Rab05222013

Kemaskini terakhir10:21:25 PM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Menteri Besar Perlis perjelas isu PhD miliknya

Menteri Besar Perlis perjelas isu PhD miliknya

  • PDF
mb_perlis513Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata ijazah doktor falsafah (PhD) yang dimilikinya sejak 2002 mendapat pengiktirafan antarabangsa meskipun institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan ijazah itu tidak disenaraikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Menurutnya, baru-baru ini ada pihak yang mempertikaikan pemilikan PhD daripada Newport University, California, Amerika Syarikat itu dan pemakaian gelaran "doktor" oleh beliau dengan alasan institusi itu tidak diiktiraf MQA.

Bercakap kepada para pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama pengamal media massa Perlis di Kangar Khamis malam, beliau hairan kerana isu itu dibangkitkan selepas 10 tahun beliau mendapat PhD.

Pada Jun lalu, ada individu yang membuat laporan polis berhubung gelaran yang digunakannya dengan alasan institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan ijazah itu tidak mendapat pengiktirafan.

"Ada yang kata saya beli PhD sedangkan saya bertungkus lumus belajar untuk mendapatkannya. Ia bukan sesuatu yang mudah," kata Md Isa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong.-17/8/2012


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.