Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu menggesa pihak swasta agar bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha meningkatkan penubuhan lebih banyak prasekolah di negara ini.
Beliau berkata usaha memperluaskan akses pendidikan tidak seharusnya diletakkan di atas bahu kerajaan sahaja sebaliknya usahasama antara kerajaan dan swasta perlu ditingkatkan.
"Kerajaan akan menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepada pihak swasta yang berminat seperti menyediakan bantuan geran, bantuan yuran murid dan memberi latihan kepada guru-guru prasekolah swasta.
"Usaha-usaha ini diharap dapat meningkatkan penubuhan prasekolah swasta di samping memastikan penyampaian pendidikan yang berkualiti dan memenuhi aspirasi ibu bapa dan masyarakat," katanya pada majjlis pemberian geran permulaan prasekolah swasta di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan di Putrajaya Rabu.
Bernama melaporkan pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyerahkan geran RM10,000 kepada 70 daripada 220 prasekolah yang memenuhi syarat kelayakan.
Beliau berkata dalam perancangan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0, peranan swasta dalam menyediakan kemudahan prasekolah akan diberikan lebih tumpuan dan usaha akan dilipat-gandakan.
"Kami sedar bahawa tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan masa depan anak-anak kita.
"Kerajaan akan sentiasa membantu, namun pihak yang bertanggungjawab hendaklah sentiasa berusaha untuk memajukan dirinya...anggaplah pemberian geran ini sebagai satu tanggungjawab atau amanah untuk mencorakkan masa depan anak-anak kita," katanya.
Muhyiddin berkata sejak dua tahun lepas, kerajaan memperkenalkan pemberian geran permulaan dalam bentuk kewangan sebagai galakan kepada penubuhan prasekolah oleh pihak swasta yang baru beroperasi serta memenuhi kriteria yang ditetapkan.
"Geran permulaan ini diharap akan membantu pengusaha baru prasekolah membuka lebih banyak prasekolah terutama di kawasan miskin bandar dan luar bandar," katanya.
Muhyiddin berkata pendidikan awal kanak-kanak dijadikan satu daripada sub NKRA dalam bidang pendidikan dalam tempoh GTP 1.0 (2010-2012) dan diteruskan dalam GTP 2.0 (2013-2015) dengan penambahbaikan dan menekankan aspek kualiti di samping meluaskan akses terutama di tempat-tempat yang belum mempunyai kemudahan pendidikan prasekolah.
"Dalam sub NKRA, sasaran utama adalah untuk meningkatkan kadar enrolmen kanak-kanak prasekolah yang berumur 4+ dan 5+ tahun dari 69 peratus pada akhir tahun 2009 kepada 87 peratus menjelang tahun ini dengan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan miskin bandar, luar bandar dan pedalaman.
"Saya juga menyeru pihak pengusaha prasekolah terutama prasekolah swasta memberi maklumat enrolmen murid-murid prasekolah kepada Kementerian Pelajaran. Maklumat ini sangat penting untuk mendapatkan status sebenar bagi kegunaan perancangan pembangunan dan peluasan prasekolah di masa depan," katanya.
Muhyiddin berkata kini Kementerian Pelajaran, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan pihak swasta yang menyediakan pendidikan prasekolah di negara ini.
Berdasarkan statistik, beliau berkata Kementerian Pelajaran menyediakan 8,671 kelas prasekolah, Kemas (10,966), JPNIN (1,731) dan prasekolah swasta yang berdaftar ialah 7,591.-8/8/2012
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







