Rab06192013

Kemaskini terakhir08:43:34 PM GMT

Back Berita Utama Politik Kes pijak gambar dan bendera di Janji Bersih sudah ditangan Peguam Negara

Kes pijak gambar dan bendera di Janji Bersih sudah ditangan Peguam Negara

  • PDF

bersih-bendera2-513Kata putusnya kini ditangan Peguam Negara. Itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai perkembangan terbaru kes pijak dan menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara serta mengibar bendera 'Sang Saka Malaya' oleh peserta himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka malam 30 Ogos lalu.

Bercakap kepada wartawan  selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibupejabat UMNO di PWTC,Kuala Lumpur Khamis beliau memberitahu kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan kepada Peguam Negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata terserah kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan lanjut sewajarnya.

Menurut beliau tugas polis menyiasat sudah selesai.

“Kita kena faham proses dimana pihak polis menyiasat dan Peguam Negara mendakwa dan mahkamah menentukan perbicaraan dan menghukum”,katanya.

Sebelum itu menjawab soalan wartawan mengenai insiden biadap itu semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perbuatan ubah bendera sesuatu yang sangat terkutuk.

“Ia satu perbuatan yang tidak boleh diterima samasekali oleh rakyat Malaysia,”tegasnya.

Beliau berkata ini kerana bendera berkait rapat dengan maruah dan kedaulatan negara dan tidak boleh dipermainkan.

“Ini maruah kita..kita kutuk sekeras-kerasnya mereka yang terlibat dalam perbuatan itu,”katanya-20/9/2012 – OLEH LUKMAN ABDULLAH


IKLAN

PERKONGSIAN FOREX & PERKHIDMATAN TRADING SECARA AUTOTRADE

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.