Datuk Seri Mustapa Mohamed bukanlah pemimpin yang suka cakap besar atau omong kosong.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu tahu hakikat betapa sukar untuk UMNO atau Barisan Nasional (BN) Kelantan menawan negeri yang sudah ditadbirkan PAS lebih 23 tahun.
Malah, ahli parlimen Jeli itu melihat bagaimana rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang terus memangkah PAS termasuk mereka yang berhijrah tetapi kembali ke negeri asal ketika pilihan raya 1999, 2004 dan 2008.
Bagaimanapun, Mustapa cukup yakin ada kejutan pada PRU 13 berdasarkan kebangkitan rakyat negeri itu melalui Gelombang Merah – gerakan kebangkitan rakyat Kelantan- untuk menghukum PAS setelah gagal membela nasib dan masa depan rakyat negeri tersebut.
Terlalu banyak kepincangan, penyelewengan dan perpecahan dan rakyat Kelantan tidak sanggup menempuh semua itu untuk lima tahun lagi jika PAS terus memerintah.
Sebab itulah rakyat Kelantan yang menyertai Gelombang Merah semangat bersemangat melaungkan slogan ‘TUKAR’ – isyarat untuk menukar kerajaan PAS Kelantan pada PRU 13.
Justeru itu, ketika berucap di Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate di Perantauan bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil, petang Ahad, Mustafa berjanji menyerahkan ‘Kota Darul Naim’ (Kelantan) dan pertambahan kerusi parlimen kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ditemui Agendadaily dan ditanya kenapa beliau yakin dapat menunaikan perkara itu, Mustapa menegaskan, kebangkitan rakyat Kelantan dan kehadiran puluhan ribu mereka di setiap program Gelombang Merah
menunjukkan kebangkitan luar biasa rakyat negeri itu untuk TUKAR kerajaan negeri.
“Dalam sebulan ini semangat mereka berkobar-kobar terutama anak-anak muda. Saya lihat ini kebangkitan luar biasa. Dari air muka dan cara mereka bersalam dengan Perdana Menteri, saya yakin peluang kita,” katanya.
Bagi Mustapa atau Tok Pa, sekiranya momentum ini berterusan hingga PRU 13, hasilnya tentulah kejayaan besar kepada BN.
Menambah keyakinan beliau adalah sambutan rakyat Kelantan yang berada di luar negeri itu tetapi sanggup berduyun-duyun menghadiri Himpunan Perdana di Bukit Jalil.
“Pengundi dari luar tidak menyebelahi kita pada PRU 1999, 2004 dan 2008. Kini saya lihat ada perbezaan setelah mereka didedahkan dengan macam-macam penyelewengan dan kelemahan kerajaan PAS Kelantan termasuk isu Kalimah Allah dan terkini isu tanah,” ujarnya.
Katanya, rakyat Kelantan pasti tidak mahu terjebak lagi dengan pelbagai masalah untuk tempoh lima tahun akan datang jika terus mengundi PAS.
“Saya harap pengundi-pengundi luar yang balik mengundi di Kelantan bersedia tukar kerajaan ada sekarang kepada kerajaan BN yang mampu membela nasib mereka,” tegas beliau.
Lebih menyakinkannya apabila ceramah beliau di Pengkalan Chepa –antara kubu terkuat PAS – berjaya menarik lebih 5000 orang.
“Saya pergi ke semua tiga DUN (Dewan Undangan Negeri) Kijang, Cempaka dan Panchor. Ini lubuh mereka. Kita dapat sambutan hangat dan ini beri harapan ada perubahan besar,” katanya.
Menurut Mustapa, tujuh janji besar Najib kepada rakyat Kelantan yang sudah dipersetujui Perdana Menteri supaya di masukkan dalam manifesto pilihanraya tentunya lebih menyakinkan rakyat Kelantan.
“Umpamanya pembinaan lebuhraya, itu kehendak rakyat Kelantan tak kira PAS atau UMNO. Mereka tahu yang mampu (bina) kerajaan Pusat. Kerajaan negeri Cuma boleh kutip derma RM1 juta hingga RM2 juta tetapi belanja buat lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu RM2 bilion,”
“Mana pernah kerajaan negeri buat lebuhraya tambahan pula kerajaan kelantan ada masalah kewangan. Ini projek penting malah satu janji ikonik yang amat penting,” jelas beliau.
Semua harapan Mustapa yang mendapat jolokan Jeneral Lima Bintang oleh Najib tidak mustahil kerana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu cukup masak sepak terajang politik orang-orang Kelantan.
Ibarat hanya jauhari mengenal manikam, Mustapa juga sudah kenal lubuk mana yang banyak ikan dan lubuk itu kini menunggu masa untuk ditawan kerana jala dan jaring sudah tersedia.-18/2/2013- OLEH ROSLAN BIAN
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







