Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum Hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.
Beliau menyifatkan DAP seperti "budak-budak kecil takutkan hantu" sedangkan hukum Hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.
"DAP nak keluar pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia dengan orang Islam," katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di Kota Bharu Isnin seperti dilapor Bernama.
Pada Ahad, Nik Abdul Aziz berkata hukum Hudud itu akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP.
Isu hudud:Karpal Singh kata Nik Aziz orang tua merengek cari perhatian
Jangan hairan kalau selepas ini kita akan melihat drama Datuk Nik Aziz Nik Mat berpeluk Arab dengan Karpal Singh.
Siapa tahu PAS sekali lagi terpaksa angkat bendera putih kepada DAP seperti sebelum ini apabila Pengerusi DAP itu bagi kata dua langkah mayatnya dulu kalau PAS nak meneruskan hajatnya menubuhkan sebuah negara Islam di Malaysia.
PAS sebagai sebuah parti cukup arif dengan reliti ia akan kehilangan DAP sebagai sahabat dan undi bukan Melayu jika terus main sentimen negara Islam.
Sebab itu Muktamar PAS Jun lalu meluluskan konsep ‘Negara Kebajikan’ untuk memenuhi selera DAP dan PKR.
Mana Singa DAP itu tidak angin satu badan bila Nik Aziz kata PAS sedia ucap bye-bye pada DAP jika ia tidak setuju dengan perlaksanaan undang-undang hudud.
Kalau Nik Aziz belasah DAP secara terbuka begitu maka Menteri Besar Kelantan itu kenalah telan Karpal Singh gelar beliau orang tua yang merengek cari perhatian.
Kenyataan seperti itu memang berat dibuat antara dua buah parti sahabat sekalipun satu dunia tahu mereka selama ini hanya tidor sebantal tapi mimpi lain-lain.
Itu yang dikatakan oleh Karpal Singh pada Nik Aziz semasa beliau bercakap pada wartawan di Air Hitam,Pulau Pinang Sabtu.
Rasa kecewa Karpal Singh pada Nik Aziz memang tidak dapat dibendung lagi.
"Saya berpendapat isu berhubung negara Islam telah pun diketepikan dengan resolusi yang diterima pakai pada muktamar Pas yang diadakan tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Karpal menyebut resolusi Pas bahawa parti itu tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan.
"Adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz dalam tempoh yang singkat telah lupa berhubung resolusi itu,” katanya.
DAP telah meminta Pakatan Rakyat supaya mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan dan menyelesaikan pendirian parti PAS untuk melaksanakan hukum Hudud dan penubuhan negara Islam.
Serentak dengan itu beliau mahu sekretariat pakatan pembangkang mengatur mesyuarat tergempar mengenai rancangan parti PAS itu.
Katanya sebarang kelewatan menangani isu kontroversi itu akan menghakis teruk keyakinan awam khususnya di kalangan bukan Islam dalam Pakatan.
"Sebuah mesyuarat tergempar perlu diadakan serta merta bagi memperjelaskan secara terbuka pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi itu perlu ditamatkan secara muktamad," katanya-24/9/2011.
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







