Satu lagi kes berat, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor, didakwa mencagarkan 15 peratus saham Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang dimikilinya kepada sebuah bank untuk pinjaman bernilai RM250 juta.
Ketika mendedahkan perkara tersebut, penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed mempersoalkan apakah tujuan sebenar pinjaman tersebut dibuat dan kemana wang tersebuit dibelanjakan.
"Apakah begitu daif pihak kerajaan negeri sehingga terpaksa mencagarkan saham KDEB di dalam Syabas untuk membuat pinjaman," katanya dalam satu sidang media di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam pagi Jumaat.
Menurut beliau lagi, berdasarkan keadaan kini timbul persoalan mampukan kerajaan negeri (yang ingin) mengambil alih Syabas berikutan saham 15 peratusnya pun tidak mampu diuruskan dengan baik.
"Apakah ini (mencagarkan saham syarikat pengagihan air kepada bank) merupakan sikap good governance dan contoh tadbir urus yang beretika?," soal beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Sepang.
Menurutnya, kerajaan negeri juga didakwa terpaksa berhutang dengan membuat pinjaman sebanyak RM300 juta setahun dengan kadar faedah RM 8 juta bagi tujuan memberikan air percuma kepada rakyat negeri itu.
"Adakah ini satu langkah pentadbiran yang bijak hingga kerajaan negeri terpaksa berhutang dengan bank untuk memberikan air percuma. Bagaimana pelan kerajaan negeri untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut?
"Adakah mereka tidak punya sumber kewangan kukuh unutk melaksanakan pemberian air percuma seperti yang dijanjika hinggakan terpaksa berhutang?," soalnya lagi.
Beliau berkata, jangan sampai nanti kerajaan negeri jadi seperti cerita Pak Kaduk yang terpaksa menggadaikan negeri demi melunaskan hutang.
"Hakikatnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mampu mentadbir dan menguruskan ekonomi Selangor dengan baik kerana isu penting seperti pengurusan air tidak dapat diselesaikan dengan mudah.
Selain itu, dalam sidang media kira-kira 45 minit tersebut, Mohd Zin juga mendakwa mempunyai bukti KDEB telah mengeluarkan arahan kepada Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gelen sehari kepada hanya 120 juta gelen sehari yang menyebabkan berlakunya krisis air di Kajang dan Balakong kerana syarikat tersebut mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.
Jelas beliau berdasarkan maklumat yang diterima Pengarah KDEB, Suhaimi Kamaralzaman telah mengeluarkan surat kepada pihak Abbas pada 2011.
"Persoalannya, mengapa Suhaimi mengeluarkan arahan tersebut kepada Abbas? Adakah KDEB atau kerajaan negeri ingin melakukan sabotaj terhadap rakyat Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)?
"Kenapa pihak yang Syabas yang dipersalahkan sedangkan kawasan yang mengalami gangguan dikendalikan oleh Abbas? Siapakah yang mengarahkan Suhaimi supaya mengeluarkan arahan sedemikian," katanya.
Justeru, beliau meminta kerajaan negeri memberikan penjelasan dan menjawab persoalan yang dilontarkannya kerana sebelum ini mereka hanya menunding jari menyalahkan pihak lain ketika berlakunya krisis air di Kajang dan Balakong.
"Langkah terakhir mereka seperti biasa mengelirukan rakyat dan tidak cakap berasaskan faktar. Saya juga akan mendedahkan beberapa kelemahan lain supaya rakyat Selangor dapat menilai sikap sebenar kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim ini," katanya.-10/8/2012- OLEH HELME HANAFI
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







