Itu semua pasal politik kata Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai sikap pembangkang yang menolak dan menentang apa sahaja pembaharuan mahu dilaksanakan termasuk proses pilihanraya yang bebas dan adil seperti didesak mereka sebelum ini.
Perdana Menteri memberi contoh pembangkang menolak sistem biometrik yang mahu digunapakai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang boleh mengekang wujudnya pengundi hantu tetapi pembangkang menolak.
Sambil menempelak pihak terbabit, Najib menegaskan pembangkang hanya mahu mempolitikkan sahaja isu itu termasuk mengadakan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu kononnya menuntut pilihanraya adil dan bersih.
Katanya, pilihanraya negara ini sudah pun adil malah pembangkang menang banyak kerusi dan beberapa negeri pada pilihanraya umum lalu.
Menurut Najib, jika kerajaan memanipulasi keputusan pilihanraya, Barisan Nasional boleh menawan Kelantan pada 2004.
Kerajaan PAS Kelantan menang dengan kelebihan dua kerusi tetapi kemudian tewas kerusi Pengkalan Pasir dalam pilihanraya kecil.
Maka tinggal beza satu kerusi antara BN dan PAS.
Pada salah sebuah kerusi iaitu Pulai Chondong pula PAS menang dengan majoriti dua undi sahaja.
“Jika ada yang fikir boleh manipulasi peti undi, tidak kah terfikir kita juga boleh dapat lebih tiga undi? Bukan 30, 300 atau 3,000 undi, kita boleh tambah jika SPR tidak telus..kita boleh buat tetapi tak mahu,” katanya dalam ucapan di majlis penutup Persidangan Pemimpin Pelajar Malaysia di ibu negara, Ahad.
Katanya, tidak perlu diragui atau dipertikaikan bahawa pilihanraya di negara ini adalah adil.
Walaupun begitu, Najib menegaskan pimpinan beliau tetap komited membawa perubahan dalam sistem pilihanraya sedia ada walaupun pembangkang menolak apa sahaj usaha penambahbaikkan oleh kerajaan termasuk sistem biometrik dalam proses undi.
Beliau juga berkata, kerajaan sedang meneliti peruntukkan membolehkan pelajar di luar negara mengundi secara pos.
Najib turut mengulas mengenai demonstrasi haram pada 9 Julai lalu dengan mengatakan pihak terbabit sengaja mahu menimbulkan kekacauan di jalanan sedangkan mereka boleh berhimpun di Stadium Shah Alam.
Pada majlis disertai lebih 1,000 pemimpin pelajar itu, Perdana Menteri turut menjelaskan mengenai 1Malaysia dan menjawab beberapa soalan isu semasa yang ditanya peserta.-31/7/2011- OLEH ROSLAN BIAN
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







