Rab05222013

Kemaskini terakhir10:21:25 PM GMT

Back Ruangan KOMENTAR BLOGGER Skandal Matawang Syariah Kelantan

Skandal Matawang Syariah Kelantan

kickdefelladinar

Semalam rakan-rakan gabungan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Kelantan dan saya telah mengadakan satu sidang media di Kota Bharu. Tujuannya ialah menjawab dakwaan YB Dato’ Haji Husam Musa berhubung berita yang tersiar di muka hadapan Utusan Malaysia, Isnin 18 Jun 2012.

Pada hari Isnin 18 Jun 2012, Haji Husam sebagai respons kepada berita muka hadapan Utusan memberitahu media,

    Tidak ada laporan polis seperti yang didakwa. Beliau tidak kata tidak tahu, tetapi tidak ada.    Ini semua perancangan UMNO.
    Tiga hari lepas saya telah ke Kelantan dan bertemu pemimpin UMNO.
    Saya adalah Kucing Kurap.
    Segala dakwaan berkenaan skandal matawang syariah ini adalah karut.
    Akan mengambil tindakan saman ke atas Utusan dan saya.

Isu skandal matawang syariah ini  bukan isu peribadi antara saya dan YB Husam. Ini adalah isu yang melibatkan kesucian institusi agama Islam, pembeli dan pengguna dinar dan dirham dan lebih dari itu, identiti dan tingkah laku individu yang diberi amanah.

Sebagai rakyat dan pengundi di Kelantan saya berhak bertanya. Husam sebagai pemimpin yang dipilih rakyat wajib menjawab dengan betul. Ini bukan lawak jenaka. Kalau Husam sekadar boleh menjawab dengan marut marut begitu, ada baiknya Husam menyertai program TV Karoot Komedia X dan bukannya menjadi Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kelantan. Atau meletakan jawatan Exco dan ADUN untuk menyertai pelbagai program lawak jenaka yang semakin popular di kaca TV sekarang. Dan bila memasuki pentas lawak jenaka, Husam perlu tahu bahawa pelawak juga ada etika. Mereka bukan membuat lawak bodoh tetapi mereka mengkritik kepimpinan dan masyarakat dalam halus. Dan dari situ Husam akan dapat belajar bahawa kemuliaan perlu ada di dalam setiap tugas yang kita pikul.

Apakah dunia Husam hanya berputar kerana adanya UMNO? Semua benda mesti UMNO? Husam sendiri tidak pernahkan bertemu pemimpin UMNO. Bahkan Husam sendiri pernah banyak kali meminta saya mengatur pertemuannya dengan pemimpin UMNO. Kalau gilakan UMNO, kenapa tidak sertai sahaja UMNO.

Skandal matawang syariah ini bukan kerana pilihanraya. Kita tidak perlu risau bila pilihanraya. Apa yang Husam perlu risau ialah sudahkan dia tunaikan janji pilihanrayanya yang lalu.

BACA LAGI http://kickdefella.net/2012/06/20/skandal-matawang-syariah-kelantan/#more-5380


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.