Kha07242014

Kemaskini terakhir10:02:29 PM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan PRK Balingan: Penamaan calon 17 Mac...mengundi 29 Mac

PRK Balingan: Penamaan calon 17 Mac...mengundi 29 Mac

  • PDF

pilihanraya200xxPilihanraya kecil kawasan Balingan di pedalaman Sarawak mungkin tidak heboh macam pilihanraya kecil Kajang.Ia juga kerusi amat selamat bagi Barisan Nasional.Pada pilihanraya negeri itu tahun 2011,Tan Sri Taib Mahmud tewaskan dua pencabar dari PKR dan Bebas dengan majoriti 5,154 undi.

Kawasan itu ada 13,366 pengundi.

Apapun ia dikira menarik juga untuk diketahui siapa ganti Taib yang kini jadi Yang Dipertua Negeri,tanding di kawasan berkenaan.

Nampaknya tarikh penamaan calon dan hari mengundi berselisih sikit dengan pilihanraya kecil Kajang.

Di Kajang penamaan calon 11 Mac dan pengundian 23 Mac.

Sebaliknya di Balingan pula ditetapkan penamaan calon pada 17 Mac dan hari mengundi 29 Mac.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri aziz Yusof dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya pagi Khamis.

Kalender politik waktu itu betul-betul sesak.Selain pilihanraya kecil di Kajang dan Balingan...pada waktu sama Parlimen penggal pertama tahun ini bersidang mulai 11 Mac sampai 10 April.-6/3/2014


IKLAN

KEDAI HADIAH & CENDERAMATA UNTUK TERSAYANG!!.

PROJEK JUTAWAN AUTOTRADE FOREX DILANCARKAN!TIADA YANG MUSTAHIL! .

Cara Mudah Melangsingkan Badan Dengan Segera.

Rawat Kanser dengan Teh Daun Belalai Gajah!!.

Radioterapi & Kimoterapi dah buat?Jom cuba ini pula!!.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.