Rab05162012

Kemaskini terakhir06:09:10 AM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Elak salahguna kuasa: Sumbangan politik perlu masuk akuan parti - Najib

Elak salahguna kuasa: Sumbangan politik perlu masuk akuan parti - Najib

  • PDF

najib-sprm2Bagi mengawal “pembiayaan politik”, kerajaan akan memperkenalkan inisiatif yang menetapkan setiap sumbangan yang diberikan kepada mana-mana parti politik sama ada di peringkat pusat mahupun negeri hendaklah melalui akaun rasmi parti.


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan peribadi.


Najib berkata demikian ketika melancarkan program Pegawai Intergriti Bertauliah (SPRM) di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) petang Isnin. Turut hadir dalam program berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dato Sri Abu Kassim Mohamad.


"Bagi Pihak Kerajaan, saya menganggap isu ini amat penting kerana jika tiada suatu dasar yang tepat, telus dan jelas mengenainya maka ia boleh membuka ruang dan peluang kepada perlakuan rasuah.


“Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti. Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan.


“Kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi dan manfaat kepada sumbangan dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti dan seterusnya rakyat,” katanya.

najib-sprm3


Najib juga bersetuju dengan pandangan Lembaga Penasihat SPRM supaya ditubuhkan satu Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah bagi memperlihatkan kebebasan agensi itu. Suruhanjaya berkenaan akan diberi kuasa untuk melantik dan memecat anggota SPRM.


“Buat masa ini semua proses perlantikan dan pemecatan pegawai-pegawai SPRM dibuat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sekiranya Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah terbentuk sebagaimana Suruhanjaya Polis dan Suruhanjaya Pendidikan, maka SPRM boleh menapis, menemuduga, melantik dan memecat anggotanya sendiri.


“SPRM amat memerlukan badan khusus dalam pemilihan berdasarkan kualiti dan kredibiliti calon bagi melaksanakan tugas yang memerlukan kepakaran tertentu,” katanya.


Bagaimanapun, Najib berkata, perkara itu memerlukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.


“InsyaAllah, sekiranya Barisan Nasional diberikan mandat dua pertiga dalam PRU ke-13 akan datang, pindaan perlembagaan sewajarnya akan dibuat,” katanya.


Dalam ucapannya juga, Najib menekankan bahawa SPRM bergerak tanpa gangguan dari mana-mana pihak.


“Tidak ada sesiapapun yang boleh mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk menyiasat atau menghentikan siasatan ke atas mana-mana individu. Justeru, tohmahan yang mengatakan SPRM mengikut telunjuk dan tunduk kepada Kerajaan adalah tidak benar sama sekali,” katanya.


Perdana Menteri turut menyelar golongan yang mempolitikkan isu rasuah dan SPRM untuk menjatuhkan seseorang.  Katanya, rasuah tiada kaitan dengan fahaman politik, kepartian, status, kedudukan mahupun bangsa seseorang dan sesiapa yang terbukti bersalah wajar menerima hukuman.


“It’s as simple as that. Sebaliknya jika seseorang itu dituduh rasuah tanpa sebarang asas, malah tuduhan liar itu digunakan untuk character assassination tanpa sebarang bukti, ia juga kesalahan besar. Justeru, janganlah kita menggunakan rasuah sebagai senjata untuk menjatuhkan seseorang.


“Jika rasuah dan tindakan SPRM dipolitikkan, ia akan membawa kepada natijah yang amat besar dan buruk. Janglah kita babitkan SPRM  ke dalam kancah politik. Agensi ini bukan parti politik. Mereka bertindak berlandaskan undang-undang dan bebas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab,” katanya.


Perdana Menteri turut mengumumkan dalam usaha membasmi rasuah, kerajaan bersetuju menambah 150 jawatan SPRM setiap tahun sehingga jumlahnya mencecah kepada 5,000.


Berhubung langkah pengisytiharan harta yang dicadangkan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Najib berkata, Kerajaan Barisan Nasional telah mengamalkan proses itu jauh lebih awal berbanding dengan yang lain.


“Setiap anggota pentadbiran diwajibkan mengisytiharkan harta diri dan keluarga terdekat kepada Perdana Menteri. Setiap tambahan atau perlupusan harta wajib juga diisytiharkan.


“Pada hari ini saya menyahut seruan Lembaga Penasihat SPRM dan bersetuju agar Ketua Pesuruhjaya SPRM mempunyai akses penuh kepada dokumen pengisytiharan harga mana-mana anggota pentadbiran,” katanya. – 27/02/12 -OLEH NOOR HASILAH ISMAIL.


IKLAN

Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.