Sama ada kita sedar ataupun tidak, Proton City yang dibangunkan mengikut impian dan acuan pemiliknya, Proton Bhd. agak terkebelakang dalam menjadikan bandaraya automotif itu sebuah bandaraya setanding Stuttgart ataupun Dresden.
Tetapi tidak mustahil,impian penduduk Tanjung Malim khusus Proton City melihatnya menjadi nyata suatu masa nanti bukan suatu impian kosong. Kini Proton melalui pemilik baru, DRB Hicom, bakal mengubah wajah bandaraya itu.
Jika semua perancangan dapat dijayakan, Proton City bakal masuk dalam kalender pelancongan negeri Perak sebagai destinasi baru bagi mereka yang mengemari dunia automotif dan permotoran.
Waktu projek ini mula bertunas kira-kira15 tahun lalu, Proton melalui pelbagai kepakaran menjanjikan sebuah bandar automotif ala-ala bandar automotif luar negara.
Dalam sekelip mata nilai hartanah di sekitar Tanjung Malim termasuklah tanah-tanah dusun serta estet kelapa sawit naik mendadak.
Ramai yang menjual hartanah milik mereka dan menjadi jutawan segera namun kini, setelah 15 tahun, pemilik baru asyik geleng kepala.
Tetapi keadaan ini mungkin bakal berubah dengan jaminan DRB Hicom untuk memberi sentuhan terkini kepada usaha menjadikan Proton City sebuah bandaraya permotoran terkemuka.
Kerana imej konglomerat ini yang diyakini umum maka kita percaya, Tanjung Malim sudah berada di landasan perubahan.
Maka bagi penduduk di Lembah Bernam (termasuk orang-orang Selangor), suatu masa nanti mereka bakal melihat sebuah keajaiban-- Proton City bakal menjadi sebuah bandar raya atau hub automotif pertama yang bersifat “integrated.”.
Kita percaya dalam kotak kepala penduduk Tanjung Malim dan sekitarnya, kawasan mereka bakal bertukar menjadi ala-ala Stuttgart ataupun Dresden ataupun Wolfsburg, semuanya di Germany.
Setelah 15 tahun berlalu, Tanjung Malim terpaksa melalui kehidupan pasang surut. Proton City selaku pemangkinnya, belum membuahkan sesuatu yang memberi kelegaan kepada penduduknya.
Lebih malang bagi pembeli atau pemilik asset seperti tanah, rumah dan sebagainya, reality sangat perit untuk diterima. Proton City hanya 30 peratus saja berjaya dibangunkan.
Tanah seluas 4,000 yang dikurniakan kepada Proton pada tahun 1996 melalui perjanjian pembangunan Lembah Bernam antara Perak dan Selangor sekadar melihat beberapa mercu tanda.
Kilang proton bernilai hampir RM2 billion yang beroperasi sejak kesekian lama berjaya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk. Target untuk menjadikan kilang pemasangan kereta proton mencapai tahap tertentu nampaknya melalui detik kajian.
Pasaran kereta agak terjejas bukan saja di negara ini malah pasaran kereta di peringkat antarabangsa ikut sama kerana ekonomi dunia yang berada di tahap yang membimbangkan.
Walaubagaimanapun dengan adanya kampus baru iaitu kampus pintar UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris) di kawasan Proton City, ia berjaya mengubah wajah bandaraya automotif itu.
Kini setelah 15 tahun berlaku, Proton dibawah pemilik baru, DRB Hicom Bhd., bakal mengubah lanskap Proton City melalui suntikan dana lebih RM1 billion untuk tempoh 5 tahun akan datang.
Bagi Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir yang mengumumkan rancangan baru DRB Hicom setelah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi konglomerat itu, ia suatu yang sememangnya dinanti-nantikan selama ini.
Walaupun tidak menyebutnya tapi nada keciwa dapat dirasakan apabila setelah 15 tahun berlalu, hanya 30 peratus saja Proton City dibangunkan.
Dalam sidang media selepas mesyuarat EXCO di pejabatnya Rabu, Dr.Zambry menarik nafas lega “kerana kerajaan negeri telah memaklumkan kepada Proton untuk menukar zon pembangunan jika mereka gagal melaksanakan pembangunan seperti yang dirancangkan.”
Beliau membayangkan Tanjung Malim dalam tempoh lima tahun akan datang bakal bertukar menjadi sebuah hub automotif bertaraf dunia.
Katanya pihak pengurusan DRB Hicom melalui pasukan khas sudahpun mengadakan lawatan ke beberapa bandar automotif seperti Stuttgart (Germany) untuk mendapatkan ide dari segi pembangunan.
Beliau dan EXCO diberi taklimat oleh Pengarah Urusan DRB Hicom Datuk Seri Khamil Jamil dan pasukannya.
"Pengarah Urusan DRB Hicom membuat pembentangan yang komprehensif dengan menyediakan laporan-laporan terkini bahawa mereka cukup serius untuk membangunkan kawasan berkenaan,’’ katanya.
Kerajaan negeri pernah membayangkan rancangan membangunkan tanah berkenaan kerana kegagalan pihak Proton membangunkan Proton City.
"Kerajaan negeri telah menyuarakan hasrat untuk membangunkan kawasan itu bagi pembangunan industri lain sekiranya ia tidak dibangunkan tetapi hari ini saya amat gembira atas langkah terkini yang akan diambil pihak DRB-Hicom untuk membangunkan Proton City’” ujarnya.
Dalam pertemuan dengan DRB Hicom, Dr.Zambry berkata konglomerat itu memohon diwujudkan laluan susur bagi kemudahan kilang proton dan penduduk di Proton City tanpa perlu melalui persimpangan Tanjung Malim.
Katanya bagi merealisikan hasrat konglomerat berkenaan, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Sebuah sekolah menengah untuk kemudahan penduduk dan warga Proton City bakal beroperasi kerana “kini hanya terdapat sebuah sekolah kebangsaan.”
Bayangkan katanya penduduk Proton City saja bakal mencecah 20,000 orang sedikit masa lagi tentulah “mereka memerlukan banyak kemudahan asas seperti sekolah menengah dan jalan susur keluar dari situ.”
Untuk rekod sejak menjadi pemilik baru Proton, DRB Hicom mula mengorak langkah agak agresif dengan pelan menjadikan Proton City ala-ala Stuttgart.
Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk sebarang keajaiban untuk dirasai penduduk Proton City dan juga Tanjung Malim namun Dr.Zambry yakin “Tanjung Malim bakal berubah wajah dalam tempoh lima tahun ini.”
Beberapa kali dalam lawatan turun padang ke Tanjung Malim, Menteri Besar meminta penduduk “bersabar menunggu rancangan mega kerajaan negeri membangunkan Proton City menerusi kerjasama dengan DRB Hicom.
Pemaju Proton City iaitu Proton City Development Corp. Sdn Bhd telah membelanjakan kira-kiraRM2.5 billion termasuklah kos pembinaan kilang pemasangan kereta-kereta berjenama Proton.
Bagi peminat dunia automotif, Bandar Stuttgart merupakan ibu negeri bagi negeri Baden Wuettenbert. Ia terkenal dan menjadi daya penarik dunia automotif kerana kereta berjenama terkenal seperti Mercedes dan Porche beroperasi dari sini.
Sebuah muzium Porche diwujudkan untuk memudahkan para pelancong asing menjamu mata melihat sejarah dan contoh-contoh kereta Porche yang sudah dihasilkan.
Sebuah majalah terkemuka di Amerika Syarikat menulis “peminat dunia automotif rugi kalau tidak berkunjung ke Stuttgart untuk melihat dengan sendiri keajaiban yang ada di situ”.
Selain Stuttgart, beberapa bandaraya automotif lain juga menarik perhatian para peminat dunia automotif.
Salah sebuah ialah Dresden, juga di German, yang kini berusia 800 tahun. Ia adalah kilang kepada syarikat kereta Volkswagen(VV).
Untuk rekod juga, DRB Hicom bekerjasama dengan VV untuk memasang kereta jenis Passat di kilangnya di Pekan, Pahang. -8/8/2012 - OLEH YUSOF HARUN
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







