Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 10 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Fail siasatan isu Datuk Nasir Safar telah dibuka – Hishammuddin

Fail siasatan isu Datuk Nasir Safar telah dibuka – Hishammuddin

Bekas pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Nasir Safar akan disiasat berhubung kenyataan didakwa bersifat perkauman yang dibuat di Melaka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa fail siasatan terhadap beliau telah dibuka bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Akta Hasutan 1948.

"Seperti juga laporan polis lain yang dibuat sebelum ini, polis akan menyiasat kes ini dengan telus. Kami perlu mengesahkan setiap kenyataan yang dibuat oleh beliau," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di Putrajaya Rabu.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai 12 laporan polis yang dibuat ke atas Nasir berhubung kenyataannya sewaktu seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Ekoran kenyataan itu, beberapa anggota perwakilan MIC dan MCA yang turut mengikuti seminar itu bertindak keluar dewan sebagai tanda protes.

Bernama melaporkan Hishammuddin berkata tindakan yang diambil ke atas Nasir membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri amat telus dan serius dalam mentadbir negara.

"Nasir telah mengenali Perdana Menteri lebih daripada 30 tahun. Jadi ia bukan sesuatu yang peribadi. Ia adalah agenda yang mengatasi soal hubungan peribadi, termasuk pertalian darah kerana kita melihatnya daripada konteks negara.

"Ini juga bukan perkauman. Beliau (Nasir) mungkin telah terlanjur kata, tetapi kesannya sangat buruk jika dimainkan oleh pihak tertentu dan dilihat daripada perspektif lain, selain daripada objektif Perdana Menteri," katanya.-3/2/2010






Kenyataan pegawai khas PM disalah tafsir

Kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuat oleh Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar, pada seminar 1Malaysia di Melaka semalam, telah disalah tafsir, kata Timbalan Pengerusi Kelab Belia Graduan 1Malaysia, Najieb Mokhtar.

"Beliau telah mengendalikan 60 ceramah sepanjang tahun lepas dan pada tahun ini sahaja sebanyak 22 ceramah, dan tidak pernah wujud sebarang penyalahtafsiran selama ini dan ketidak fahaman selama ini. Kami yakin isu ini timbul akibat provokasi," katanya kepada pemberita hari ini.

Seramai 20 orang wakil kelab itu berkumpul di hadapan pondok pengawal Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Rabu bagi memberi sokongan kepada Nasir yang didakwa mengeluarkan kata-kata pada satu seminar yang menyinggung perasaan kaum-kaum tertentu.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Nasir akan meletak jawatan.

Bernama melaporkan Najieb berkata beliau turut hadir pada seminar itu semalam dan tidak berlaku boikot acara berkenaan seperti yang didakwa.

"Terdapat 1,000 orang daripada pelbagai kaum yang hadir. Adalah dalam lima orang yang meninggalkan dewan sedangkan yang lain memberi tepukan ketika Datuk (Nasir) hendak beredar," katanya.

Najieb berharap Nasir tidak akan meletak jawatan kerana beliau masih mampu menyumbang khidmat yang baik dalam melaksanakan misi Perdana Menteri.3/2/2010



Kenyataan singgung perasaan kaum: Nasir Safar letak jawatan Pegawai Khas PM


Datuk Nasir Safar yang berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun razak dikenali sebagai seorang yang cukup ramah dan amat disenangi oleh rakan-rakan sejak zaman beliau dalam Pergerakan Pemuda UMNO dulu.

Pagi Selasa entah kenapa beliau didakwa membuat kenyataan yang mennyinggung perasaan kaum di forum 1Malaysia yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Budaya di MITC, Ayer Keroh Melaka.

Satu kenyataan Jabatan Perdana Menteri lewat petang Selasa memberitahu Nasir akan meletakan jawatan ekoran insiden itu.

Bagaimanapun menurut kenyataan berkenaan apa yang dinyatakan oleh Nasir di forum berkenaan tidak langsung mencerminkan pandangan Perdana Menteri.

“Datuk Nasir tidak pernah berniat untuk membuat sebarang kenyataan yang bersifat menghina.Beliau telah bercakap dengan panjang lebar mengenai sumbangan yang dibuat oleh semua kaum dalam membangunkan negara ini.Bagaimanapun Datuk Nasir memohon maaf sekiranya membuat kesilapan,”kata kenyataan itu.

Nasir yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor pada zaman Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Besar didakwa berkata, kaum bukan Melayu di negara ini asalnya adalah pendatang dan peminta sedekah.

Ini dikatakan timbul semasa beliau merujuk kepada beberapa isu dan tuntutan yang dibuat oleh kaum bukan Melayu dalam soal polisi pendidikan negara.

Ekoran itu beberapa peserta dari MIC dan MCA dikatakan keluar meninggalkan dewan.

Sementara itu kalangan pemimpin India termasuk Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu menbuat kenyataan mendesak tindakan dikenakan keatas Nasir.-2/2/2010



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.