Kha05232013

Kemaskini terakhir08:42:08 AM GMT

Back Berita Utama Nasional

Nasional

Polis tubuh jabatan baru tumpu cegah jenayah

  • PDF
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan Jabatan Pencegahan Jenayah yang baru diketuai seorang pengarah di Bukit Aman serta di peringkat kontinjen dan setiap daerah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, jabatan baru itu memberi tumpuan khusus terhadap langkah dan usaha pencegahan jenayah.

Beliau berkata, ia selaras dengan matlamat sifar toleransi terhadap jenayah.

"Kami berharap untuk menubuhkan jabatan baru itu dalam bulan ini," katanya.

Menurut beliau langkah itu juga sejajar dengan kehendak masyarakat yang mahukan polis berperanan lebih efektif, selain membantu menurunkan indeks jenayah.

Dalam wawancara pertamanya bersama media di Bukit Aman selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri...

Baca Lagi...

Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah

  • PDF
Mengembangkan infrastuktur komunikasi dan caj internet lebih murah antara fokus utama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, bagi memastikan pendemokrasian komunikasi di kalangan rakyat di negara ini.

Beliau berkata perbincangan awal mendapati pengurangan caj boleh dilakukan yang dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak termasuk peniaga kecil dan untuk itu kajian mengenai perbandingan caj dengan negara-negara lain akan dilakukan.

"Kemudahan komunikasi sudah...

Baca Lagi...

Betul cakap Anwar macam-macam boleh jadi di negara ini...

  • PDF
Datuk Seri...Datuk Seri kata BN menang PRU 13 sebab menipu dengan SPR.

Sekarang pembangkang dah kalah, kenapa Datuk Seri tak bersara lagi.

Sebelum ini kata, kalau kalah nak  bersara dan  jadi pensyarah di luar negara. Sekarang siapa yang tipu?

Bayangkan, kalaulah boleh soalan itu ditanya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, tentu ramai nak tahu jawapannya.

Namun, tidak mungkin soalan mudah itu mahu dijawab Anwar kalau Agendadaily, Utusan dan TV3 yang bertanya.

Maklumlah, beliau selalu...

Baca Lagi...

Kerajaan Kedah tak benarkan stadium diguna untuk perhimpunan pembangkang

  • PDF
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.

Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.

 
"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta...

Baca Lagi...

Najib tekankan kepentingan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan

  • PDF
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis menekankan peri pentingnya soal ketelusan dalam pentadbiran kerajaan, kerana aspek inilah yang dieksploitasi dan digembar-gembur oleh pembangkang tanpa mengira sama ada ia bersandarkan kepada realiti atau persepsi.

Beliau berkata ketika ini pembangkang nampaknya tahu bagaimana persepsi boleh mengatasi realiti.

Katanya dalam mesyuarat khas jemaah menteri yang dipengerusikan beliau buat kali pertama Khamis selepas PRU-13, beliau meminta supaya...

Baca Lagi...

Majlis angkat sumpah Exco Perak Sabtu

  • PDF
Menteri Besar Perak mengesahkan majlis mengangkat sumpah barisan EXCO kerajaan negeri diadakan Sabtu ini di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr.Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.


Dengan erti kata lain, Perak merupakan salah satu negeri yang agak lambat mengumumkan barisan EXCO serta majlis mengangkat sumpah berbanding beberapa negeri termasuk Selangor dan Kedah.


Untuk rekod Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir merupakan Menteri Besar pertama mengangkat sumpah di hadapan Pemangku...

Baca Lagi...

Khalid Abu Bakar,Ketua Polis Negara baru

  • PDF
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa 17 Mei mengantikan Tan Sri Ismail Omar yang bersara.

Satu kenyataan kenyataan Pejabat Perdana Menteri petang Selasa juga mengumumkan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin pula menggantikan tempat Khalid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Khalid bin Abu Bakar, 56 tahun, dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau berkelulusan Ijazah...

Baca Lagi...

Ops Daulat: Wanita didakwa lindungi pengganas Kiram

  • PDF
Seorang wanita warga tempatan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup setelah didakwa melindungi pengganas.

Norhaida Ibnahi, 46, didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi yang bersidang khas secara tertutup di Penjara Tawau hari ini.

Norhaida, tertuduh wanita pertama dalam kes ini, didakwa melindungi sekumpulan pengganas di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Melor, Bugaya, Semporna dari 9 Feb hingga 22 Mac lalu.

Dalam prosiding itu juga, seorang lagi warga tempatan...

Baca Lagi...

Teksi bandar boleh operasi di KLIA mulai 15 Mei

  • PDF
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, pada Isnin mengumumkan, bermula 15 Mei, teksi bandar dibenarkan menghantar dan mengambil penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, menerusi perkhidmatan sistem dua peringkat, teksi bandar dibenar beroperasi di aras satu bangunan Terminal Utama KLIA, manakala teksi limosin kekal beroperasi di aras tiga.

Pada majlis taklimat khas kepada media di KLIA, Isnin, Syed Hamid berkata, SPAD...

Baca Lagi...

Kumpulan The Fingers juara Sentuhan Ikon 2013

  • PDF
Ahad malam,Panggung Anniversary di Taman Tasik Perdana,Kuala Lumpur meriah sakan.Ini kali pertama satu rancangan realiti televisyen mengadakan pertandingan akhir lokasi open air di situ.

'Sentuhan Ikon 2013'ialah program realiti mencungkil bakat baharu dalam industri hiburan tanah air menerusi battle of the band.Ia  program ditaja oleh Felda, RTM dan Marhaen Productions.

Sejak ia bermula pada 16 Februari lalu sebanyak 18 kumpulan terpilih berentap pada pembuka tirai.Daripada jumlah itu...

Baca Lagi...

Polis Perak tolak permohonan pembangkang berhimpun di Ipoh Ahad

  • PDF
Selepas Selangor, Perak menjadi destinasi kedua pembangkang mengadakan  Perhimpunan Bantah 505 di Medan Istana, Ipoh esok (Ahad).

Kemuncak kepada perhimpunan itu ialah ucapan bos utama pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerana cita-cita nak menawan Putrajaya tak kesampaian, Anwar berjanji untuk mengadakan perhimpunan disetiap negeri membantah keputusan pilihanraya ke 13.

Perhimpunan sulong di Kelana Jaya baru-baru ini yang dihadiri 50,000 orang disifatkan pihak polis sebagai...

Baca Lagi...

Poster PM dicomotkan dengan cat hitam di Ipoh pula

  • PDF
Kalau di Singapura mereka yang menconteng gambar Perdana Menterinya akan berdepan hukuman paling keras atau dengan lain kata tiada maaf bagi puak-puak berhati jahat ini.

Makhluk perosak ini akan dicari dan dijejaki  sehingga sampai ke lubang cacing sebelum dihadapkan ke mahkamah dan dihukum dengan hukuman yang setimpal.

Kalau tak silap bagi banyak negara perbuatan begini bolehlah dikategorikan sebagai satu-satunya kesalahan besar serta boleh dihukum dengan hukuman yang berat.

Di Thailand...

Baca Lagi...

Ahmad Said kekal MB, Najib jumpa semua ADUN BN Terengganu

  • PDF
Pengerusi BN Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dilantik semula sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua.

Ahmad, 56, berkata beliau telah menerima surat pelantikan itu hari ini yang telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

"Saya telahpun menghadap tuanku sebentar tadi, saya telah menerima surat pelantikan dengan persetujuan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu presiden parti (UMNO dan pengerusi BN) yang melantik saya sebagai Menteri...

Baca Lagi...

Khaled Nordin mengadap Sultan Johor

  • PDF
ADUN Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bagi membincangkan tarikh majlis angkat sumpah dan senarai Exco Kerajaan Johor yang baru.

Pertemuan itu bagai mengesahkan desas desus sebelum ini, bahawa Khaled akan dilantik menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman sebagai Menteri Besar Johor ke-14.

Khaled dilihat memasuki Istana Pasir Pelangi pada jam 2.50 petang sebelum keluar kira-kira sejam kemudian sambil diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri...

Baca Lagi...

Shahrir saran Soi Lek letak jawatan

  • PDF
Suara tidak puashati kerana ‘tsunami masyarakat Cina’ dalam pilihan raya umum kali ini yang membuktikan kaum terbabit menyokong pembangkang semakin sukar disekat.

Dari satu sudut, itu hak mereka undi memilih mana-mana pemimpin atau parti yang boleh mewakili kehendak mereka tapi dalam Barisan Nasional (BN) – MCA dilihat gagal menyakinkan kaum Cina menyokong kerajaan walaupun pelbagai insentif sudah diberikan.

Kegagalan MCA mencapai sasaran kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri...

Baca Lagi...

Kerajaan BN sedia dengar suara, nasihat, teguran rakyat - Muhyiddin

  • PDF
Mengambil semangat kebertanggungjawaban sebagai kerajaan yang dipilih rakyat, Barisan Nasional (BN) akan sentiasa bersedia mendengar suara rakyat dan menerima sebarang bentuk nasihat serta teguran dalam memberikan khidmat terbaik kepada mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.Timbalan Pengerusi BN itu berkata, mandat yang diberikan rakyat untuk terus menerajui negara adalah satu amanah besar yang mesti dilaksanakan dengan sempurna.

"Kita telah membuat satu aku janji kepada rakyat dalam...

Baca Lagi...

Muhyiddin minta KPN siasat tujuan bendera kecil dipacak

  • PDF
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar diminta menyiasat dakwaan yang mengatakan bendera-bendera kecil yang dipacak di ibu negara adalah sebagai tanda tempat untuk pembangkang memulakan demontrasi sekiranya mereka kalah pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pihak berkuasa akan menyiasat laporan yang disiarkan beberapa laman blog selain maklumat yang disebar melalui SMS berhubung perkara itu.

"Ada laporan di laman blog dan SMS yang...

Baca Lagi...

Husam berani sumpah depan kanak-kanak, tak berani jalani ujian poligraf

  • PDF
Ahad lalu, blogger Kickdafella pada satu sidang media telah cabar Datuk Husam Musa untuk jalani ujian poligraf bersamanya untuk buktikan siapa yang berbohong dalam beberapa isu yang berkait dengan Naib Presiden PAS itu.

Maka pada Khamis, Kickdafella bersama sekumpulan wartawan menunggu di Kelab Tasik Putrajaya, tetapi Husam langsung tak muncul untuk menyahut cabaran itu. Kickdafella sudah siap bawa seorang pakar poligraf.

Setelah sejam menunggu Husam tak muncul, Kickdafella atau nama...

Baca Lagi...

23 tahun...PAS gagal segagal-gagalnya di Kelantan - Muhyiddin

  • PDF
Selepas PAS menerajui negeri Kelantan selama 23 tahun, ianya telah gagal segagal-gagalnya dan kini sudah sampai masa ketikanya menjadi perjuangan sangat penting bagi rakyat Kelantan untuk menebus serta mengembalikan pemerintahan negeri Kelantan kepada UMNO/Barisan Nasional (BN).

Ini adalah bertujuan untuk membolehkan seluruh rakyat Kelantan lebih maju selari dengan arus perdana pembangunan negara yang pesat berlaku dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Demikian...

Baca Lagi...

BN tidak goyah susulan pelbagai tohmahan, fitnah - Muhyiddin

  • PDF
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menegaskan Barisan Nasional (BN) tidak goyah dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan pakatan rakyat pada hari-hari terakhir menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad ini.

Menurut Muhyiddin, tindakan yang disifatkan sebagai 'desperado' itu merupakan satu usaha untuk menggagalkan hasrat rakyat untuk melihat BN terus menerajui kepimpinan negara.

"Semakin dekat 5 haribulan (Mei), pelbagai tohmahan, fitnah dan bidaah dilemparkan kepada...

Baca Lagi...

PAS sanggup ketepi asas perjuangan demi kerjasama dengan DAP, Kata Muhyiddin

  • PDF
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak PAS yang sanggup mengenepikan matlamat dan asas perjuangan mereka semata-mata untuk bekerjasama dengan DAP.

Katanya beliau terkejut apabila PAS sanggup mengatakan perbezaan dalam beberapa isu dengan DAP hanya lima peratus iaitu soal menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

"Jadi kita hairan kenapa pemimpin PAS merendahkan martabat mereka apabila berjumpa sekutu mereka. Begitu merendahkan kepentingan soal negara Islam dan...

Baca Lagi...