Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Pembangkang tak sebutpun fasal turunkan harga minyak

Pembangkang tak sebutpun fasal turunkan harga minyak


Seorang rakan wartawan menyifatkan Parlimen kini seperti ‘pasar borong’ – bukan tempat menjual ikan dan sayur, tetapi ‘riuh-rendah dan hiruk-pikuknya’ yang menjadi perbandingan. Begitulah gambaran yang diberikan untuk menunjukkan betapa sibuknya Parlimen Malaysia buat masa ini.

Kesibukannya bukan sahaja ekoran pertikaman lidah di antara ahli-ahli pembangkang dan penyokong kerajaan, tetapi juga melarat hingga ke kantin, coffee-house, pakir dan setiap sudut yang ada di perkarangan bangunan Parlimen.

Mesyuarat pertama sesi pertama penggal ke-12 baru sahaja berakhir pada 29 Mei dan sidang Parlimen kali inilah nampaknya paling meriah atau hiruk–pikuk.

Tidak ada sudut yang sunyi, tidak ada kawasan yang lapang dan tidak ada pakir yang kosong, malah bahu jalan juga dijadikan pakir dan bagi yang masih tidak dapat meletak kenderaan di dalam pagar bangunan Parlimen, terpaksalah beredar keluar.

Suasana ‘huru-hara’ di perkarangan Parlimen bermula seawal 9.30 pagi apabila wartawan, pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas mengiringi menteri dan orang awam mula berebut-rebut mencari petak meletak kenderaan.

Dahulu, tidak berapa ramai yang datang ke Parlimen, tetapi musim ini, setiap menteri mempunyai pejabat masing-masing di Parlimen. Apabila ada pejabat, tentulah ada pengendalinya pula. Mereka terdiri daripada Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Sulit, pengiring peribadi, selain daripada Setiausaha Akhbar.

Masing-masing membawa kenderaan sendiri, kerana itulah parkir penuh selalu sehingga ada Ahli Parlimen sendiri yang lewat sedikit ‘terlepas’ mendapat letak kereta kerana yang bertanda ‘ Ahli Parlimen’ pun dah kena ‘kebas’.

Ahli Parlimen dan para pegawai kerajaan serta pelawat masuk melalui pintu hadapan manakala wartawan dan pelawat rombongan rasmi, kebanyakannya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, masuk melalui pintu 7 di bahagian belakang bangunan.

Di Pintu 7 ini, selalunya sudah banyak pelajar yang sedia beratur untuk menunggu giliran masuk ke bangunan Parlimen. Naik ke aras pertama bangunan, hiruk-pikuk mula kedengaran di kantin. Di kantin disediakan tv litar tertutup (CCTV) yang menyiarkan secara langsung persidangan dewan rakyat.

Mereka, yang tidak masuk ke dalam dewan, kerana belum sampai giliran masing-masing

termasuk wartawan dan pegawai kerajaan bersidai di situ mengikuti persidangan melalui CCTV. Yang menyebabkan hiruk-pikuk ialah mereka sendiri kadangkala melemparkan pandangan masing-masing mengalahkan YB yang sedang berhujjah di dalam dewan.

Di dalam dewan, pada keseluruhannya dipenuhi dengan ‘percakaran’ di antara ahli-ahli pembangkang yang mengambil kesempatan membelasah para penyokong kerajaan ketika berucap atau mencelah meminta penjelasan. Kadangkala, mereka juga turut bertikam lidah dengan Yang diPertua Dewan dengan seringkali membangkitkan peraturan mesyuarat atau point of order bagi menguji atau mencabar YDP Tan Sri Pandikar Amin Mulia serta dua orang timbalannya, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee.

Walaupun sentiasa heboh dengan pertikaman lidah atau ucapan-ucapan yang bersifat ‘mengena’ parti lawan, apa yang masih menjadi perhatian ialah yang buat heboh adalah orang yang sama. Dan, mereka itu pula adalah orang lama atau senior.

Penceramah, penulis dan tukang buat heboh di luar, khususnya dari kalangan pembangkang, belum terserlah lagi. Masih lagi, suara Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan anaknya Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang menghingarkan dewan.

Jika boleh dikatakan agak menonjol di kalangan pembangkang ialah N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) yang selalu mencelah dan buat heboh di dalam dewan. Malah, YB penggal pertama ini juga dilihat terlalu ‘over’ apabila beliau membawa pelawat di kalangan orang kurang upaya yang berkerusi roda sebagai tanda sokongan kepada Karpal Singh yang juga berkerusi roda yang disanggah kerana berucap mempersoalkan kedaulatan diraja..

YB ini jugalah yang telah membawa ‘orang luar’ dan mengadakan majlis suka-ria menyambut harijadi anak seorang tahanan ISA di Bangunan Parlimen. Perkara ini tidak pernah terjadi sebelum ini dan ia mengundang kekecohan di dalam dewan keesokannya di mana ahli-ahli dari BN turut mempersoalkan tahap keselamatan dan kawalan yang tidak ketat.

Seminggu selepas itu, beliau membuat kalut lagi apabila bangun dari kerusinya dan menghampiri Yang diPertua membisikkan sesuatu tatkala dewan sedang hiruk-pikik ekoran celahan beliau mendakwa Timbalan Menteri Pegajian Tinggi, Datuk Idris Harun telah menggunakan perkataan terlarang.

Dari Barisan Nasional pula, kedengaranlah suara Datuk Bung Mokhtar Raden (Kinabatangan) dan Datuk Seri Tiong King Hing (Bintulu). Di kalangan generasi baru yang sering bersuara ialah wakil BN dari Muar, Razali Ibrahim dan juga, Datuk Tajuddin Rahman (Pasir Salak).

Walaupun Razali berbadan kecil dan tidak bersuara kuat atau meninggikan suaranya, tetapi setiap kali beliau bangkit, sama ada untuk berucap atau bertanyakan soalan, perhatian tetap tertumpu kepadanya.

Walaupun ramai yang berebut-rebut untuk mengambil bahagian dalam persidangan itu, nampaknya masih banyak ahli, khususnya dari pembangkang yang belum sekalipun mengambil bahagian dalam perbahasan, bertanyakan soalan dan soalan tambahan.

Malah, ada seorang dua yang masih ‘terkial-kial’ untuk membiasakan diri sebagai ahli dewan dan membetulkan langkah sebagai seseorang bergelar YB. Ada ketikanya, sukar membezakan yang mana wartawan dan yang mana pula ahli dewan.

Ini kerana mereka sama-sama membawa beg sandang dan memikul kamera walaupun memakai kot berharga mahal.

Ketika minum atau makan tengahari, banyak juga YB yang ke kantin kerana harga di kafeteria khusus untuk YB, lebih tinggi.

Tatkala Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) mendapat giliran untuk turut berbahas, peluang yang sama juga adalah pentas untuk wakil-wakil pembangkang ‘membeduk’ ahli parlimen penggal pertama itu.

Walaupun Khairy tidak memberi laluan kepada sesiapa termasuk dari BN untuk mencelah atau meminta penjelasan, ahli-ahli termasuk BN telah mencelah tidak kurang daripada 163 kali. Timbalan Yang diPertua Dewan, Datuk Ronald Kiandee pula terpaksa mengadili gelanggang setiap kali ahli-ahli mencelah. Khairy hanya berhenti berucap pada 12.24 tengahari iaitu melebihi 25 minit daripada masa yang ditetapkan iaitu 30 minit sahaja..

Jelaslah, celahan-celahan yang dibuat kebanyakan ‘dilihat’ sebagai usaha untuk menyekat Naib Ketua Pemuda UMNO itu daripada menyampaikan ucapannya dengan panjang lebar.

Suatu yang agak memeranjatkan berlaku apabila Datuk Tajuddin Rahman yang bangkit telah ditegur beberapa kali oleh Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya mengemukakan pertanyaan dan jangan mengambil kesempatan untuk berucap, bertukar menjadi peristiwa panas.

Tatkala Wan Junaidi menyebut ‘soalan’ untuk kali ketiga, wakil-wakil pembangkang dari Taiping dan Ipoh Barat cuba mencelah yang mengganggu ketenteraam Tajuddin.

“…atau tak tahu, jangan tanya soalan,’’ kata M. Kula Segaran lalu dijawab oleh Tajuddin:

“Itu soalanlah tu. Kalau tidak faham pergi belajarlah lagi. Belajar tinggi-tinggi, lama, sudah veteran apa semua. Soalan macam nipun tak faham. Inilah parti pembangkang.”

Wan Junaidi yang sudah lima penggal menjadi ahli parlimen dan mempunyai pelbagai latar-belakang, hanya senyum dengan komen itu dan meneruskan persidangan.

Datuk Mohamad Aziz (BN Seri Gading) yang sering bergema suaranya di Parlimen sejak tahun 1999 lagi, juga memperlihatkan sesuatu yang pelik kerana buat pertama kalinya beliau membaca teks ucapan dan tidak memberi laluan kepada sesiapapun untuk mencelah.

Beliau yang sering mencelah ucapan YB lain, lazimnya memberi laluan juga tatkala berucap tanpa sebarang catatan di tangan.

Selasa 13 Mei juga menjadi tarikh bersejarah bagi ahli-ahli parlimen, khususnya yang pertama kali menganggotai dewan kerana mereka terpaksa bersidang sehingga 11.49 malam bagi membolehkan setiap ahli menyampaikan perbahasan masing-masing untuk menjunjung kasih di atas titah ucapan Seri Paduka Baginda yang mencemar duli merasmikan persidangan tersebut.

Apabila giliran menjawab, setiap ahli menunggu penuh kesabaran para menteri atau timbalannya memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan. Penantian itu tentulah tertumpu kepada jawapan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ketua pembangkang Wan Azizah Wan Ismail (PKR Permatang Pauh) telah membangkitkan mengenai pembelian pesawat udara dan kapal selam milik tentera Negara dengan mendakwa berlakunya penyelewengan.

Timbalan Perdana Menteri, dengan tenang menafikan dakwaan tersebut dan dengan sinis pula menyatakan keputusan mengenainya telah diluluskan oleh mantan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun dalam manifesto pilihanraya, parti-parti pembangkang Pas, PKR dan Dap telah menjanjikan pelbagai perkara, khususnya usaha menurunkan harga minyak, sehingga hari terakhir mesyuarat, tidak ada sesuatu yang positifpun telah diusulkan mengenainya.

Tiada usul khas dikemukakan ke dalam dewan. Ucapan-ucapan wakil pembangkang berkenaan juga tidak menjurus ke arah itu selain daripada menyelar kerajaan yang tidak dapat membendungnya. Mereka tidak pula memberikan sebarang pilihan atau cadangan.

Pada hari terakhir persidangan, bangunan Parlimen ‘bergegar’ seketika mendengar laporan dari Buletin Utama TV3 yang menyebut Tan Sri Pandikar Amin Mulia berura-ura meletak jawatan sebagai YDP kerana tidak sanggup menghadapi pelbagai kerenah ahli-ahli dewan.

Tatkala TV3 menyiarkan laporan itu, Pandikar Amin sedang menjalankan tanggungjawabnya di dalam dewan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berada di situ, ditanya mengenai perkara tersebut dan dengan ketawa riang beliau berkata: “Mana ada… mana ada..”

Beliau kemudiannya meminta Pandikar Amin menjelaskan keadaan sebenar. Pandikar menyebut: “Saya seronok menjalankan tugas ini. Selagi diperlukan..saya akan laksanakan.

Pujian, seperti yang diberikan oleh Perdana Menteri, memang patut diberikan kepada Pandikar Amin, Wan Junaidi dan Ronald Kiandee berjaya mengendalikan perjalanan dewan dengan baiknya walaupun ketiga-tiga mereka adalah ‘first-timer’



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.