Sab05252013

Kemaskini terakhir10:54:12 PM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Perlekeh Chong Wei: ADUN DAP kena belasah sakan dan akhirnya minta maaf

Perlekeh Chong Wei: ADUN DAP kena belasah sakan dan akhirnya minta maaf

  • PDF

chong1xxxxmanoiMemanglah kalau baca kata-kata di twitter Ahli Dewan Undangan Negeri DAP kawasan Kota Alam Shah,Selangor M Manoharan perlekeh kekalahan Datuk Lee Cong Wei di Olimpik 2012 boleh buat siapa saja 'naik angin'.

Sebab itu ramai yang belasahnya kiri kanan depan belakang menerusi twitter,sms,blog,facebook dan lain-lain.

Isu ini disiarkan di muka depan kebanyakan akhbar Selasa.

Mamat ini dikira sudah sangat over hinggakan kalangan rakan ADUN dan MP dari pakatan sendiri naik gabra dan tidak mahu kelihatan ada kaitan dengannya dalam isu ini.

Malah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang anggap Manoharam tidak sensitif.

Siapa yang tidak marah bila dalam twitternya,Manoharan antara lain kata Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY..."

Sudah tu beliau mendakwa kononnya Malaysia boleh dapat pingat emas bila negara ini ditabir oleh pakatan.

Apapun ADUN yang berlagak pandai itu akhirnya terpaksa tunduk ekoran kecaman bertalu-talu terhadap gelagatnya.

Awal petang Selasa beliau menghantar mesej menerusi twitternya...memohon maaf kepada Chong Wei.

"Saya amat menyesali komen yang saya buat dan memohon maaf setulusnya kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarga.

"Saya dengan ikhlas berharap permohonan maaf ini akan diterima," kata Manoharan.

Umum bersetuju sekalipun kalah pada Lin dan tetapi Chong Wei telah menunjukkan permainan yang hebat dan bersemangat.

Makanya ADUN DAP ni cari pasal bila cuba nak tunjuk konon beliau hebatlah-7/8/2012


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.