Begitulah nasib PAS sejak berkawan dengan DAP, sekarang ini jika terlajak sikit memperjuangkan apa yang dilihat mempunyai unsur agama dan tidak disukai oleh rakan kongsinya DAP, langsung kena 'tibai'.
Sebagai contohnya, tindakan Dewan Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan promosi Hari Kekasih (Valentine's Day) kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim baru-baru ini dengan pantas dikomen oleh Pengerusi DAP Karpal Singh.
Karpal minta PAS mengubah pendiriannya mengenai Valentine's Day kerana DAP beranggapan ia bertentangan dengan hak asasi dan prinsip kebebasan.
“DAP tidak bersetuju pendirian PAS menentang sambutan Hari Kekasih, Selasa ini,” kata Karpal.
Menurutnya, pendirian Pas tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum, dan disambut hampir di semua negara.
“DAP berpendapat pendirian PAS menentang sambutan Hari Kekasih, bukan satu langkah yang baik, tindakan PAS adalah sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan. Malaysia adalah negara mengamalkan prinsip demokrasi,” katanya.
Karpal berkata, DAP kecewa dengan tindakan PAS, satu parti komponen PR yang menentang sambutan Hari Kekasih setiap tahun. “DAP menggesa PAS menarik balik pendirian berkenaan sebelum 14 Februari ini,” katanya.
Di sebalik bantahan keras Karpal, PAS tetap dengan pendirian menentang sambutan Hari Kekasih, kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, PAS tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja.
"Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama.
"Di Kelantan dan Terengganu kita haramkan arak bagi orang Islam tetapi pengharaman itu tidak membabitkan orang bukan Islam," katanya.
Sementara itu, di Kota Bharu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz meminta Karpal belajar untuk menghormati agama lain dan tidak memaksa masyarakat untuk menerima pandangan peribadinya.
Dengan nada sinis Nik Abduh berkata, pemimpin tertinggi DAP itu sepatutnya lebih menghormati agama lain dan tidak menyamakan ia dengan mahkamah.
“Walaupun sudah berusia, Karpal Singh sepatutnya belajar untuk menghormati setiap agama yang ada negara ini, dan bukan hanya memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain, politik bukan mahkamah,” katanya.
Anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata, ketika PAS rancak mempromosikan hak-hak bukan Islam supaya ia lebih adil, Karpal pula seolah-olah mengambil kesempatan menyekat hak asasi umat Islam yang sepatutnya dihormati oleh semua pihak.
Menurutnya, keputusan menentang Hari Kekasih bukan hanya pendirian parti itu semata-mata, sebaliknya ia juga dimahukan oleh semua umat Islam.-13/2/2012- OLEH HELME HANAFI
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







