
Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam kedudukan terbaik sejak 2008 berikutan mendapat isyarat kuat daripada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata respons kerajaan BN terhadap rakyat berubah selepas PRU 2008, menyebabkan sokongan rakyat kepada BN meningkat mendadak akhir-akhir ini.
"Kerajaan pusat sentiasa memperbaiki kelemahan termasuk turun ke bawah menemui rakyat untuk menyelesaikan masalah. Sikap ini berbeza dengan pembangkang yang lebih banyak berjanji.
"Inisiatif kerajaan pusat ini menghasilkan perubahan luar biasa dan tindak balas rakyat yang kembali menyokong BN," katanya sewaktu berucap pada Himpunan Rakyat 1Malaysia dan melancarkan Gelombang Biru peringkat negeri Kedah di padang Awam Taman Ria Jaya Sabtu malam.
Beliau dalam rangka lawatan kerja sehari ke Kedah diiringi isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman. Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah serta timbalannya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan pemimpin komponen BN dari seluruh negara.
Bernama melaporkan Muhyiddin berkata pembangkang sentiasa bercita-cita hendak menumbangkan BN tanpa mempedulikan semua yang dilaksanakan parti komponen itu adalah baik untuk negara dan rakyat.
"Mereka sanggup memutarbelitkan isu dan membohongi rakyat termasuk memfitnah kerajaan BN tidak menjaga kebajikan rakyat, menzalimi rakyat dan membiarkan harga barangan naik.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil ini sebagai cabaran dan tidak pernah berdiam diri, dan melaksanakan tindakan-tindakan wajar menangani setiap rungutan rakyat," katanya.
Beliau berkata Malaysia satu-satunya negara di dunia yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat.
"(Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim kata kerajaan tidak beri perlindungan kepada rakyat. Ini lagi satu pembohongan.
"Malaysia satu-satunya negara di dunia yang membuat kawalan harga barangan. Amerika Syarikat dan Thailand, contohnya, tidak melakukannya atas dasar pasaran bebas," katanya di depan lebih 30,000 orang.
Sementara itu,bagi pemimpin-pemimpin BN Kedah, parti pembangkang tidak boleh diberi peluang untuk mentadbir negara ini kerana mereka gagal menunaikan janji-janji mereka pada pilihan raya umum lepas dan sebalik mereka lebih suka menabur fitnah terhadap Barisan Nasional (BN).
Justeru itu, rakyat diminta agar tidak mudah terpengaruh dengan tohmahan dan dakwaan yang dilempartkan oleh pemimpin pakatan pembangkang khususnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata rakyat Kedah tidak perlu ragu-ragu untuk bersama-sama kepimpinan BN jika tidak mahu masa depan negara tergadai di tangan pembangkang.
Naib Presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung berkata mandat selama lebih empat tahun yang diberikan oleh rakyat kepada pembangkang di Kedah adalah satu peluang sementara dan BN akan kembali mentadbir negeri itu selepas PRU ke-13.
Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan berkata sikap toleransi masyarakat pelbagai kaum dan kewibawaan pemimpin BN menjadi antara faktor Malaysia mencapai kejayaan dan kemajuan dalam tempoh singkat berbanding negara maju yang lain.
Naib Presiden Gerakan Datuk Dr Teng Hock Nan dalam ucapannya berkata negara yang rakyatnya hidup dalam keadaan makmur dan bersatu boleh hancur dalam tempoh sehari jika tidak dijaga dengan baik dan mendengar dakwaan negatif pembangkang.
Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata pemimpin pakatan pembangkang tidak menepati janji mereka kepada rakyat dan hanya mementingkan kuasa.-16/2/2013
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







