Kha06202013

Kemaskini terakhir08:43:34 PM GMT

Back Berita Utama Politik Uncle Seekers bebas...

Uncle Seekers bebas...

  • PDF

uncleseeker300KEMASKINI Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, AKA Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya pada Sabtu..

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara tersebut Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada 12.55 tengah hari.

Beliau sebelum ini ditahan 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai.

Dia kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret Nusajaya..

Sebelum itu, Syed Abdullah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya  www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.

Mohd Akhir berkata kertas siasatan terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang  menunggu tindakan susulan daripada mahkamah.

Polis juga, katanya masih menunggu keputusan ujian air kencing Syed Abdullah bagi kesalahan mengambil dadah.

Teman wanita Syed Abdullah yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, telah turut dibebaskan.

Bekas pengurus peribadi Syed Abdullah dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga hari ini.-14/7/2012




Pengurus Uncle Seekers kena tahan bantu siasatan

Seorang lelaki dipercayai pengurus peribadi pengkaji paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau Uncle Seekers bersama rakan wanitanya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kenyataan memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Jurucakap Polis Johor berkata, lelaki berusia 39 tahun manakala rakan wanitanya berusia 27 tahun ditahan di sebuah pusat membeli belah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kira-kira jam 9.30 malam semalam.-13/7/2012


OSA dah selesai, Uncle Seekers kena tahan reman bawah Akta Hasutan pulak...

Blogger Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas hari ini direman lagi tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penulisan di blognya  www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim, selepas tempoh remannya berakhir semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan semula sejurus dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 7 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Katanya dia ditahan semula untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berumur 34 tahun, 4 Julai lepas.

Polis pada Khamis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk meremannya selama tiga hari sehingga Sabtu ini, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

"Syed Abdullah dibebaskan semalam selepas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 telah selesai dan kertas siasatan berkenaan kini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor untuk tindakan lanjut. Dia, bagaimanapun, ditahan semula selepas itu untuk siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 berhubung 64 entri di dalam blog terbabit," katanya.

Ismail berkata teman wanita Syed Abdullah, yang sebelum ini turut ditahan reman telah dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

Beliau berkata polis juga sedang menjalankan siasatan terhadap dua lagi rakan Syed Abdullah yang kini ditahan reman selepas kedua-duanya ditahan di Jalan Pantai Kundor, Tanjung Kling, Melaka, 8 Julai lepas.

Terdahulu, Syed Abdullah yang berpakaian lokap tiba di Kompleks Mahkamah Johor Baharu dengan diiringi anggota polis IPD Nusajaya kira-kira pukul 1.50 tengah hari dan dibawa keluar dari kamar mahkamah kira-kira 4 petang.

Permohonan reman dilakukan di hadapan Majistret Maslinda Selamat dan Syed Abdullah diwakili peguam D.Thiru Kumar.

Syed Abdullah, 46, ditahan polis bersama wanita berumur 26 tahun terbabit di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan, pada pukul 9.45 malam, 4 Julai lepas.

Pada 1 Julai lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.-12/7/2012


IKLAN

PERKONGSIAN FOREX & PERKHIDMATAN TRADING SECARA AUTOTRADE

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.