita dapat lakukan, Insyaallah saya kira dan yakin orang muda akan bersama dengan kita.
AGENDADAILY : Ada pihak menekankan bahawa KM Sarawak perlu letak jawatan semasa PRN dan serah tampuk pemerintahan negeri Sarawak pada pihak lain, apa pandangan Datuk.
YB. FADILAH : Memang dalam mana-mana parti politik pun ramai yang akan bercakap begitu tapi paling penting, ahli parti itu sendiri. Dalam konteks PBB kita mahu KM kita terus berada di situ, sebab beliau adalah faktor 'penstabilan' dan 'penyatuan' politik Sarawak.
'Track record' dan kebolehan beliau membawa Sarawak pada satu persada dan kita menyerahkan pada beliau untuk menentukan bila masa yang sesuai untuk beliau serahkan kepimpinan pada sesiapa yang difikirkan sesuai untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan kepimpinan pembangunan negeri Sarawak.
AGENDADAILY : Tidakkah faktor mengekalkan kedudukan beliau sebagai KM itu akan 'mengurangkan' kerusi Parlimen dalam PRU13 nanti.
YB. FADILAH : Ramai yang akan berkata demikian, saya yakin tidak, sebab keyakinan kita dalam kepimpinan beliau dan kita memerlukan beliau untuk kesinambungan pembangunan yang telah dirancang.
Kalau beliau 'turun' mungkin ketidakstabilan politik akan wujud dan akhirnya merugikan rakyat Sarawak sebab kita tidak mampu untuk berada dalam keadaan ketidakstabilan politik itu.
Rakyat Sarawak perlu melihat faktor kestabilan dalam konteks yang lebih besar dan luas. Kalau pembangkang sudah pasti akan memainkan isu bahawa beliau (KM) sudah terlalu lama, korup dan sebagainya.
Perlu diingatkan ada pihak media pro-pembangkang yang telah minta maaf pada KM bila membuat tuduhan tidak betul.
AGENDADAILY : Apa harapan Datuk
YB. FADILAH : Ini bukan sahaja dalam konteks Sarawak tapi keseluruhan Malaysia. Saya melihat bahawa kalau kita tidak dapat menguruskan politik kita dengan baik samada diperingkat kerajaan mahupun khususnya dipembangkang, jangan sekali kita merosakkan sistem pentadbiran negara kita.
Ianya seperti sistem kehakiman, parlimen dan keselamatan, jangan sesekali kita ancam, robek dan robohkan sistem ini, sebab sistem itulah yang akan dapat mengekalkan keharmonian dan keamanan.
Kalau orang tidak menghormati kehakiman maka akan berlaku huru-hara di mana orang akan mengambil tindakan undang-undang ditangan mereka sendiri.
Sekiranya tidak menghormati sistem parlimen kita lagi, tidak guna ada Wakil Rakyat sebab orang akan memandang serong kepada ahli politik samada ianya dari sebelah kerajaan mahupun dari pembangkang.
Ketiganya, kalau sistem keselamatan kita timbulkan imej yang tidak baik maka kita akan merosakkan imej negara dari sudut keselamatan, ianya akan sebabkan pelancong dan pelabur tidak akan datang, sebab itu jangan sesekali melakukan perkara yang boleh merosakkan apa sekali sistem yang ada dalam negara kita.
Dalam dasar politik secara beretika, bila kita katakan etika, jangan kita sesekali buat sesuatu tohmahan yang tidak berasas dan tidak mempunyai bukti yang kuat hanya sekadar untuk membangkitkan rasa kemarahan serta tidak puashati pada seseorang.
Lebih baik kita berjuang atas dasar perjuangan parti. Apakah dasar perjuangan kita, apakah strategi untuk kita meletakkan Malaysia ini kepada satu persada yang lebih baik lagi.
Kalau ini kita dapat pegang, Insyaalah barulah kita dapat menuju kearah apa yang dikatakan 'mutuality of Malaysian' sebagai sebuah parti politik, sebagai seorang politikus dan mencapai sebuah negara yang maju, ekonominya berpendapatan tinggi dan kita dapat hidup dalam keadaan harmoni.
Keharmonian yang kita kecapi dari dulu patut dikekalkan tetapi sekarang ini kita dapati sudah mula ada keregangan disebabkan ada mereka yang memainkan sentimen-sentimen keagamaan dan bangsa yang akan menjarakkan lagi keakraban perhubungan sedia ada.-5/5/2012
Majlis Peguam...jangan nak perasan sudah jadi wakil rakyat
Ramai yang mula bercakap dan mempersoalkan Majlis Peguam yang dilihat macam kata perpatah ' kadok naik junjung' merasa diri mereka terlalu istimewa semenjak dua menjak ini.
Tak perlu nak berselindung lagi ...mereka sudah jadi macam ahli bersekutu pakatan pembangkang, habis semua perkara yang berkaitan dengan politik mereka masuk campur sehingga ramai beranggapan Majlis Peguam sudah menyimpang dari tujuan asal penubuhannya.
Contoh jelas ialah sikapnya berat sebelahnya berhubung dengan perhimpunan Bersih.Majlis Peguam hanya fokus mencari kesalahan polis tetapi tidak mempedulikan langsung soal dalang yang bagi signal cetuskan rempuhan di Dataran Merdeka.
Satu dunia melihat video bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi signal pada Azmin Ali sebelum tempuhan itu tetapi Majlis Peguam tidak ambil sebarang pendirian terhadap penyebab utama kekecohan pada perhimpunan 28 April itu.
Seorang peguam yang rasional dapat melihat jelas punca kekecohan itu.
Mereka bukan bodoh,bukan buta dan bukan pekak tetapi nawaitu sudah jelas terpancar.
Jadi apa lagi nak diharapkan pada badan seumpama ini.
Jawabnya buang masa melayan mereka.
Maka tidak hairan kerajaan baru-baru ini, kerajaan mencadangkan mahu menubuhkan Akademi Undang-undang.
Cadangan itu dibantah keras oleh Majlis Peguam.Soalnya sekarang peduli apa pandangan puak macam ini.
Mereka cuma merasa mereka ada hak dan orang lain tidak ada hak.
Mungkin sakit mata melihat gelagat Majlis peguam Rabu, Menteri yang menjaga hal ehwal perundangan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan paling tegas.
Nazri berkata Majlis Peguam tidak berhak langsung untuk menolak cadangan penubuhan Akademi Undang-undang kerana mereka bukan anggota Parlimen yang bercakap mewakili rakyat.
"Majlis Peguam tidak berhak mengatakan tidak dan terpulang kepada kami untuk mengatakan ya dan saya fikir kita perlu mempunyai sebuah akademi undang-undang supaya mereka yang tidak berpersatuan, yang mempunyai latar belakang undang-undang, dapat disatukan di bawah akademi undang-undang," katanya pada wartawan di Jakarta.
Sebagai contoh, katanya pensyarah dan profesor di universiti dalam bidang undang-undang dan penasihat undang-undang di sektor korporat akan dapat berpersatuan dengan adanya Akademi Undang-undang itu nanti.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang menolak cadangan kerajaan untuk menubuhkan Akademi Undang-Undang, sebagai alternatif kepada persatuan itu.
"Saya nak bagi tau, saya seorang peguam, tak berbangkit soal saya kata nak menutup Majlis Peguam. Saya punya kenyataan itu bersifat politik. Maknanya tindakan mereka itu memalukan," katanya.
Nazri berkata Majlis Peguam mungkin berasa bahawa rakyat bersetuju dengan tindakan mereka.
"Majlis Peguam perasan. Mereka fikir seluruh rakyat setuju dengan mereka. Apa hak yang mereka ada untuk menolak (penubuhan Akademi Undang-Undang)? Mereka tidak ada kuasa untuk menghentikan kita (kerajaan) menubuhkan akademi," katanya.
Lim dalam kenyataannya Selasa menyebut bahawa kenyataan Nazri menimbulkan persepsi bahawa cadangan itu dihidupkan semula apabila kerajaan berasa terancam oleh Majlis Peguam yang tidak bersetuju penyalahgunaan kuasa oleh polis pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Menteri itu berkata tidak timbul soal kerajaan berasa terancam hanya dengan resolusi Majlis Peguam yang mengecam tindakan polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.
"Kenapa kerajaan perlu berasa terancam? Tidak ada apa-apa ancaman yang dirasakan oleh kerajaan sejak Majlis Peguam ditubuhkan bertahun lamanya. Alhamdulilah kerajaan masih kuat," katanya.
Nazri juga mencabar Majlis Peguam supaya mendaftar pertubuhan itu sebagai parti politik memandangkan fokus badan itu lebih cenderung kepada politik.
Beliau turut mencabar presiden Majlis Peguam supaya bertanding dalam pilihan raya jika mahu mewakili rakyat.
"Saya tawarkan Lim untuk bertanding di Padang Rengas supaya dia boleh bersuara mewakili rakyat," katanya.
Sementara itu Datuk Zulkifli Noordin mencabar Lim Chee Wee meletak jawatan sebagai Presiden Majlis Peguam dan bertanding di parlimen yang kini diwakilinya Kulim Bandar Bharu.
“Saya cabar dia bubar Majlis Peguam dan daftar parti politik. Biar rakyat tentukan. Jangan selindung di sebalik nama badan itu,” katanya kepada Agendadaily.
Katanya, majlis itu tidak berlaku adil kepada lebih 13,000 ahli dengan keputusan yang bukan semua setuju termasuk mempertikai peranan dan tugas polis dalam menyuraikan perusuh pada Bersih 3.0.
Zulkifli juga seorang peguam berkata, tiba masanya kerajaan bertegas dalam hal ini kerana di negara maju, banyak majlis peguam bukannya hanya satu di Malaysia.
Turut menyokong idea penubuhan Akademi Undang-undang tersebut adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata Majlis Peguam sudah menjadi sebuah parti politik kerana perhatiannya lebih kepada politik.
Oleh itu, katanya, Majlis Peguam sepatutnya membiarkan pertubuhan lain mengambil alih bahagian profesional bagi mengelakkan kekeliruan.
"Saya fikir sebuah badan profesional perlu memberi perhatian lebih kepada profesion tetapi ia jelas bahawa Majlis Peguam sudah menjadi sebuah parti politik," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana Rabu.
Sementara itu, seorang peguam pada Rabu memfailkan saman terhadap Majlis Peguam; Presidennya, Lim Chee Wee; dan dua pihak lagi berhubung usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam, minggu lalu.
Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Azam Aziz & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau menamakan Majlis Peguam sebagai defendan pertama manakala Badan Peguam, Lim dan setiausaha Majlis Peguam, Tony Woon Yeow Thong, sebagai defendan kedua hingga keempat.
Menerusi penyata tuntutan, Mohd Khairul Azam yang juga seorang daripada ahli Majlis dan Badan Peguam mendakwa notis panggilan EGM bertarikh 4 Mei lalu adalah tidak sah dan bertentangan dengan Akta Profesion Undang-undang 1976.
Beliau juga mendakwa bahawa usul yang diluluskan dalam EGM bertarikh 11 Mei lalu adalah terbatal dan menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.
Selain memohon deklarasi bahawa notis dan usul EGM tidak sah, Mohd Khairul turut memohon injunksi melarang defendan daripada menulis atau menyebarkan apa-apa perkara berkaitan EGM tersebut.-16/5/2012 –OLEH HELME HANAFI
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah

