Rab05222013

Kemaskini terakhir01:35:14 PM GMT

Back Berita Utama Politik

Politik

Abu Zahar angkat sumpah Yang Dipertua Dewan Negara penggal kedua

  • PDF
Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara bagi penggal kedua.

Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Doris Sophia Brodi di bangunan Parlimen.

Abu Zahar, 69, bekas presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) dilantik semula sebagai anggota Dewan Negara berkuat kuasa 26 April lepas setelah tempoh penggal pertamanya berakhir sehari sebelum itu.

Abu Zahar pada 26 April 2010 dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-16 menggantikan Datuk Wong Foon Meng yang tamat perkhidmatan pada 12 April 2010.

Bernama melaporkan, Abu Zahar melahirkan rasa bersyukur atas pelantikan itu dan berazam melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang bakal dipikul...

Baca Lagi...

Pesta 'kegilaan' himpunan orang kecewa...

  • PDF
Himpunan membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 anjuran pembangkang tidak mencerminkan demokrasi kerana mereka sebenarnya membantah keputusan majoriti rakyat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sebaliknya kata beliau, perhimpunan itu hanya satu pesta 'kegilaan' orang kecewa yang tidak dapat menerima kekalahan dan mesti dihentikan.

"Bagi saya ia sangat berbahaya kerana itu bukan demokrasi.

"Demokrasi ialah penerimaan dan menerima keputusan yang telah...

Baca Lagi...

Jusuf Kalla patut pujuk Anwar berubat, bertaubat

  • PDF
Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla seharusnya memujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat dan mendapatkan rawatan berhubung segala isu moral yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, perkara itu perlu diberi keutamaan dalam usaha Jusuf merintis usaha mendamaikan perseteruan politik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Anwar.

Berikut kenyataan penuh Ezam:

Kita hormati niat ikhlas Jusuf atas semangat saudara...

Baca Lagi...

BN boleh pikat semula pengundi bandar - Khairy Jamaluddin

  • PDF
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata sebilangan pengundi bandar yang memilih pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh ditarik semula untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda UMNO, berkata usaha itu boleh dilakukan dengan menangani isu-isu yang dekat dengan hati mereka.

"Keputusan pilihan raya bukan satu bencana kepada kita (BN). Kita hanya perlu menangani beberapa isu seperti mengapa beberapa pengundi bandar tidak...

Baca Lagi...

Ahmad Bashah dari ADUN ke Kabinet...

  • PDF
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersedia berkhidmat di peringkat persekutuan selepas sekian lama berbakti di negeri Kedah.

Baginya pelantikan tersebut merupakan satu amanah besar yang diberi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Bashah berkata walaupun pertama kali memegang jawatan Timbalan Menteri dan diberikan portfolio yang baharu, baginya tanggungjawab itu harus dipikul...

Baca Lagi...