Aha05192013

Kemaskini terakhir04:17:23 AM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan

Muka Hadapan

Debaran barisan Kabinet Najib...

  • PDF
Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar ‘zip mulut’ pasal barisan Kabinet kerajaan Pusat yang dijangka diumumkan minggu ini.Ini membuka ruang pelbagai spekulasi siapa akan dilantik Najib bagi membantu beliau memantapkan kerajaan penggal kedua beliau bergelar Perdana Menteri.

Dengan lapan menteri dan lima timbalan daripada Kabinet lalu yang tewas dan tidak tersenarai sebagai calon pada PRU 13, sekaligus memberi ruang kepada Najib melantik ramai muka baru dalam kerajaan.

Barisan Menteri yang pasti tiada dalam senarai itu Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Chor Chee Heung, Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Raja Nong Chik Raja...

Baca Lagi...

Sidang Parlimen ke 13 seawal Jun...?

  • PDF
Dengan kehadiran 'hero-hero baru' dari kerajaan dan pembangkang, ramai yang menjangka sidang Dewan Rakyat akan datang pasti meriah habis.

Di pihak kerajaan ramai yang nak tunggu aksi Ahli Parlimen Baling Datuk Azeez Rahim,  Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Marican, juga Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim.

Manakala di sebelah pembangkang, kehadiran Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sudah pasti dinantikan banyak pihak, selain Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming...

Baca Lagi...

Kelainan majlis angkat sumpah Khalid Ibrahim...

  • PDF
Ada tiga kelainan di majlis angkat sumpah Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah Klang, pada Selasa.Pertama, tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dijemput pihak Istana menyaksikan Khalid- Adun Pelabuhan Klang itu mengangkat sumpah penggal kedua sebagai Menteri Besar di depan Sultan Selangor Sultan Sarafuddin Idris Shah .

Istiadat mengangkat sumpah itu disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah di Balairong...

Baca Lagi...

Umno bukan parti rasis - Najib

  • PDF
Sempena ulangtahun ke 67 UMNO dan baru saja memenangi pilihanraya umum ke 13 yang menyaksikan cuma sekitar 3 peratus pengundi Cina mengundi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak usaha pembangkang yang cuba gambarkan UMNO sebagai sebuah parti rasis.

Presiden UMNO itu berkata jika bukan kerana isu perkauman yang dimainkan pakatan pembangkang, beliau percaya BN mampu memperoleh majoriti yang lebih besar pada pilihan raya umum ke-13 yang berakhir Ahad lepas.

Perdana menteri berkata pencapaian...

Baca Lagi...

Timbalan Pengerusi SPR lepas geram...

  • PDF
Sepanjang membuat liputan yang berkait dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), kalangan wartawan tak pernah tengok,  baik pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mahupun timbalannya, Dato Wira Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan rasa marah.

Biasanya mereka akan bercakap dengan nada relaks dan adakalanya menyelitkan gurau senda supaya sidang media tak menjemukan. Tetapi pada sidang media SPR pada Sabtu, wartawan melihat sisi Wan Ahmad yang serius dan macam orang menahan bengang.

Rupa-rupanya orang...

Baca Lagi...