
KEMASKINI Israel meracun bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat dengan bahan radioaktif polonium, kata anak saudaranya, Nasser al-Qidwa semalam.
"Kami menuduh Israel membunuh Arafat dengan meracunnya dengan bahan pembawa maut," katanya kepada agensi berita AFP.
Beliau merujuk bahan pembawa maut itu sebagai polonium. Bahan itu ditemui pada pakaian yang dipakai Arafat semasa beliau sakit.
Dakwaan Yasser diracun timbul awal bulan ini selepas al-Jazeera menyiarkan dokumentari mengenai pengakuan pakar bahawa mereka menemui kandungan polonium tinggi pada tubuh pemimpin Palestin itu.
Polonium adalah bahan bertoksik tinggi dan sangat jarang ditemui di luar lingkungan tentera dan saintis. Bahan radioaktif itu pernah digunakan untuk membunuh bekas perisik Russia yang berpaling tadah, Alexander Litvinenko, yang maut sejurus selepas meminum secawan teh di London pada 2006.
"Mereka yang bertanggungjawab dengan pembunuhan itu sepatutnya dihukum," tambahnya lagi.
Nasser merupakan Presiden Yayasan Yaser Arafat.
Al-Jazeera sebelum ini melaporkan pakar-pakar menyatakan terdapat kadar kandungan polonium yang tinggi pada barang peribadi milik pemimpin terkenal Palestin itu.
Namun, jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menafikan dakwaan Nasser.
Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Perancis pada tahun 2004. 13/7/2012 - AFP
BERITA SEBELUM INI
Siapa racun Yasser Arafat...?
Presiden Palestin, Yasser Arafat yang meninggal dunia pada 2004, dipercayai telah diracun menggunakan bahan polonium berdasarkan satu kajian makmal yang dilakukan di Switzerland.
Stesen televisyen Al-Jazeera yang memetik kenyataan Pengarah Institut Radiasi Fizik Universiti Lausanne, Francois Bochud berkata, ujian tersebut dibuat berdasarkan sampel biologi Arafat yang diperoleh daripada isterinya, Suha Arafat.
Sampel biologi Arafat itu diberikan kepada Suha oleh hospital tentera di Paris, tempat beliau meninggal dunia.
“Kesimpulan yang kami dapat adalah beberapa unsur racun polonium wujud dalam sampel tersebut," katanya.
Untuk mengesahkan perkara itu, Bochud berkata, satu kajian terperinci perlu dilakukan terhadap mayat Arafat.
“Jika isterinya, Suha ingin mengetahui apa yang berlaku terhadap suaminya, kami perlu menjalankan pemeriksaan terhadap mayat Arafat yang mungkin akan menunjukkan dengan lebih tepat mengenai kandungan polonium yang digunakan," katanya.
Racun polonium pernah digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia yang membelot Kremlin, Alexander Litvinenko pada 2006 selepas perisik itu meminum air teh yang dicampur dengan bahan radioaktif tersebut di sebuah hotel di London.
Arafat, pemenang Hadiah Nobel Keamanan yang memimpin kerajaan Palestin selama hampir 40 tahun, meninggal dunia pada 11 November 2004 selepas beberapa minggu dirawat.
Allahyarham turut diterbangkan ke Perancis daripada ibu pejabatnya yang dikepung oleh rejim Israel di Tebing Barat.
Pegawai kerajaan Perancis pada ketika itu enggan mendedahkan sebenar kematian atau keadaan Arafat, sekali gus mencetuskan pelbagai khabar angin dan teori berhubung kematian Presiden itu.
Arafat meninggal dunia pada usia 75 tahun dan pegawai Palestin mendakwa pemimpin mereka itu telah diracun oleh rejim Zionis.
Namun satu siasatan tidak rasmi yang dilaksanakan oleh Palestin pada 2005 mendapati tiada unsur penyakit kanser, AIDS atau racun yang menjadi punca kematian Arafat.
Sementara itu, pegawai-pegawai Palestin mahu satu inkuiri antarabangsa diadakan ekoran dakwaan bahawa Yasser Arafat, telah diracuni dengan polonium.
"Pihak Berkuasa (Palestin), sebagaimana masa-masa lalu, bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan membuka laluan kepada siasatan kepada keadaan sebenar yang membawa kepada kematian Allahyarham Presiden," kata jurucakap Pihak Berkuasa Palestin, Nabil Abu Rudeinah.
Kenyataan beliau muncul susulan permintaan balu Yasser, Suha Arafat yang menggesa agar satu siasatan diadakan ekoran penemuan itu.
Saintis Switzerland memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera bahawa bahan polonium-210 ditemui pada barang-barang milik Yasser, yang diserahkan kepada Suha selepas kematiannya pada 2004, lapor BBC.
Suha pernah membantah bedah siasat ke atas jenazah Yasser ketika itu, tetapi kini mahu digali semula bagi urusan bedah siasat.
Rekod perubahan Yasser menunjukkan beliau mengalami strok ekoran ketidakseimbangan darah.-4/7/2012 -AFP, BBC.
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







