Sel05212013

Kemaskini terakhir08:50:25 PM GMT

Back Ruangan

Politik Malaysia 'mengelirukan' - Dr. Khoo

Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim ditanya oleh penulis semalam berapa usianya kini.

Lantas beliau memberitahu: "Saya sudah 76 tahun, tapi yang pasti saya keliru dengan apa yang berlaku, apa yang dulunya tak macam ini."

Beliau mengulas secara jujur tentang hasil keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang dikatakan banyak pihak berupa'tsunami Cina' akibat tohmahan dan pembohongan DAP membangkitkan sentimen perkauman.

"Saya jadi keliru sebab apa yang berlaku di satu-satu kawasan itu hanya (pengundi di) kawasan itu sahaja yang boleh tahu.

"Kita berada di Kuala Lumpur, apa yang berlaku di Gelang Patah dan Temerloh susah untuk kita buat kesimpulan," kata beliau ketika dihubungi.

Kay Kim berkata, beliau sungguh terkejut dengan kekalahan...

Baca Lagi...

Katakanlah anda belum mahu bersara, Anwar

Amatlah menyedihkan bahawa bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja enggan menyambut saranan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak untuk menggerakkan Agenda Penyatuan Negara malah enggan menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau bagaikan orang lemas melemparkan pelbagai tohmahan terhadap badan pengurus pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya banyak kecurangan dilakukan secara bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN)...

Baca Lagi...

Nazri kata sudah tidak ada lagi rahsia antaranya dengan Anwar...

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan sikap sebenar DS Anwar Ibrahim sambil mendakwa tidak ada pemimpin Melayu seperti tokoh pembangkang itu yang sanggup perjudikan bangsa semata-mata kerana undi dan bagi memperolehi jawatan Perdana Menteri.

Katanya banyak perkara yang dipersetujui seperti termaktub dalam perlembagaan malah tidak lagi dipertikaikan orang-orang bukan Melayu tetapi kerana mahukan undi mereka Anwar sanggup mengungkit semula hal-hal itu.

Ini katanya...

Baca Lagi...

Selamat datang ke ‘Negara Kebajikan’ PAS...syoknya

Ini cuma satu cadangan. Elok sangat jentera PAS turun padang pi buat survey apa orang dok kata pasal kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di penutup Muktamar PAS petang Ahad lalu.

Dari feedback yang Kawan dapat ramai juga ‘macam nak pengsan’ dengar  Presiden PAS tu kata video tak boleh jadi bukti dalam kes melibatkan zina sebab ia BESI tak ada mata dan telinga.

Kawan ni dah naik sakit telinga kena melayan kawan-kawan jauh dekat yang nak komen cara Tok Guru nak defend lebih-lebih Pak...

Baca Lagi...

Konflik Agama: DAP menangguk di air keruh

Kenyataan beberapa jurublog bahawa wujud konspirasi di peringkat paderi dan mubaligh Kristian untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian merupakan satu yang berat dan serius.

2. Dakwaan tersebut boleh mencetuskan kebencian terbuka antara agama dan kaum. Sebagai orang Islam, saya tidak dapat menerima sebarang usaha menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Saya percaya 99% orang Islam lain juga tidak akan bersetuju.

3. Dalam pada itu, saya juga merasakan amat mustahil...

Baca Lagi...

Nak cari Ku Li kena tanya ‘Ku Man’…

 Mana-mana orang lama dalam politik, baik kerajaan atau pembangkang, tahu kalau nak cari Tengku Razaleigh Hamzah paling mudah ialah melaluinya (kanan) .

Hubungan rapatnya dengan Ku Li, melangkaui tugas sebagai pegawai khas kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu.

 “Saya rasa Ku (panggilan Lukman pada Ku Li) seperti ayah saya sendiri,” kata Lukman Ghani kepada AgendaDaily ketika kami sama-sama ikut anak raja Kelantan itu redah hutan untuk melawat kawasan Orang Asli di Hau, dalam...

Baca Lagi...

Sokongan PAS untungkan DAP, PKR

Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 telah diumumkan dan Pas adalah antara parti yang mencatatkan pelbagai kenangan suka dan duka termasuk penurunan jumlah ahli Parlimen daripada 23 orang pada PRU 2008 kepada 21 orang kali ini.

Parti itu gagal mempertahankan Kedah yang ditadbir selama satu penggal setelah BN berjaya membentuk kerajaan di Negeri Jelapang Padi itu dengan majoriti mudah sebanyak 21 kerusi.

Jumlah kerusi yang dimenangi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di negeri itu juga...

Baca Lagi...

Hot... Husam Musa silap baca ayat al Quran...?

Tempohari kami hadir untuk dengar Husam Musa melalut. Kami yang baru pulang daripada surau dengan memakai kopiah dan baju melayu cubalah nak tengok alim dan zuhud ke Husam ni.

Awal-awal lagi dah foul sebab Anwar dan Nik Aziz tak datang pun ceramah tu tapi mereka umum pada awalnya diorang berdua tu hadir. Teeettt! Dah satu dah penipuan yang dibuat oleh Husam Musa.

Awal-awal lagi ahli-ahli PAS dah kena kencing. Itu tak apa lagi, paling tak boleh diterima adalah kesilapan Husam Musa yang...

Baca Lagi...

Azeez buat kerja sukarela bukan kerana kejar glamour

Nama Datuk Abdul Azeez Rahim, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, seperti sudah menjadi begitu sinonim dengan kerja-kerja sukarelawan sehinggakan jika sesuatu bencana berlaku, dan kelibatnya tidak kelihatan, orang akan bertanya mengapa dia tidak ada di tempat berkenaan.

Sejak Kelab Putera 1Malaysia ditubuhkan pada 2005, beliau sudah menganjurkan 30 misi bantuan kemanusiaan ke 29 negara di seluruh dunia.

Tetapi mengapa Azeez lakukan semua ini? Apakah yang dia perolehi dan adakah kerana ada...

Baca Lagi...