Rab05162012

Kemaskini terakhir06:09:10 AM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Pengarah Hospital KL...saksi pertama pertikai dakwaan Anwar tak boleh lakukan aksi seks

Pengarah Hospital KL...saksi pertama pertikai dakwaan Anwar tak boleh lakukan aksi seks

  • PDF

anwar-saifulKEMASKINI-Pengarah Hospital  Kuala Lumpur (HKL) Dr Zalina Md Zin merupakan saksi pertama dipanggil bagi keterangan pagi Selasa untuk mempertikai kenyataan saksi pembelaan,pakar sakit tulang belakang Belanda Dr Thomas Hooglands bahawa dalam keadaan Datuk Anwar Ibrahim sekarang tipis kemungkinan beliau boleh lakukan aksi seks.Saksi kedua ialah pegawai penyiasat kes liwat,DSP Jude Pereira.

Semuanya  empat saksi dikemukakan oleh pendakwa  untuk bagi keterangan.Dua orang lagi yang dipanggil bagi keterangan ialah penolong pegawai penyiasat,Sarjan Ahmad Abdullah dan doktor dari HKL Dr Jeyaindran.

Semasa Dr Jeyanindran bagi keterangan,p eguam Karpal Singh telah memohon ia diadakan cara tertutup.

Proses bagi keterangan berakhir pada 11.22 pagi.

Mahkamah telah menetapkan 23 dan 24 Novenber ini untuk pihak pembelaan buat hujahan terakhir kes.

Selepas itu jika tiada sebarang masalah...dijangka mahkamah akan buat keputusan keatas kes liwat yang sudah lama berlarutan ini..-18/10/2011


Pendakwaraya mohon panggil 4 saksi sangkal Anwar tak boleh lakukan aksi seks

Masih ingatkah lagi saksi pembelaan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Thomas Hoogland yang mengatakan Anwar tidak mampu melakukan aksi seks seperti yang didakwa.

Pada Isnin, pihak pendakwa raya yang diketuai oleh Peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memohon penangguhan perbicaraan untuk membenarkan mereka mengemukakan permohonan membawa empat saksi untuk menyangkal dakwaan saksi pembelaan ketujuh, pakar ortopedik dari Belanda, Dr Thomas Hoogland itu.

Mohd Yusof  memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah, keterangan empat saksi itu perlu kerana Hoogland ketika memberi keterangan, mendakwa sakit belakang yang dialami oleh Anwar menjadikan dia tidak mungkin berupaya meliwat pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mohd Zabidin meluluskan permohonan Yusof dan perbicaraan ditangguhkan kepada Selasa bagi memberi peluang kepada pihak pendakwa membawa saksi-saksi berkenaan

Sementara itu pihak peguambela memberitahu mahkamah bahawa mereka sudah menamatkan kes dan hujah dan tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan yang dibuat oleh Yusof setakat ini.

“Setakat ini kami tidak membantah kerana ianya bergantung kepada bukti keterangan yang akan diberikan oleh saksi-saksi itu. Sekiranya kami tidak bersetuju dengan keterangan saksi-saksi itu kami akan menyangkalnya di mahkamah nanti,” kata Karpal kepada pemberita di luar mahkamah.

“Kami sudah menamatkan kes tetapi pendakwa mahu membuka kembali dengan memanggil saksi-saksi baru,” kata Karpal lagi.-17/10/2011


IKLAN

Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.