Sukan Komanwel: Kontinjen negara kembali ceria, badminton raih emas

August 3, 2022 · Isu semasa

Malaysia kembali memburu emas dengan cara yang menakjubkan pada hari kelima Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Birmingham, Britain, hari ini.

Selepas dua hari tanpa kilauan emas, kontinjen negara menarik nafas lega, apabila kembali meraih sebutir emas kelimanya, menurut Bernama.

Skuad badminton negara mempamerkan aksi menakjubkan untuk menggondol pingat emas berpasukan campuran dan meletakkan kontinjen Malaysia di landasan yang betul untuk mencapai sasaran enam emas pada temasya empat tahunan berprestij itu.

Pasukan badminton kebangsaan muncul juara edisi Birmingham selepas menumpaskan juara bertahan, India 3-1 di pentas final, sekali gus menebus kekecewaan tumpas 1-3 di tangan lawan yang sama itu pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia.

Kredit juga harus diberikan kepada atlet muda judo negara Amir Daniel Abdul Majeed, yang menyumbangkan pingat gangsa dalam kategori 73 kilogram (kg) lelaki hari ini.

Kejayaan skuad badminton dan judo negara itu menyaksikan kontinjen negara setakat ini meraih keseluruhan tiga pingat emas, dua perak dan tiga gangsa.

Australia kekal di kedudukan teratas dalam carta pungutan pingat apabila meraih 42 pingat emas, 32 perak dan 32 gangsa, diikuti tuan rumah England di tempat kedua dengan 31-34-21, manakala New Zealand memenangi 13-7-6.

Dua pingat emas sebelum ini disumbangkan kem angkat berat negara pada Sabtu lepas (30 Julai).

Selepas menampilkan pencapaian cemerlang dengan keseluruhan meraih dua pingat emas dan satu perak, kontinjen negara pastinya mengharapkan skuad angkat berat mampu menghadiahkan sesuatu apabila Muhammad Hafiz Shamsuddin turun bersaing dalam kategori 109kg lelaki, pada Rabu.

Di Stadium Alexander, peminat olahraga tanah air sudah tentu mahu melihat kemampuan atlet berpangkalan di Amerika Syarikat, Shereen Samson Vallabouy apabila bersaing dalam acara 400 meter wanita.

Selain itu, jaguh lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa akan turun beraksi di peringkat final acara berkenaan, pada Rabu.

Berita berkaitan
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok