Sel05212013

Kemaskini terakhir08:50:25 PM GMT

Back Berita Utama Nasional Najib lancar Pelan Induk PKS

Najib lancar Pelan Induk PKS

  • PDF

najibDatuk Seri Najib Razak sebentar tadi melancarkan Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) sebagai `game changer' bagi melonjakkan sumbangannya kepada ekonomi dan membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti dan pertumbuhan dipacu oleh inovasi.

Bernama melaporkan Perdana Menteri berkata, pelan induk itu juga akan melakarkan hala tuju dengan menyasarkan peningkatan sumbangan PKS kepada KDNK daripada 32 peratus pada 2010 kepada 41 peratus pada 2020.

Katanya, ini memerlukan satu lonjakan berganda dalam pertubuhan PKS yang akan tercapai menerusi enam program berimpak tinggi dan pelengkap yang lain serta menyarankan 32 inisiatif.

"Inisiatif ini dijangka mencapai empat matlamat utama Pelan Induk PKS iaitu meningkatkan pertumbuhan perniagaan, menambah bilangan syarikat mempunyai pertumbuhan tinggi dan berinovasi, meningkatkan produktiviti dan mempergiatkan formalisasi perniagaan," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan PKS kebangsaan dan pelancaran Pelan Induk PKS di Putrajaya.-12/7/2012


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.