Sab05252013

Kemaskini terakhir10:54:12 PM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Menanti khabar gempak Khalid Ibrahim nak bubar Dewan Undangan Negeri Selangor berasingan...

Menanti khabar gempak Khalid Ibrahim nak bubar Dewan Undangan Negeri Selangor berasingan...

  • PDF
khalidibrahim513Selepas kegagalan Pelan 16 September, pembangkang beria-ia mencabar Parlimen dibubarkan kerana yakin konon mereka boleh mengambil alih Putrajaya.Namun, pembangkang mula goyah selepas melihat banyak perubahan dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) mula menampakkan semula sokongan rakyat kepada BN dan sekaligus desakan pilihanraya segera senyap begitu saja.

Untuk tutup malu, kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang mula keluar kenyataan berbeza kononnya tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing jika Parlimen dibubarkan terlalu awal.

Selangor dan Pulau Pinang masing-masing beri alasan manakala Kedah dan Kelantan nampak mahu pilihanraya DUN serentak dengan Parlimen.

Kerajaan PKR Selangor pernah buat kenyataan hanya setuju bubar DUN jika pilihanraya umum selepas Jun lalu tetapi kini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mula bercakap lain soal pembubaran DUN Selangor.

Beliau dilaporkan bahawa kerajaan Selangor hanya akan membuat keputusan sama ada membubarkan DUN serentak atau berasingan dengan Kerajaan Persekutuan, selepas menilai keberkesanan Program Pengukuhan Demokrasi yang dijalankan.

Alasannya, Pengukuhan Demokrasi itu kini masih berjalan di seluruh Dun di negeri ini dan sebahagiannya telah selesai.

“Sebab utama kita belum buat keputusan (bubar DUN serentak atau tidak) kerana kita mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih SPR benar-benar bersih dan sebab itu juga kita wujudkan Program Pengukuhan Demokrasi ini,” ujarnya.

“Setakat ini 29 daripada 56 DUN sudah kita terima maklumat selepas terlibat dengan Program Pengukuhan Demokrasi, manakala bakinya belum lagi," katanya kepada Keadilandaily, Ahad.

Sehubungan itu kata Khalid, mesyuarat khas mengenainya akan diadakan pada 17 Ogos ini bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan kumpulan berkaitan.

Tidak pelik dengar Khalid cakap tunggang langgang pasal mahu bubar DUN serentak atau tidak kerana beliau tahu Selangor kini jadi sasaran utama untuk dirampas semula oleh BN.

Khalid juga tahu pelbagai isu semakin menjerut lehernya terutama soal krisis air yang boleh menyebabkan rakyat ‘angin’ jika kemarau atau krisis air yang dijangkakan beberapa tahun lalu jadi kenyataan sedangkan beliau terus bermain politik tanpa mahu menyelesaikannya.

Sebenarnya sudah ada kebimbangan di pihak pembangkang untuk berdepan PRU 13 kerana itu mereka jadikan SPR sebagai ‘kambing hitam’ dengan menuduh pihak berkenaan tidak melaksanakan sistem pilihanraya telus dan adil.

Apa lagi helah terbaik yang ada di pihak pembangkang kerana SPR sudah mula melaksanakan perubahan dan penambahbaikkan yang dituntut dan semua ini dinilai rakyat betapa kerajaan BN mendengar dan bersedia melakukan perubahan jika sesuatu perkara itu menambah kebaikkan.

Mungkin sebab itu, Khalid buat kenyataan belum memutuskan membubarkan DUN serentak dengan Parlimen kerana khuatir kerajaan PKR di Selangor akan tumbang kerana banyak janji tidak ditunaikan sebaliknya BN yang semakin berjasa kepada rakyat.

Bukan sahaja isu air, penyelewengan dalam penyelesaian hutang Talam, terbaru Unisel yang berhutang dengan syarikat yang menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar-pelajar universiti milik kerajaan negeri itu semakin menambah parah luka kerajaan PKR Selangor.

Khalid sudah hilang ‘gentleman’ berdepan isu-isu ini dan Program Pengukuhan Demokrasi yang belum selesai hanya alasan untuk tidak membubarkan DUN jika Datuk Seri Najib membubarkan Parlimen sama ada selepas Aidil Fitri mahupun Aidil Adha.

Dalam erti kata lain, Khalid semakin takut dengan bayang-bayang yang dicipta sendiri tambahan pula pergolakan antara kem beliau dengan Timbalan Presiden Azmin Ali yang bercita-cita menduduki kerusi Menteri Besar akan datang bukan rahsia lagi.

Pilihan terbaik Khalid adalah bertahan selama mungkin dengan kuasa eksekutif yang ada mengelak DUN dibubarkan ataupun mungkin beliau bubar DUN selepas Mac 2013 kerana masih belum puas berjanji kepada rakyat Selangor.

Sekutu beliau Lim Guan Eng juga mungkin ikut ini kerana Ketua Menteri Pulau Pinang itupun pernah buat kenyataan tidak akan bubar DUN serentak dengan Parlimen.

Guan Eng pun tengah berserabut dengan pelbagai isu dan kritikan termasuk hubungan dengan pembantunya dan pemilikan rumah mewah oleh pembantu tersebut.-6/8/2012- OLEH ROSLAN BIAN


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.