Tak lama lagi...pada 11 September ini kita akan tahu apa ceritanya mengenai cadangan kerajaan hendak merombak sistem pendidikan negara untuk menjadikannya lebih 'umphhh'.
Rombakan berkenaan dibawah pelan transformasi pendidikan yang sedang diusahakan Kementerian Pelajaran dikatakan akan melakar satu sejarah baru bagi negara.
Pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di PWTC,Kuala Lumpur petang Jumaat Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran telah memberi penerangan khas kepada pimpinan tertinggi Umno mengenainya.
Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Majlis tertinggu Umno telah menyatakan sokongan penuh kepada pelan transformasi pendidikan itu.
Katanya sokongan sama sebelum ini sudah dinyatakan oleh kabinet .
Katanya rombakan sistem pendidikan itu adalah bertujuan untuk mencapai satu lonjakan luar biasa dalam bidang pendidikan negara.
Beliau berkata satu bengkel khas untuk membincangkan mengenai cadangan pelan transformasi diadakan pagi tadi dan penerangan mengenainya dibuat oleh Muhyiddin.
"Di sini saya nyatakan bahawa MT menyokong penuh untuk kerajaan buat rombakan pada sistem pendidikan negara," katanya.
Najib berkata butiran lanjut mengenai pelan transformasi itu akan diumumkan pada 11 Sept depan.
Dalam melaksanakan kajian semula sistem pendidikan kebangsaan, Kementerian Pelajaran mengadakan pelbagai siri Dialog Pendidikan Nasional sejak April lepas yang bertujuan mendapatkan pandangan masyarakat mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan kerajaan bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Pada 21 Julai lepas, ketika merasmikan Kolej Perubatan dan Sains Antarabangsa Pusrawi, Muhyiddin berkata laporan awal mengenai kajian semula sistem pendidikan kebangsaan akan disiapkan bulan ini dan kandungannya akan diumum untuk mendapatkan maklum balas orang ramai sebelum satu rangka tindakan akhir disediakan oleh Kementerian Pelajaran.-3/8/2012
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







