Isn05202013

Kemaskini terakhir07:39:20 PM GMT

Back Berita Utama Nasional Prestasi tiga UTC amat membanggakan - Ahmad Husni

Prestasi tiga UTC amat membanggakan - Ahmad Husni

  • PDF

utcperak1xxPrestasi ketiga-tiga Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Melaka, Kuala Lumpur (Pudu Sentral) dan di Ipoh amat membanggakan sejak dibuka apabila ia menjadi tumpuan ramai orang bagi mendapat pelbagai perkhidmatan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata ini terbukti melalui jumlah kunjungan bulanan pelawat ke pusat itu dengan UTC Perak mencatat 68,000 orang, UTC Melaka lebih 30,000 orang dan UTC Pudu Sentral dikunjungi lebih 100,000 orang.

Beliau berkata kejayaan itu berdasarkan perancangan teliti yang dijalankan kerajaan dan akan membangunkan 10 lagi UTC di setiap ibu negeri sebelum akhir tahun ini.

"Tahun ini kita rancang untuk wujudkan 10 UTC lagi di semua ibu negeri yang belum ada. Kita juga merancang wujudkan UTC mini seperti yang dimulakan di Sentul, Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Sumbangan Veteran ATM Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) bagi Parlimen Tambun di Ipoh Sabtu.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata kerajaan mungkin akan mewujudkan UTC mini di Taiping yang akan berperanan sebagai Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

Kerajaan juga katanya telah mengenal pasti bangunan bagi UTC Kuantan (Pahang), Johor, Sabah dan Kedah.

Mengikut Laporan Ekonomi 2012/2013 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, penubuhan RTC dan UTC di bawah Program Transformasi Komuniti mempunyai potensi tidak terhad dan rakyat harus menggunakannya untuk meningkatkan pendapatan, sama ada di bandar mahupun luar bandar.-16/2/2013


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.