KEMASKINI Saksi kedua pihak pembelaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Dr Muhd Osman Abdul Hamid yang melakukan periksa terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan di hospital Pusrawi memberitahu, dia memeriksa pengadu pada 28 Jun 2008.
Saiful kata saksi mengadu sakit di bahagian dubur selain mengadu diliwat oleh seorang 'VIP'.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
Dr Osman mengakui bahawa beliau pernah membuat 'akuan bersumpah' ketika disoal mengapa, katanya "Saya amat takut,".
Ditanya, siapa yang menyuruhnya membuat 'akuan bersumpah' itu.
Kata Dr Osman, seorang pesuruhjaya sumpah, 'Anwar' dan peguam bernama "Yusri'.
Beliau menafikan cadangan pendakwaraya bahawa dirinya menokok tambah laporan pemeriksaan ke atas Saiful tanpa pengetahuan saksi utama itu.
Beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mohamed Yusof bahawa maklumat itu tidak direkodkan pada hari pemeriksaan itu.
"Mohd Saiful memaklumkan saya bahawa beliau diliwat selepas saya menjalankan pemeriksaan fizikal. Saya terkejut dan terus mencatatnya sebelum menasihatkannya untuk membuat laporan polis dan diikuti dengan mendapatkan rawatan perubatan di sebuah hospital kerajaan," kata graduan Universiti Yangoon itu.
Semsa disoal kenapa beliau tidak bertanya pesakitnya apa sebab beliau sakit dan siapa yang memasukkan satu objek plastik ke dalam duburnya, Dr Osman bersetuju beliau tidak membangkitkan kedua-dua soalan itu walaupun ia amat penting.
Dr Osman juga memberitahu mahkamah bahawa beliau menyediakan laporannya pada 30 Jun selepas diminta oleh seorang warga kerja hospital yang dikenali sebagai "Azlan" dan juga menyediakan akuan berkanun (SD) atas permintaan seorang peguam yang bertindak bagi pihak hospital.
"Saya diminta menyediakan SD untuk fail sulit hospital, berikutan satu kebocoran mengenai laporan perubatan saya berkaitan dengan Mohd Saiful semasa saya berada di Myanmar," kata Dr Osman.
Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
Semasa pemeriksaan utama oleh peguam bela bersama Anwar, S. N. Nair, pegawai perubatan kanan yang kini ditempatkan dengan Institut Jantung (IJN), berkata pada mulanya Mohd Saiful memberitahu bahawa beliau mengalami sembelit selama seminggu dan sakit di dubur.
"Saya sapu sedikit pelincir dan menggunakan protoskop untuk memeriksa kawasan dubur dan semuanya normal tanpa tanda kecederaan," kata Dr Osman. Sementara itu, saksi ketiga pembelaan Profesor Madya Dr David Lawrence Noel Wells dari Australia berkata dalam sejarah pengambilan kes serangan seksual dari seorang pesakit adalah penting bagi membantu doktor membuat pemeriksaan perubatan yang betul.
"Dalam kes ini, borang proforma yang digunakan untuk merekodkan sejarah perubatan dan maklumat lain adalah tidak sesuai dan hanya lima halaman pertama diisi dan baki lima halaman lagi dibiarkan kosong," kata pakar forensik itu.
Merujuk kepada borang itu, Dr Wells berkata doktor yang merekodkan butiran hanya menyatakan pesakit mengalami kesakitan dan pendarahan tetapi tiada butiran lanjut diperolehi.
"Adalah penting untuk mereka mengikuti standard metodologi di mana mereka patut menanyakan pesakit sejak bila mereka menderita sakit itu atau lokasi sebenarnya," kata Dr Wells.
Apabila ditanya Nair untuk memberikan pandangan kepakarannya mengenai keputusan klinikal tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bertarikh 13 Julai, 2008, beliau berkata tanpa kehadiran laporan makmal, mereka tidak akan mendapat keputusan yang konklusif.
Ahli patologi forensik Dr Siew Sheue Feng, Pakar Jagaan Kecemasan Dr Khairul Nizam Hassan dan pakar bedah Dr Mohd Razali Ibrahim telah menyimpulkan bahawa tiada keputusan klinikal yang konklusif menandakan penetrasi kepada dubur/rektum.
Mereka juga menyimpulkan tiada luka yang ketara para tubuh pesakit. Apabila ditanya Nair mengenai pendapatnya mengenai laporan Pusrawi sama ada Dr Wells boleh membacakan laporan itu sebagai "sakit apabila membuang air besar atau semasa mencuba membuang air besar", Wells menjawab beliau akan membaca laporan itu sebagai apabila membuang air besar.
Bernama melaporkan, Dr Wells berkata laporan itu bermakna bahawa apabila seseorang berbuat demikian, dia akan berasa sakit.
Semasa diminta menjelaskan sampel calitan yang diambil semasa Mohd Saiful mula mengadu mengenai serangan seksual, sama ada prosedur yang betul telah digunakan, Dr Wells berkata beliau tidak ragu-ragu dengan prosedur itu.
Bagaimanapun, beliau menegaskan penstoran calitan adalah penting bagi membuat profil DNA.
Beliau menjelaskan cara yang betul bagi menyimpan calitan selepas ia diambil adalah udara dalam bekas spesimen perlu dikeringkan atau dibekukan segera dan dihantar ke makmal secepat mungkin. Menjawab soalan Nair sama ada dapat diterima, ia tiba di makmal hampir 43 jam selepas calitan diambil, Dr Wells berkata: "Ia sudah tentu tidak berapa elok".
Ini kerana dalam keadaan lembab, bakteria boleh merosakkan elemen protin di dalam sampel DNA, katanya.
Ditanya untuk meringkaskan prosedur forensik yang digunakan dalam kes ini oleh Nair, Dr Wells berkata, beliau tidak akan berkata bahawa mereka tidak cekap tetapi lebih suka menyatakannya sebagai seseorang yang baru kepada tugas itu atau tidak berpengalaman..-23/8/2011 OLEH NOORHASILAH ISMAIL
BERITA SEBELUM INI
Kes liwat: Anwar baca nota hampir 2 jam bela diri
Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai memberi keterangan bela diri selepas membacakan kenyataan beliau setebal 32 muka surat dalam masa hampir dua jam di Mahkamah Tinggi pagi Isnin.
Anwar yang memberi keterangan dengan membaca nota dalam bahasa Inggeris selesai membacakan pembelaannya pada jam 11.47 pagi tadi.
Sebelum itu, selepas hakim membacakan pilihan kepada Anwar, Ketua Pembangkang itu memilih untuk membela diri dari kandang tertuduh yang mana pembelaannya tidak boleh disoal balas oleh pendakwaraya.
Anwar juga memohon beri keterangan dalam bahasa Inggeris.
Menurutnya, semua tuduhan ke atasnya adalah bohong. Dia juga kata komen-komen yang dibuat mengenai kes liwat beliau oleh ahli-ahli politik, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, serta laporan akhbar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, TV3 satu usaha cuba mempengaruhi hakim
Anwar terus guna kesempatan hujah politik. Kata apa yang Najib buat sebiji seperti mentor dia (Tun Dr Mahathir) buat, iaitu untuk sumbat dia dalam penjara supaya kekal berkuasa
Anwar tuduh konspirasi yang ditunjangi Najib dan UMNO ini kerana mereka sedar prospek BN akan kehilangan kuasa semakin hampir jadi realiti
Anwar turut berulangkali cakap hakim tidak adil dan berat sebelah dengan memetik beberapa ayat Al Quran. Beliau habis baca keterangan setebal 32 mukasurat jam 11.47 pagi.
Mahkamah tangguh esok 9 pagi. Dua pakar dari Austrlia akan naik kandang saksi.
Sementara itu Anwar ‘masih berkeras’ mahu mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke mahkamah sebagai saksi pembelaan kes tuduhan liwat ke atasnya.
Sehubungan itu beliau telah mengarahkan peguamnya, Karpal Singh untuk memohon sapina dikeluarkan terhadap mereka serta bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.
Bercakap kepada wartawan selepas Anwar selesai memberi keterangan, Karpal berkata tindakan itu dibuat berikutan keengganan mereka untuk ditemubual (sekalipun sudah jumpa) dan tidak mahu menjadi saksi pembela.
Karpal berkata, pihaknya juga telah mensapina doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai Suliati.
Katanya sekiranya tujuh saksi berkenaan enggan hadir ke mahkamah setelah ( sekiranya permohonan sapina diluluskan) menerima sapina, waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap mereka.
Pada kes liwat pertamanya pada 1998, Anwar telah gagal dalam usahanya membawa Tun Dr Mahathir Mohamad ke mahkamah apabila bekas Perdana Menteri itu berjaya mengetepikan pemohonan sapina.
Dalam perkembangan berkaitan di luar mahkamah sekumpulan lebih kurang 20 orang pemuda memegang banting 'Keadilan untuk Saiful' serta banting bertulis 'Selamatkan Malaysia dari Peliwat 2.0'. Gelagat mereka menarik perhatian orang ramai yang keluar masuk ke mahkamah.-22/8/2011
BERITA SEBELUM ITU
Perbicaraan kes liwat disambung semula...
Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung semula pagi Isnin setelah beberapa kali tertangguh kebelakangan ini.
Dan...seperti yang diramalkan oleh banyak pihak Ketua Umum PKR itu memilih untuk memberi keterangan di kandang tertuduh bagi membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.Ini bermakna pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas semasa memberi keterangan.
Ada yang mengandaikan langkah ini sebagai tanda ‘ tak konfiden’.
Ketika prosiding bermula, Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan memberitahu mahkamah anak guamnya akan memberi keterangan dari kandang tertuduh.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata Anwar mempunyai tiga pilihan dalam memberi keterangan.
Pertama ialah di kandang saksi di mana pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau.
Kedua memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh.
Ketiga memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.
Anwar mula bagi keterangan jam 9.57 pagi dimana beliau tentunya antara lain menafikan meliwat Saiful.
Pada 8 Ogos, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menemu bual antaranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, serta bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Pada 12 Ogos, Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah untuk temu bual itu dan masing-masing meluangkan masa kira-kira lima minit dalam bilik mesyuarat bersama Karpal dan S.N. Nair serta Anwar.
Pada 16 Mei, Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan Mohd Saiful, iaitu pengadu dalam kes itu berkata benar dan saksi yang boleh dipercayai.
Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap tuduhan melakukan hubungan bertentangan hukum alam di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.- LAPORAN LANJUT AKAN MENYUSUL -22/8/2011 - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







