Nick Xenophon, senator dari Australia yang ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dan dihalang daripada memasuki negara ini Sabtu lalu, adalah seorang yang bias (berat sebelah).
Ini diakui oleh setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang mempunyai pengalaman berurusan dengan senator itu yang terkenal menyokong golongan LGBT di negaranya, Australia.
“Saya ada pengalaman dengan dia. Sewaktu saya bertemu dengan dia di pejabat Barisan Nasional (BN), dia kata dia independent, tetapi sebenarnya tidak. That’s for sure. He is a bias person,” kata Tengku Adnan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan pelekat "Keluargaku Pengundi BN" anjuran Veteran UMNO Malaysia di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Xenophon pernah memasuki Malaysia pada April tahun lalu sebagai pemerhati antarabangsa atas jemputan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menilai sistem pilihan raya di negara ini. Bagaimanapun dia telah membuat kenyataan berat sebelah yang memihak kepada pembangkang di samping menuduh SPR tidak adil dan polis sebagai punca provokasi.
Penahanan Xenophon dibuat apabila Jabatan Imigresen mendapati namanya di dalam senarai individu yang disenaraihitam kerana mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara. Dia ditahan daripada memasuki negara ini mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963.
Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas sama ada UMNO akan meletakkan calon di kalangan ulama dalam PRU akan datang, Tengku Adnan berkata, keputusan muktamad terserah kepada presiden parti.
"Macam-macam calon akan ada. Seperti apa yang presiden sebut, kita mahu letak calon yang rakyat nak dan bukannya calon yang UMNO nak. Bukan calon yang presiden atau BN nak.
"Tak kira sama ada dia imam, ulama, tua atau muda. Yang penting jika rakyat fikirkan calon berkenaan sesuai mewakili mereka, kita akan beri peluang," katanya.
Tengku Adnan berkata UMNO dan semua sayapnya sudah bersedia dalam semua aspek untuk menghadapi pilihanraya umum. “Kami Cuma menunggu gendang dipalu oleh Perdana Menteri sahaja,” katanya.
Terdahulu, setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata pihaknya telah mencetak satu juta keping pelekat “Keluargaku Pengundi BN” untuk diagihkan kepada pengerusi gabungan itu di setiap negeri.
Katanya setiap bahagian akan diberikan 5,000 pelekat dan pengerusi perhubungan negeri diberi tanggungjawab memastikan setiap ketua keluarga ahli ahli veteran UMNO memiliknya.
Selain itu pelekat itu juga akan diedarkan kepada penyokong tegar UMNO yang sudah dikenalpasti menerusi tinjauan dan bancian yang dilakukan oleh Veteran UMNO sebelum ini.
Daripada 3.4 juta ahli UMNO di seluruh negara, seramai 750,000 adalah ahli veteran. – 18/2/13.- 18/2/2013- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







