Sab05252013

Kemaskini terakhir05:20:42 PM GMT

Back Berita Utama Politik Serangan peribadi ke atas rumah Ambiga bukan kerana perkauman

Serangan peribadi ke atas rumah Ambiga bukan kerana perkauman

  • PDF

subramaniamxxSerangan peribadi terhadap Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga di rumahnya tidak ada kaitan dengan sikap perkauman sebaliknya Ambiga menjadi sasaran disebabkan beliau pemimpin kepada perhimpunan Bersih, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam. (gambar)

Katanya serangan peribadi seperti perhimpunan oleh sesetengah pihak di rumah Ambiga di Bukit Damansara bukan sahaja tidak mendapat sokongan MIC tetapi juga oleh Umno dan MCA.

"Mereka semua sudah menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan perhimpunan itu. Ya, Ambiga adalah sebahagian daripada masyatakat kita tetapi kemarahan orang ramai ditumpukan kepada dia disebabkan Ambiga adalah pemimpin kepada satu pergerakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek derma berjumlah RM100,000 untuk penubuhan kelas bantuan kepada kanak-kanak sindrom Autism di Kuala Lumpur Selasa.

Bernama melaporkan Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC berkata demikian ketika ditanya oleh seorang wartawan sama ada serangan itu ada kaitan dengan sikap perkauman.

"Isu sebenar ialah kerajaan sudah mengadakan peluang untuk menyatakan pendapat bukan di satu tempat tetapi di seluruh negara dan kita tidak perlukan perhimpunan jalanan," katanya yang menambah bahawa perhimpunan Bersih digunakan oleh pihak tertentu sebagai alat politik.-29/5/2012


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.