Isn05202013

Kemaskini terakhir08:17:55 AM GMT

Back EKSKLUSIF Ekslusif bersama Agendadaily Temubual

Temubual

Apabila bos UMNO Pulau Pinang melihat Guan Eng ‘dari udara’

Tiga tahun memerintah Pulau Pinang, DAP bukan sahaja gagal menunaikan manifesto lampu Aladin pilihanraya umum Mac 2008 tetapi lebih sibuk berpolitik dari mentabir negeri itu dengan cekap.

Kesimpulan ini tidak memerlukan mikroskop ajaib.Cuma buka mata dan nilai sendiri.

Apa lagi buat anak watan Pulau Pinang seperti  Datuk Zainal Abidin Osman yang tahu serata ceruk negeri itu.

Cuma masalahnya bila Ketua Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang ini bercakap begitu pasti dicop oleh pembangkang ia tembakan politik.

Zainal yang kerap berulang alik naik pesawat dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang mengaku salah satu kegemarannya ialah melihat negeri keliharannya dari udara bila pesawat nak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan...

Baca Lagi...

Puncanya…Wan Azizah

Mustahil Ezam Mohd Noor dapat duduk bersembang lebih dua jam menceritakan satu per satu jalan cerita yang dilaluinya mengapa beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan semua orang.

Paling tidak beliau dapat memberi sedikit sebanyak gambaranya di pentas ceramah dalam jangka waktu yang terhad dan sekali sekala menerusi kenyataan media.

Makanya ada yang ‘tak sampai’ dan sukar dihayati kalau dibandingkan dapat duduk mengadapnya untuk mendengar sendiri.

Tanpa disedari sudah lima...

Baca Lagi...

Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Lumrah kehidupan, insan yang cantik, bijak dan berwawasan akan sentiasa menjadi perhatian, apatah lagi jika dia seorang pemimpin. Tetapi tidak semua semestinya positif kerana personaliti seperti ini tidak dapat lari daripada golongan PHD (perasaan hasad dengki). Ini biasa dalam dunia politik.

Orang mengenali Shahanim Mohd Yusof sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa beliau pernah bertugas dengan Maybank selama 14 tahun dan menerima anugerah “Best...

Baca Lagi...

Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Kalau dihitung usianya pada pemilihan UMNO akan datang baru 36 tahun.Sebab itu dari sudut politik orang baca ‘ macam-macam’ bila Khairy Jamaluddin kata beliau sedang ‘ timbang secara serius’ untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang baru disandangnya.

Namun Khairy nampak selamba saja dalam interbiu dengan Agendadaily di bangunan Parlimen petang Selasa lalu ketika diminta mengesahkan beliau ada membuat kenyataan seumpama itu sewaktu merasmikan satu mesyuarat...

Baca Lagi...

Tugas UMNO paling mencabar ialah bagaimana nak buat orang percayakan apa yang kita cakap…-Syed Hamid

Selepas hampir dua bulan tidak berada dalam kabinet, kehidupan mantan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar masih sama. Beliau masih sesibuk dahulu, termasuk pada hujung minggu.

Beliau menganggap dirinya masih bekerja dan mengatakan orang politik tak pernah bersara, cuma “menghilang”. Bak kata bidalan Inggeris, a general never retires but fades away.

Walaupun tiada dalam kabinet, Syed Hamid masih aktif berpolitik. Beliau sering menerima undangan untuk berucap atau meluahkan...

Baca Lagi...

Saya bukan sangat seorang ' go-getter '...

Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Datuk Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam kabinetnya, ramai yang terkejut dan terlopong, termasuk pemerhati politik dan pihak media.

Malah, itu bukan kali pertama Shabery membuat kejutan. Ramai juga yang terkejut apabila mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kabinet baru pada 19 Mac, 2008, Shabery dilantik Menteri Penerangan.

Shabery mula mencipta nama dalam politik selepas...

Baca Lagi...

Saya tak marah dan saya tak kecewa - Chua Soi Lek

Setelah menyepi hampir 10 bulan ekoran skandal video seks dengan teman wanitanya,

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, kembali ke arena politik apabila dia memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA dalam pertandingan empat penjuru.

Chua memperoleh sebanyak 1,115 undi, mengalahkan Setiausaha Agung yang juga abang kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan (1,001), Donald Lim (209) dan Lee Hack Teik (10).

 

Dilahirkan di Batu Pahat, Chua mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lim Poon, Sekolah...

Baca Lagi...

Kenapa Mukhriz mahu Pemuda UMNO ‘Berani Berubah'

Apapun orang kata tentang Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir tidak boleh tidak terfikir atau tidak terlintas nama mantan Perdana Menteri yang menerajui negara selama 22 tahun.

Mukhriz sememangnya boleh mendapat apa saja keistimewaan, tidak kira di mana mahupun untuk memegang jawatan tinggi dalam kerajaan mahupun parti sekiranya Tun masih menerajui parti dan jadi Perdana Menteri.

 

Tapi hakikat itu hanya boleh diperkatakan saja, ianya tidak berlaku. Kalau berlaku pun, bukan Mukhriz tapi...

Baca Lagi...

Saya nak tanya dia nak tubuh kerajaan apa…

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang portfolio tugasnya jaga urusan dan hal ehwal Parlimen Malaysia melihatnya dari sudut yang berbeza.

Mungkin atas sebab itu beliau tenang-tenang saja semasa bercakap tentang senario sidang Dewan Rakyat nanti dengan adanya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengepalai pembangkang menerusi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Hingga setakat ini semua ramalan tentang pilihanraya kecil di kubu kuat Parti Keadilan Rakyat itu terus...

Baca Lagi...

Tanpa kuota saya menang – Ku Li

Setiap kali berlakunya pertandingan di peringkat Majlis Tertinggi UMNO, nama Tengku Razaliegh Hamzah pasti menjadi sebutan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli UMNO tetapi juga orangramai.

Tengku Razaliegh (Ku Li) pernah mencabar dan hampir-hampir menyingkirkan Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam pertempuran yang sangat sengit pada tahun 1987 sehingga mewujudkan Team A dan Team B dan membawa kepada pengharaman UMNO melalui proses mahkamah.

 

Kini, dalam usia 71 tahun iaitu usia orang lain...

Baca Lagi...

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bukan lagi 'kilang permit'...

Kalau kita rewind sejarah politiknya,Datuk Khaled Nordin boleh dikira antara mereka yang bernasib baik kerana telah meniti diatas laluan mulus setapak demi setapak dari peringkat usia yang muda sehingga mencapai kedudukannya sekarang.

Satu-satunya titik hitam dilalui seketika.Ini bila terpelanting bersama bosnya,Datuk Shahrir Samad yang diigugurkan dari jawatan Menteri Kebajikan pada tahun 1987.Bahana ini berlaku selepas Team B yang diterajui oleh Tengku Razaleigh Hamzah tewas ketika...

Baca Lagi...