Sab05252013

Kemaskini terakhir05:20:42 PM GMT

Back Berita Utama Nasional MAS, MASwings dan Firefly tawar diskaun tiket penerbangan untuk pemegang KADS1M

MAS, MASwings dan Firefly tawar diskaun tiket penerbangan untuk pemegang KADS1M

  • PDF
muh100Tiga syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines (MAS), MASwings dan Firefly akan menyertai program Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) dan menawarkan diskaun tiket penerbangan kepada pelajar institusi pengajian awam dan swasta (IPT) yang merupakan pemegang KADS1M.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata MAS dan MASwings akan memberi diskaun 25 peratus daripada harga tiket penerbangan dalam negara dari 1 Sept hingga 31 Dis tahun ini, manakala selepas tempoh pelancaran tersebut, diskaun sebanyak 15 peratus daripada harga tiket penerbangan dalam negara akan diberi.

Katanya pemegang KADS1M juga akan diberi tambahan had muatan bagasi sebanyak 10 kilogram bagi penerbangan dalam negara.

"Di samping itu juga, ibu bapa pelajar IPT akan menikmati diskaun 10 peratus daripada harga tiket penerbangan dalam negara untuk menghadiri majlis induksi dan majlis konvokesyen," kata beliau dalam kenyataan.

Beliau berkata kesemua pemegang KADS1M juga dapat menyertai program Enrich GRADS Frequent Flyer secara percuma.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata syarikat penerbangan Firefly pula akan menawarkan diskaun 50 peratus daripada harga tiket penerbagan kelas ekonomi dalam negara kepada pemegang KADS1M dan had muatan bagasi percuma sebanyak 20 kilogram bagi penerbangan kelas ekonomi dalam negara.

Pemegang kad juga akan menerima makanan dan minuman percuma semasa penerbangan.

"Firefly telah setuju untuk memberi kesemua diskaun ini selama setahun bermula 7 Ogos tahun ini," katanya.

Para siswa, katanya hanya perlu menunjukkan KADS1M bersama kad pelajar atau kad pengenalan bagi mendapatkan diskaun yang ditawarkan oleh MAS, MASwings dan Firefly.-18/8/2012


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.