Nama Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir disebut sebagai bakal Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas negeri Jelapang Padi itu daripada PAS mula bahan bualan selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Datuk Abu Hasan Sarif hilang kelayakan kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh yang terletak dalam kawasan parlimen Jerlun kerana tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri berturut-turut pada 2009.
Ada pihak melihat dengan menjadikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu yang kini Ahli Parlimen Jerlun bertanding di kerusi DUN berkenaan, jika ia kosong waktu itu akan membolehkan anak mantan Perdana Menteri itu memulakan gerakan menawan semula Kedah.
Agendadaily pernah bertanyakan padanya mengenai spekulasi itu tidak lama dullu dan jawapannya ialah ia terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menentukan kedudukannya.
Dalam pada itu beliau turut menyatakan kesediaan membantu mengambil semula negeri itu jika diberikan tanggungjawab tersebut.
Bagaimanapun, cakap-cakap beliau bakal bertanding di DUN berkenaan lenyap begitu sahaja selepas kes Abu Hasan berterusan di mahkamah dan kerusi DUN Siputeh belum diisytihar kosong.
Namun, nama Mukhriz ‘panas’ semula ekoran kajian Universiti Utara Malaysia (UUM) bahawa ramai yang mahu Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah.
Kajian itu menunjukkan Mukhriz lebih popular berbanding tiga pemimpin BN lain iaitu Ketua Perhubungan, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Penerangan Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid.
Apapun, Mukhriz tidak cepat melatah seperti sesetengah pemimpin lain yang pastinya beria-ia mahukan jawatan itu apatah lagi jika ada kajian menunjukkan mereka layak memegang sesuatu jawatan.
Mukhriz nampaknya ambil pendekatan ‘cool’ berdepan hasil kajian itu.
“Saya bukan jenis berharap, bukan jenis syok sendiri atau suka mengampu,” itu kata Mukhriz cuba memberi gambaran kepada petugas media yang hadir majlis berbuka puasa di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur yang dianjurkannya, Khamis malam yang pasti mahu tahu jawapan beliau berhubung kajian tersebut.
Katanya, beliau percaya pada hikmah dan ada masanya berita tidak baik ada hikmahnya.
Jelas sekali Mukhriz merujuk laporan-laporan negatif portal pro pembangkang yang menggambarkan beliau ‘kaki’ perempuan, arak dan macam-macam ‘kaki’ lagi dan tidak layak sebagai Menteri Besar.
Beliau bagaimanapun berharap kajian yang terlalu mendalam itu diteruskan kerana dapat membantu kerajaan ataupun BN melaksanakan perubahan politik di Kedah.
Ternyata, Mukhriz terus menyembunyikan jawapan yang diharap wartawan di majlis itu kerana beliau tahu, kuasa melantik Menteri Besar ditangan Perdana Menteri.
Mukhriz menekankan bahawa beliau ikhlas dengan amanah diberikan Najib.
Terdahulu ketika bercakap kepada media yang ‘jolok’ beliau isu sama,Muhkriz menegaskan, “ memang sejak dulu lagi saya sedia bantu BN tawan semula Kedah dalam apa kapsiti sekalipun,”.
“Bertanding parlimen ke, DUN ke atau tidak bertanding langsung, saya tetap berusaha untuk memenangkan Kedah. Tiada orang yang boleh ragui tujuan saya ini,”.
Beliau juga menegaskan, PAS bukan lagi masalah di Kedah kerana sudah berlaku perpecahan dikalangan mereka dalam parti kerana perebutan kerusi menjelang pilihan raya akan datang.
Katanya, ini berpunca keputusan PAS tidak membenarkan orang luar bertanding di Kedah ataupun Kelantan menyebabkan agak ‘padat’ calon-calon tempatan yang mahu bertanding.
“Kita menanti senarai calon-calon mereka kerana kita tahu tidak ada persefahaman antara PAS negeri dan Pusat. Ada maklumat pemimpin dan ahli PAS Kedah sendiri kecewa dengan pimpinan kerajaan negeri sekarang,” ujarnnya.
Mukhirz yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah menjelaskan, BN tidak mahu ‘jaga tepi kain PAS’ sebaliknya bertumpu menguatkan jentera BN bagi memastikan dapat menawan semula negeri itu.
Justeru itu, pesan beliau, jika betul-betul nak menang syarat paling utama adalah perpaduan.
“Jika tak bersatu, jangan mimpilah nak menang. Itu realiti. Kalau kita masih simpan dendam, ada lagi amalan ‘cah keting atau sepak betis,kita akan gagal dalam perjuangan. Masa itu menyesal tak sudah,”katanya. – 2/8/2012- OLEH ROSLAN BIAN
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







